Saturday, January 7, 2012

Bercuti di Kuching - Part 2

Hari kedua...

Lepas breakfast, kami bertolak ke Kampung Budaya. Satu kemestian kalau dah sampai Kuching. Sebab di Kampung Budaya ada segalanya mengenai kaum, budaya, rumah penduduk bumi Sarawak. Perjalanan hampir sejam menuju ke Kampung Budaya yang terletak di kaki Gunung Santubung. Harga tiket untuk masuk sepatutnya RM60. Tapi, kerana pemandu van dah kenal dan tau cara2 nak dapat discount, akhirnya kami dapat potongan RM5. Okey la tu. Kanak-kanak still harga sama RM30. Sebelum masuk, kami bergambar dulu. Lepas bayar, kami diberikan passport kaler hijau. Dalam passport ni ada map kg budaya dan penerangan tentang kaum Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu, Melanau, Melayu dan Cina. Selain tu, ada jugak ruangan stamps. Tiap kali kita masuk ke rumah-rumah suku kaum ni, kita bolehlah cop stamps kat situ sebagai tanda kenang-kenangan.

Mula-mula sekali kami terjah rumah orang Melayu. Ada pak cik berbaju melayu di beranda. Dia tolong cop passport kami. Masa tu dah terdengar mendayu-dayu suara seseorang sedang mengalun lagu Sarawak. Lagu Melayu. Mulanya ingatkan radio. Rupa-rupanya suara mak cik dan berumur. Sedap suaranya dengan hanya bermuzikkan kompang. Ada dua orang budak lelaki sedang menari di hadapannya. Mungkin cucu-cucunya. Sambil tu kami berjalan dalam rumah sambil tengok perabot antik. Di dapur, ada dua orang yang sedang menyediakan kuih baulu dan ubat-ubatan. Pelancong boleh beli terus.

Selesai rumah Melayu, kami berjalan ke rumah Melanau. Mak ai, tinggi bebeno Melanau Tall House ni. Nak naik pun gayat sebab rumah tradisional jadi tangga pun tradisional. Lantainya dari buluh so boleh nampak ke bawah. Yang gayat memang seram sikit la. Rumah ni bertingkat-tingkat. Memang tersangat la tinggi. Ada yang mampu di tingkat paling bawah. Aku cuba jugak naik tingkat atas. Masa nak turun memang masalah sebab tangga hanya berupa batang kayu yang ditakik-takik.

Masa ni kami dah kehabisan tenaga. Fuh, kekuatan fizikal memang diperlukan untuk memanjat rumah Melanau. Kami kemudian menuju ke rumah Orang Ulu. Pun tinggi jugak. Rumah ni di lereng bukit dan besar.

Lepas rumah Orang Ulu, kami ke rumah orang Penan. Boleh cuba menyumpit di sini dengan bayaran RM1 bagi 3 kali percubaan. Kat sini jugak kami nampak sekumpulan artis yang sedang praktis untuk persembahan atau mungkin jugak untuk buat video iklan ke apa ntah aku tak pasti. Suara jeritanya mak ai, kuat sangat.

Tenaga dah habis! Kami tak sempat masuk ke rumah Bidayuh dan Iban. Penat wei. Masa tu kepala otak nak cari air jer. Memandangkan live show dah nak start, kami terus ke dewan. Live show bermula jam 11.30am. Kami minum-minum dulu. Ada orang jual air di situ. Ada jugak restoran tapi makanannya sedikit mahal.

Bila pintu Panggung Budaya dibuka, berpusu2lah orang masuk. Kami duduk berpecah tempat duduk sebab orang lain dah duduk dulu jadi tinggal beberapa kerusi kosong. Aku duduk di depan sekali. Masa tu dah rasa risau takut nanti kena panggil ke pentas sebab biasanya orang yang duduk di depan tu yang akan dipanggil. Kalau dalam dewan kuliah, yang duduk di depan tu sering ditanya soalan. Huhu.

Persembahan dimulakan dengan tarian selamat datang oleh penari-penari Kg. Budaya. Kemudian, diikuti dengan tarian Ngajat Lesung (Iban). Penari lelaki berpakaian Iban ni mendapat tepukan gemuruh semasa dia mengangkat lesung seberat 20kg dengan hanya menggunakan giginya. Lepas tu ada macam2 lagi tarian yang aku dah lupa namanya. Penari turut menjemput penonton untuk turut serta di akhir persembahan. Persembahan selama 1 jam terasa sekejap saja.

Selesai persembahan, kami ke Kedai Cenderamata. Kat sini cenderamata dijual agak mahal. Fridge Magnet pun sampai RM8 satu. Di pasar malam boleh dapat RM10 - 5/6. Selesai semuanya, kami bertolak balik ke rumah. Singgah makan terlebih dahulu.

Sebelah petang, kami ke Pasar Malam Satok. Pasar malam ni besar dan lebih banyak jual sayur-sayuran, ikan dan sebagainya seperti yang ada dijual di pasar basah. Akhirnya kami jumpa tempat jual baju, cenderamata. Borong sakanlah kami dengan baju T Sarawak sebagai kenang-kenangan. Aku beli t shirt for me n for my hubby. Aku jugak beli magnet peti ais 6-RM20. Jalan-jalan lagi jumpa magnet yang dijual 6-RM10. Grr....aku dah terbeli yang mahal.

Lepas shopping, kami ke gerai makan. Try order nasi goreng patayya. Ermmm rasanya agak kureng. Nasi gorengnya biasa jer pastu dihampar telur dadar di atasnya. Aku pun boleh buat hehe...

Selesai hari kedua di Kuching. Hati dah tak sabar menunggu hari ketiga sebab kami dah plan nak ke Pasar Serikin. Tunggu sambungan :)



Pasport Kampung Budaya, Sarawak

Pandangan sebaik sahaja masuk ke kawasan Kampung Budaya
















No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...