Wednesday, December 14, 2016

3 Hari 2 Malam di Ho Chi Minh, Vietnam

Salam Syaaban... Last syaaban today. Tomorrow RAmadhan 1437H. Selamat berpuasa buat seluruh Islam di dunia.

Alhamdulillah, selesai sudah trip familia zarkasi ke Vietnam. Trip kali ni disertai sebahagian warga FZ krn masalah kesihatan dan tugas. Seramai 13 org join kali ni. 11 dewasa dan 1 kanak2 12 tahun plus 1 kanak2 3 tahun.

Urusan booking tiket dan tempahan pakej akulah yg uruskan seperti selalu. Seawal Dec 2015 aku dah tempah flight Air Asia. Bila ada promosi harga murah terus aku book. Kali ni tiket paling murah aku dpt RM69 pergi dan RM139 balik. Campur makan dan bagasi jadi RM2++ utk sekepala.

Kami bertolak 31Mei jam 7.05 am dan balik 1.25 pm 2 Jun 2016. Malam nak bertolak kami tidur kat KLIA 2. Jadi gelandangan. 4.30 kami check in. Solat Subuh di surau KLIA2. Ya ampun, jauh betul nak sampai kat ruang menunggu. Apasal la bina bangunan mcm tu. Ramai org berkejaran kat sana takut terlepas flight.

Setiba di Airport, kami disambut tourist guide yg boleh berbahasa melayu tapi taklah fasih sgt. Mereka org Islam Champa yg tinggal di kampung2 di Vietnam. Hari pertama kami menaiki bas. Tempat lawatan pertama ialah Cu Chi Tunnel. Banyak org putih dan org Malaysia time kami sampai. Kat sana diberi penerangan tentang peperangan yg pernah dihadapi tentera Vietnam sebelum mencapai kemerdekaan.

Aku tak berapa nak fokus time tu sbb penat sgt. My son juga penat. Nak susu tapi tak der air panas. Nak kena tunggu lunch dulu baru boleh mintak air panas. Ditambah lagi kat situ banyak ulat gonggok yg besar2. Geli. Tiap batang pokok ada ulat tu. Biasalah, kawasan hutan. Masa tu rasa frustnya pilih HCM sbg tempat lawatan. Penat gila jalan dalam hutan sambil ditunjuk lubang, kereta kebal dll lagilah.

Oh ye, toilet kat sini ada air!

Lepas melawat Cu Chi Tunnel, kami ke kedai makan. Pun penuh dgn org Malaysia. Kedai makan tu milik orang Islam. Mujur tourist guide kami dah tempah awal so sampai jer, terus duduk dan makanan sampai. Tgk pelancong lain, masam jer coz masih tunggu makanan tak sampai2.

Lepas makan, boleh solat coz ada surau. Masa kat dalam bas (belum bergerak) datanglah penjual2 jalanan. Aku sempat beli beg vietnam (totebag) dan bag kecik2 utk souvenir.

Perjalanan menuju ke Bandar Ho Chi Minh boleh tahan jauhnya. Sampai hotel (lupa nama), kami terus rehat kejap, mandi apa semua sebelum turun ke lobi. Amin, tourist guide bawa kami makan kat restoran yg tak jauh dr hotel. Jalan kaki jer membelah pasar malam. Restoran agak sempit dan bertingkat. Ruang makan pun sempit berbeza semasa kami di Bukit Tinggi, Indonesiia. Selain kopi ais, sup Vietnam yg jadi idaman. Menu lain macam kat Malaysia.

Round pasar malam dulu sebelum balik hotel. Adoi... entah apa yg seronok shopping sini. Nak kata murah, rasa macam mahal jugak. Dah la penjual tak mesra. Muka masam. Kalau tanya harga, terus paksa orang beli siap tarik2 baju, tangan lagi. Gilo ke apo? Huish, mimpi ngeri sungguh shopping sini.

