Sunday, January 29, 2012

Jom Tambah Geng Blogger


For the 1st time join segmen tambah geng blogger ni. Adik aku yang inform pasal ni. Hajat di hati memang nak tambah geng blogger supaya dapat bertukar-tukar link dan berkongsi cerita. Oh ye, sapa2 nak join segmen ni please click here. Sekian :)


Friday, January 27, 2012

Kerja Separuh Jalan

Banyak kerja aku yang separuh jalan. Entah kenapa susah betul nak siapkan / habiskan. Minat tu datang sekejap saja. Masa tu lah semangat aku pun berkobar-kobar. Sampailah tahap kebosanan atau kehilangan mood melanda, aku pun berhenti buat kerja yang aku tengah buat tu. Kerja separuh jalan aku paling banyak sekali tentulah 'mengarang cerita.' Antara genre yang aku karang separuh jalan ialah citer cinta, citer seram, citer yang aku copy dari cerjang aku, citer kanak-kanak, citer budak prasekolah, cerpen dan nopen. Lebih dari 10 citer yang aku karang tergantung pada 1/4 cerita. Ada tu yang satu muka surat saja. Haiya... teruk betul! 

Selain citer yang tergantung, aku juga ada buat blog yang separuh jalan je. Konon nak update everyday tapi... hampeh. Mula2 jer bersemangat. Dan sekarang aku dah update 1 blog lagi. Blogshop. Bisnes online. Aku dah mula dulu tapi tulah, separuh jalan jer. Harap kali ni aku lebih serius. Sesiapa yang sudi singgah tengok blog aku yg masih dalam proses tu, memang dialu-alukan. Mcm2 Produk 2u.
Bermacam2 produk e-katalog ada dijual di blog ni. Blog e novel 'Secret Admirer' aku pun nampaknya hangat2 tahi ayam je. Dah malas update dah. Hairan bin ajaib. Kemalasan ini menguasai diri. Bila mood blog dah hilang, mood lain plak muncul. Mood karang novel, mood buat ABM, mood main game yg datang bagai angin lalu jer.

Citer pasal ABM ni, masa mula2 beli clip art, bukan main rajin aku buat flash card. Siap la beberapa tema jer. Lepas tu angin nak buat buku lembaran kerja sendiri pulak datang. Hasilnya, separuh jugak yang siap. Sadis. Dan sekarang, folder tu pun aku dah tak jumpa dah. Entah save kat mana. 

Agaknya kalau aku kikis sikap kerja separuh jalan tu, dah senang hidup aku kini. Hahahahahahaha.....




