SEDUTAN MENJEJAK MEMORI
“DIA
handsome gila! Badannya taugh, tentu selalu pergi gym.” Gadis
berambut perang itu terus memuji lelaki idamannya.
Terasa ingin sahaja Elisa menekup telinga rakan
serumahnya itu. Namun pasti sahabatnya itu akan terasa. Jika dia bertindak
begitu, tak beradab namanya. Tetapi telinganya sudah letih mendengar
puji-pujian yang dilemparkan kepada kapten bola sepak kolej. Lelaki itu memang
bertuah. Baru sahaja mendaftar di kolej sejak dua bulan yang lalu, sudah diberi
kepercayaan untuk mengemudi pasukan bola sepak Kolej Indera Jaya.
“Dia bukan saja hebat dalam bidang
pelajaran malah juga dalam bidang sukan. Bayangkan, baru dua bulan dia di sini,
dia dah diberi kepercayaan untuk menjadi kapten bola sepak. Minggu lepas, dia
telah mengharumkan nama kolej kita. Dia berjaya menjaringkan dua gol untuk
membantu pasukan memenangi pertandingan bola sepak antara kolej.”
Cerita yang sama diulang-ulang lagi. Ingin
sahaja Elisa menjerit pada gadis yang tak henti-henti berbicara tentang kapten
bola sepak itu supaya menghentikan saja siaran ulangannya itu. Telinga Elisa
sudah sakit. Telinganya juga sudah jemu mendengar. Sekali dua, dia tidak kisah.
Ini sudah berpuluh kali. Dia juga ada kerja lain, bukan setakat menjadi
pendengar saja. Tugasannya masih bertimbun yang belum siap. Sama juga dengan
Aliya. Bezanya, Aliya ramai kawan. Dia boleh minta tolong atau upah sesiapa
sahaja bagi menyiapkan tugasannya. Terutama kawan-kawan lelakinya. Soal duit,
Aliya tiada masalah. Elisa pula lebih suka bersikap jujur pada diri sendiri.
“Setahu aku, dia masih single. Peluang aku untuk mendekatinya
masih cerah.”
Aliya menaruh harapan tinggi. Itulah
matlamatnya kini. Hati Rifqi harus dimiliki.
Elisa menggeleng. Aliya sudah sangkut
dengan rupa paras Rifqi, lelaki yang entah bagaimana rupanya. Elisa tidak pasti
sama ada dia pernah bertemu lelaki itu. Mungkin mereka pernah bertembung.
Selama ini dia hanya mendengar nama lelaki itu sahaja dari mulut Aliya yang
sudah gila bayang. Hebat sangatkah Rifqi sehingga membuatkan Aliya dan para
pelajar perempuan tergila-gilakannya? Sana sini orang bercakap pasal Rifqi.
Namanya naik mendadak kerana berjaya membawa pasukan bola sepak kolej ke mercu
kejayaan.
“Eh, Elisa! Kau tolong aku boleh tak?”
“Tolong? Kau ada apa-apa masalah ke?” Elisa
sedikit tersentak.
“Aha... aku ada masalah besar.”
“Masalah besar?”
Berkerut kening Elisa. Setahunya, Aliya
memiliki segalanya. Dan gadis itu tidak pernah ditimpa masalah besar.
“Kena saman?” duga Elisa.
Aliya selalu kena saman kerana memandu
laju dan melanggar lampu isyarat. Dalam sebulan, sekurang-kurangnya sekali dia
akan melakukan kesalahan jalan raya. Tapi itu bukan satu masalah buat Aliya
kerana dia mampu membayar denda andai dikenakan dua kali ganda sekali pun. Ibu
bapa Aliya bukan orang sembarangan. Bapanya berpangkat Tan Sri.
“Bukan... ni, masalah di sini.” Aliya
meletakkan tangannya di dada.
“Kau....”
Bicara Elisa terhenti apabila pintu terkuak.
Maria dan Laili melangkah masuk. Kedua gadis itu menghadiahkan senyum hambar
lalu melangkah masuk ke dalam bilik utama. Elisa dan Aliya tidak begitu rapat
dengan Maria dan Laili walaupun tinggal serumah. Jurusan yang berlainan
membuatkan mereka tidak rapat. Elisa lebih rapat dengan Aliya walaupun usia
mereka berbeza. Aliya muda dua tahun darinya. Tetapi mereka berada di semester
yang sama, iaitu semester kedua tahun pertama. Elisa lambat mendaftar kerana
dia terpaksa membuat persiapan sebelum bergelar pelajar.
“Kau ada masalah kesihatan?” Elisa
menyambung pertanyaannya.
“Kau ni... lambat benar nak fahamlah!”
rungut Aliya. “Aku dah jatuh cinta pada Rifqi. Setiap malam aku mesti
termimpikannya. Tolonglah aku Elisa.... sehari kalau tak menatap wajahnya aku tak
boleh hidup. Aku jadi gila bayang. Tolonglah aku Elisa....”
Tak guna! Kutuk Elisa. Jantungnya masih
berdegup kencang kerana menyangka Aliya menghadapi masalah besar.
“Aku tak boleh buat apa-apa kalau soal tu. Kau sendiri yang kena luahkan
pada Rifqi.”p/s : novel ni boleh beli dr saya k :)
No comments:
Post a Comment