Hari kedua... berkumpul di lobbi. Kami tukar ke bas lain pulak. Kalau kat Bukit Tinggi, bas sama jer, tapi yang kat sini tukar2. Semalam bas lain, hari ni kenderaan mcm van. Kami singgah makan sup di restoran belakang2 bangunan milik orang Islam. Sup vietnam nya prghh sedap. Sementara tunggu sup, kami dihidangkan dengan roti buatan sendiri. Selesai makan, kami bergerak ke Lembah Mekong. Jauh jugak dari bandar.

Sebelum ke jeti, sempat singgah ke kedai jual t shirt dan souvenir. Aku rasa barang kat sini lagi murah dr di pasar malam. Tak perlu tawar menawar, harga tetap dan murah. Bagi orang spesies aku yang tak suka aktiviti tawar menawar, aku bagi 5 bintang kedai ni. Sempat la shoping t shirt. Kemudian baru kami ke jeti naik bot. Kami dilayan tourist guide perempuan yang pelat bahasa Inggerisnya. antara faham dengan tak. Sampai kat Unicorn Island, dijamu dengan pembuatan gula2 kelapa. Selain gula2, ada jugak sabun, minyak rambut dll produk berasaskan kelapa. Kemudian, kami dibawa ke kedai jual beg kulit kuda, lembu, buaya. Harga boleh tahan sebab kualiti elok. aku beli beg kulit lembu (wpun dah bln 12 masa aku taip ni, aku tak pernah guna lagi, hmm). Kemudian, kami dijamu dengan persembahan lagu tradisional org Vietnam sambil makan buah-buahan segar (apasal Malaysia tak buat macm ni ye? buah kat Malaysia pun sedap2). Selesai persembahan, dia org edar bakul. Letak la tips ikut suka korang.

Lepas tu, kami dibawa naik kereta kuda. Lepas naik kereta kuda, nak pula sampan kecik yang muat 4 orang 1 sampan. Masa ni rasa kesian sangat kat tukang dayung tu. Ada yang taraf makcik2 kat Malaysia. Kami diberi pesanan jangan pegang tepi sampan. Sebab sampan kat kawasan terusan tu terlalu banyak. asyik berselisih rapat2. Kiri kanan pokok paya. Kami dibawa ke bot besar utk dibawa ke jeti semula.Jgn lupa hulur tips lagi kat tukang dayung tu.

Dah sampai jeti, kami naik van panjang dan menuju ke masjid utk makan tengah hari. Pun penuh dengan rombongan dari Malaysia. Lepas makan, kami pun balik ke bandar. Sempat singga di kilang buat tudung naelofar. Macam2 ada. Borong sakan la kami. Baju kurung pun murah2. Kat sini pekerjanya okey. sepah barang pun tak per. Buka nak tgk tudung pun tak per.

Malam tu pergi makan lagi kat restoran area pasar ben than. Kemudian kami ke pasar malam, jalan2 lagi. Macam2 kejadian berlaku msa aksi tawar menawar. Adik2 aku terpaksa beli bagasi sbb nak isi baju yang dah dibeli.

Pagi hari ketiga, kami ke pasar Ben than. Sudah lah panas, nak beli pun tak best asyik kena paksa bila tanya harga. Lain kali papar la harga barang tu kan senang. Lepas beli t shirt utk anak, terus kami blah.

Amin bersama bas datang. Masa check out, kami diberi passport semula (yang diambil oleh pihak hotel masa kami check in).

Sampai airport, berlaku lagi masalah. My sis punya passport lupa nak cop masa sampai ke Vietnam. So karang make sure passport dicop masa kat imegresen. Lama jugak proses. Mujur kami sampai awal so tak la terkejar2.

Sekian....coreta cuti2 warga FZ kali ini...
Kat airport masa nak balik 

Ngan Ha hotel, baru ingat nama

Hasil melontar




Masa kat jeti nak ke unicorn island


Teh madu, tengok ternakan lebah utk pembuatan madu, dihidang tehmadu sebelum dijual produk madu

Luar hotel, berhadapan jalan raya yg sibuk, beratus2 motor tak pernah stop


Dalam flight, sejuk, apa lagi si umar pun zzzz

Bas masa kat sana, nak ke airport




atas bot

Cu Chi Tunnel, tak pergi pun tak per

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...