Monday, January 16, 2012

Menjejak Memori

SEDUTAN MENJEJAK MEMORI

“DIA handsome gila! Badannya taugh, tentu selalu pergi gym.” Gadis berambut perang itu terus memuji lelaki idamannya.
Terasa ingin sahaja Elisa menekup telinga rakan serumahnya itu. Namun pasti sahabatnya itu akan terasa. Jika dia bertindak begitu, tak beradab namanya. Tetapi telinganya sudah letih mendengar puji-pujian yang dilemparkan kepada kapten bola sepak kolej. Lelaki itu memang bertuah. Baru sahaja mendaftar di kolej sejak dua bulan yang lalu, sudah diberi kepercayaan untuk mengemudi pasukan bola sepak Kolej Indera Jaya.
“Dia bukan saja hebat dalam bidang pelajaran malah juga dalam bidang sukan. Bayangkan, baru dua bulan dia di sini, dia dah diberi kepercayaan untuk menjadi kapten bola sepak. Minggu lepas, dia telah mengharumkan nama kolej kita. Dia berjaya menjaringkan dua gol untuk membantu pasukan memenangi pertandingan bola sepak antara kolej.”
Cerita yang sama diulang-ulang lagi. Ingin sahaja Elisa menjerit pada gadis yang tak henti-henti berbicara tentang kapten bola sepak itu supaya menghentikan saja siaran ulangannya itu. Telinga Elisa sudah sakit. Telinganya juga sudah jemu mendengar. Sekali dua, dia tidak kisah. Ini sudah berpuluh kali. Dia juga ada kerja lain, bukan setakat menjadi pendengar saja. Tugasannya masih bertimbun yang belum siap. Sama juga dengan Aliya. Bezanya, Aliya ramai kawan. Dia boleh minta tolong atau upah sesiapa sahaja bagi menyiapkan tugasannya. Terutama kawan-kawan lelakinya. Soal duit, Aliya tiada masalah. Elisa pula lebih suka bersikap jujur pada diri sendiri.
“Setahu aku, dia masih single. Peluang aku untuk mendekatinya masih cerah.” 
Aliya menaruh harapan tinggi. Itulah matlamatnya kini. Hati Rifqi harus dimiliki.
Elisa menggeleng. Aliya sudah sangkut dengan rupa paras Rifqi, lelaki yang entah bagaimana rupanya. Elisa tidak pasti sama ada dia pernah bertemu lelaki itu. Mungkin mereka pernah bertembung. Selama ini dia hanya mendengar nama lelaki itu sahaja dari mulut Aliya yang sudah gila bayang. Hebat sangatkah Rifqi sehingga membuatkan Aliya dan para pelajar perempuan tergila-gilakannya? Sana sini orang bercakap pasal Rifqi. Namanya naik mendadak kerana berjaya membawa pasukan bola sepak kolej ke mercu kejayaan.
“Eh, Elisa! Kau tolong aku boleh tak?”
“Tolong? Kau ada apa-apa masalah ke?” Elisa sedikit tersentak.
“Aha... aku ada masalah besar.”
“Masalah besar?”
Berkerut kening Elisa. Setahunya, Aliya memiliki segalanya. Dan gadis itu tidak pernah ditimpa masalah besar.
“Kena saman?” duga Elisa. 
Aliya selalu kena saman kerana memandu laju dan melanggar lampu isyarat. Dalam sebulan, sekurang-kurangnya sekali dia akan melakukan kesalahan jalan raya. Tapi itu bukan satu masalah buat Aliya kerana dia mampu membayar denda andai dikenakan dua kali ganda sekali pun. Ibu bapa Aliya bukan orang sembarangan. Bapanya berpangkat Tan Sri.
“Bukan... ni, masalah di sini.” Aliya meletakkan tangannya di dada.
“Kau....”
Bicara Elisa terhenti apabila pintu terkuak. Maria dan Laili melangkah masuk. Kedua gadis itu menghadiahkan senyum hambar lalu melangkah masuk ke dalam bilik utama. Elisa dan Aliya tidak begitu rapat dengan Maria dan Laili walaupun tinggal serumah. Jurusan yang berlainan membuatkan mereka tidak rapat. Elisa lebih rapat dengan Aliya walaupun usia mereka berbeza. Aliya muda dua tahun darinya. Tetapi mereka berada di semester yang sama, iaitu semester kedua tahun pertama. Elisa lambat mendaftar kerana dia terpaksa membuat persiapan sebelum bergelar pelajar.
“Kau ada masalah kesihatan?” Elisa menyambung pertanyaannya.
“Kau ni... lambat benar nak fahamlah!” rungut Aliya. “Aku dah jatuh cinta pada Rifqi. Setiap malam aku mesti termimpikannya. Tolonglah aku Elisa.... sehari kalau tak menatap wajahnya aku tak boleh hidup. Aku jadi gila bayang. Tolonglah aku Elisa....”
Tak guna! Kutuk Elisa. Jantungnya masih berdegup kencang kerana menyangka Aliya menghadapi masalah besar.
“Aku tak boleh buat apa-apa kalau soal tu. Kau sendiri yang kena luahkan pada Rifqi.”





p/s : novel ni boleh beli dr saya k :)

Saturday, January 14, 2012

Streamix Rosak Lagi

Inilah yang malasnya kalau pakai stramix. Bukan sejam dua kalau nak baiki, tapi memakan masa. Mula-mula kena kol 100 dulu. Nanti akan ada yang ajar cara-cara nak perbetulkan streamix tu balik. Setengah jam atau lebih godek sana godek sini kalau tak okey jugak baru boleh bukak report. Nombor report akan diberi. Dalam tempoh 24jam orang telekom akan datang untuk baiki.

Kali ni lebih dari 24 jam. Dorang datang tapi baiki kat luar jer. Aku kat sekolah masa tu. Dorang suruh cek bila dah balik rumah nanti. Tengok-tengok macam tu jugak. Telefon pun terus senyap, langsung takleh nak guna. Keesokannya (hari ni) baru orang telekom datang lagi. Kat tiang luar okey. Yang rosaknya kat soket. Terbakar apa entah. Dah dibaiki, fon jer okey. Streamyx tak okey lagi. Dorang baiki lama gak baru okey. Kena setup balik. Huh!!!

Akhirnya hari ni aku boleh online..yabedabeduuuu

Saturday, January 7, 2012

Bercuti di Kuching - Part 2

Hari kedua...

Lepas breakfast, kami bertolak ke Kampung Budaya. Satu kemestian kalau dah sampai Kuching. Sebab di Kampung Budaya ada segalanya mengenai kaum, budaya, rumah penduduk bumi Sarawak. Perjalanan hampir sejam menuju ke Kampung Budaya yang terletak di kaki Gunung Santubung. Harga tiket untuk masuk sepatutnya RM60. Tapi, kerana pemandu van dah kenal dan tau cara2 nak dapat discount, akhirnya kami dapat potongan RM5. Okey la tu. Kanak-kanak still harga sama RM30. Sebelum masuk, kami bergambar dulu. Lepas bayar, kami diberikan passport kaler hijau. Dalam passport ni ada map kg budaya dan penerangan tentang kaum Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu, Melanau, Melayu dan Cina. Selain tu, ada jugak ruangan stamps. Tiap kali kita masuk ke rumah-rumah suku kaum ni, kita bolehlah cop stamps kat situ sebagai tanda kenang-kenangan.

