Timbunan wang tunai bernilai ratusan ribu Ringgit termasuk yang disorok
dalam kain telekong, dan beberapa akaun saham amanah membabitkan
pelaburan jutaan Ringgit atas nama ahli keluarga seorang pegawai kanan
Jabatan Perhutanan Perak.
Itu yang dirampas dalam satu serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM di Gerik, Perak.
Serbuan
di rumah pegawai kanan terbabit dilakukan susulan balak bernilai lebih
setengah juta Ringgit dipercayai dicuri di Hutan Kuak Luar, Pengkalan
Hulu, disita SPRM Perak semalam.
Seorang pegawai perhutanan dan seorang pengusaha balak ditahan.
Hasil soal siasat ke atas mereka, SPRM kemudian menahan pegawai kanan Jabatan Perhutanan Perak di Gerik lewat malam tadi.
Wang tunai ratusan ribu Ringgit ditemui di rumahnya.
Selain
disorok di dalam kain telekong, ratusan ribu Ringgit lagi disembunyikan
di dapur, ruang tamu dan bilik tidur rumah pegawai terbabit.
Turut ditemui beberapa akaun saham amanah bernilai jutaan Ringgit atas nama isteri serta anaknya.
Asalnya, serbuan dilakukan di rumah pegawai terbabit untuk siasatan kes curi balak di Hutan Kuak Luar.
Bagaimanapun
penemuan wang tunai dan akaun pelaburan saham amanah dalam nilai besar
itu menimbulkan keraguan dan siasatan lanjut akan dilakukan SPRM.
Pegawai kanan terbabit dibawa ke pejabat SPRM Perak jam empat pagi tadi untuk soal siasat.
Siasatan mengikut Seksyen 17(A), Akta SPRM 2009.
Sumber : Berita Terkini TV3
* Apabila wang mengaburi mata, inilah jadinya. Sepatutnya, status sebagai pegawai kanan, haruslah bekerja dengan jujur dan amanah. Harapkan pagar, pagar makan padi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Salam buat pengunjung blog... Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir...
No comments:
Post a Comment