Mula-mula sekali kami terjah rumah orang Melayu. Ada pak cik berbaju melayu di beranda. Dia tolong cop passport kami. Masa tu dah terdengar mendayu-dayu suara seseorang sedang mengalun lagu Sarawak. Lagu Melayu. Mulanya ingatkan radio. Rupa-rupanya suara mak cik dan berumur. Sedap suaranya dengan hanya bermuzikkan kompang. Ada dua orang budak lelaki sedang menari di hadapannya. Mungkin cucu-cucunya. Sambil tu kami berjalan dalam rumah sambil tengok perabot antik. Di dapur, ada dua orang yang sedang menyediakan kuih baulu dan ubat-ubatan. Pelancong boleh beli terus.

Selesai rumah Melayu, kami berjalan ke rumah Melanau. Mak ai, tinggi bebeno Melanau Tall House ni. Nak naik pun gayat sebab rumah tradisional jadi tangga pun tradisional. Lantainya dari buluh so boleh nampak ke bawah. Yang gayat memang seram sikit la. Rumah ni bertingkat-tingkat. Memang tersangat la tinggi. Ada yang mampu di tingkat paling bawah. Aku cuba jugak naik tingkat atas. Masa nak turun memang masalah sebab tangga hanya berupa batang kayu yang ditakik-takik.

Masa ni kami dah kehabisan tenaga. Fuh, kekuatan fizikal memang diperlukan untuk memanjat rumah Melanau. Kami kemudian menuju ke rumah Orang Ulu. Pun tinggi jugak. Rumah ni di lereng bukit dan besar.

Lepas rumah Orang Ulu, kami ke rumah orang Penan. Boleh cuba menyumpit di sini dengan bayaran RM1 bagi 3 kali percubaan. Kat sini jugak kami nampak sekumpulan artis yang sedang praktis untuk persembahan atau mungkin jugak untuk buat video iklan ke apa ntah aku tak pasti. Suara jeritanya mak ai, kuat sangat.

Tenaga dah habis! Kami tak sempat masuk ke rumah Bidayuh dan Iban. Penat wei. Masa tu kepala otak nak cari air jer. Memandangkan live show dah nak start, kami terus ke dewan. Live show bermula jam 11.30am. Kami minum-minum dulu. Ada orang jual air di situ. Ada jugak restoran tapi makanannya sedikit mahal.

Bila pintu Panggung Budaya dibuka, berpusu2lah orang masuk. Kami duduk berpecah tempat duduk sebab orang lain dah duduk dulu jadi tinggal beberapa kerusi kosong. Aku duduk di depan sekali. Masa tu dah rasa risau takut nanti kena panggil ke pentas sebab biasanya orang yang duduk di depan tu yang akan dipanggil. Kalau dalam dewan kuliah, yang duduk di depan tu sering ditanya soalan. Huhu.

Persembahan dimulakan dengan tarian selamat datang oleh penari-penari Kg. Budaya. Kemudian, diikuti dengan tarian Ngajat Lesung (Iban). Penari lelaki berpakaian Iban ni mendapat tepukan gemuruh semasa dia mengangkat lesung seberat 20kg dengan hanya menggunakan giginya. Lepas tu ada macam2 lagi tarian yang aku dah lupa namanya. Penari turut menjemput penonton untuk turut serta di akhir persembahan. Persembahan selama 1 jam terasa sekejap saja.

Selesai persembahan, kami ke Kedai Cenderamata. Kat sini cenderamata dijual agak mahal. Fridge Magnet pun sampai RM8 satu. Di pasar malam boleh dapat RM10 - 5/6. Selesai semuanya, kami bertolak balik ke rumah. Singgah makan terlebih dahulu.

Sebelah petang, kami ke Pasar Malam Satok. Pasar malam ni besar dan lebih banyak jual sayur-sayuran, ikan dan sebagainya seperti yang ada dijual di pasar basah. Akhirnya kami jumpa tempat jual baju, cenderamata. Borong sakanlah kami dengan baju T Sarawak sebagai kenang-kenangan. Aku beli t shirt for me n for my hubby. Aku jugak beli magnet peti ais 6-RM20. Jalan-jalan lagi jumpa magnet yang dijual 6-RM10. Grr....aku dah terbeli yang mahal.

Lepas shopping, kami ke gerai makan. Try order nasi goreng patayya. Ermmm rasanya agak kureng. Nasi gorengnya biasa jer pastu dihampar telur dadar di atasnya. Aku pun boleh buat hehe...

Selesai hari kedua di Kuching. Hati dah tak sabar menunggu hari ketiga sebab kami dah plan nak ke Pasar Serikin. Tunggu sambungan :)



Pasport Kampung Budaya, Sarawak

Pandangan sebaik sahaja masuk ke kawasan Kampung Budaya
















SPRM Rampas Ratusan Ribu Ringgit

Timbunan wang tunai bernilai ratusan ribu Ringgit termasuk yang disorok dalam kain telekong, dan beberapa akaun saham amanah membabitkan pelaburan jutaan Ringgit atas nama ahli keluarga seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Perak.

Itu yang dirampas dalam satu serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM di Gerik, Perak.

Serbuan di rumah pegawai kanan terbabit dilakukan susulan balak bernilai lebih setengah juta Ringgit dipercayai dicuri di Hutan Kuak Luar, Pengkalan Hulu, disita SPRM Perak semalam.

Seorang pegawai perhutanan dan seorang pengusaha balak ditahan.

Hasil soal siasat ke atas mereka, SPRM kemudian menahan pegawai kanan Jabatan Perhutanan Perak di Gerik lewat malam tadi.

Wang tunai ratusan ribu Ringgit ditemui di rumahnya.

Selain disorok di dalam kain telekong, ratusan ribu Ringgit lagi disembunyikan di dapur, ruang tamu dan bilik tidur rumah pegawai terbabit.

Turut ditemui beberapa akaun saham amanah bernilai jutaan Ringgit atas nama isteri serta anaknya.

Asalnya, serbuan dilakukan di rumah pegawai terbabit untuk siasatan kes curi balak di Hutan Kuak Luar.

Bagaimanapun penemuan wang tunai dan akaun pelaburan saham amanah dalam nilai besar itu menimbulkan keraguan dan siasatan lanjut akan dilakukan SPRM.

Pegawai kanan terbabit dibawa ke pejabat SPRM Perak jam empat pagi tadi untuk soal siasat.

Siasatan mengikut Seksyen 17(A), Akta SPRM 2009.

Sumber : Berita Terkini TV3


* Apabila wang mengaburi mata, inilah jadinya. Sepatutnya, status sebagai pegawai kanan, haruslah bekerja dengan jujur dan amanah. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Wednesday, January 4, 2012

Hari Pertama Persekolahan

Hari ni murid-murid dan guru kembali ke sekolah. Kat sekolah kampung ni, murid-murid tahun satu dah tak meragam kerana mereka sudah ada pengalaman bersekolah di kelas prasekolah. Itulah fungsi kewujudan prasekolah, memberi pengalaman pembelajaran bermakna pada kanak-kanak yang berumur 4+ hingga 6 tahun.

Yang mencabarnya, guru prasekolah sebab nak menghadapi kanak-kanak yang 1st time masuk sekolah. Alhamdulillah, sebab murid-murid baru seramai 10 orang semuanya okey. Biasanya hari pertama ada yang kuat meragam, menangis-nangis nak balik. Tapi tahun ni, tak ada yang berperangai macam tu. Semuanya datang sekolah senyum ceria sepanjang masa. Lega hati. Selama satu minggu ni, murid-murid akan diorientasikan dulu (betul ke bahasa aku ni?) Maksudnya, minggu orientasi. Murid-murid berkenalan dengan cikgu, sesi seuai kenal sesama murid, kenal tandas lelaki dan perempuan, tahu cara-cara nak gunakan tandas, melawat kawasan prasekolah. Biasanya begitulah minggu orientasi berlalu. Minggu depan baru P&P bermula. P&P bermaksud, pembelajaran dan pengajaran :)

Murid pra tahun ni yang berumur 6 tahun seramai 11 orang. Yang berumur 5 tahun seramai 7 orang. Yang umur 6 tahun perlu diberi perhatian sebab next year mereka dah melangkah ke Tahun 1. Masuk tahun 1 ni mesti dah pandai membaca, mengira dan menulis. Oppss ada 1 lagi iaitu menaakul. Jadi murid pra perlu menguasai 4M.

Ada seorang murid baru ni, emaknya cakap surat beranak hilang. Bila mintak mykid, katanya lupa nak bawak. Okey. Tapi dalam tempoh seminggu dua ni dia kena sediakan surat beranak atau sijil lahir. Kalau tak ada, memang anak tu tak boleh didaftarkan di kelas prasekolah. Syarat2 kemasukan ke kelas prasekolah mestilah warganegara. Kalau tak ada sijil lahir, maknanya bukan warganegara.

Aku akan tunggu dulu dalam dua minggu ni. Kalau memang tak ada, terpaksalah reject nama budak tu. Hmm...


SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...