Saturday, April 5, 2008

Salam Semua


Apa khabar?

Dah singgah di pesta buku 2008?

Apa citer?


Semalam, pesta buku antarabangsa bermula... Bercakap tentang pesta buku ni, dah dua kali saya pernah ke sana iaitu pada tahun 2005 dan 2007. Tahun ni? Insya Allah kalau tak ada aral melintang saya akan berada di sana pada 12/4 (Sabtu). Ikut jadual saya akan berada di booth KarnaDya jam 10am-12t/h bersama rakan penulis orang jay bee... Dewi Sukma dan Syima Syawal. Mungkin saya tak akan sampai tepat jam 10am... dalam pukul 11am dah ada kot. So, buat kak dewi n kak syima, layan2lah dulu peminat2 novel kdya..hehe..


Tahun 2005, saya ke sana dengan tujuan utama nak cari dan beli buku yang sesuai untuk mengajar. Masa tu saya mengajar di SMK Pengkalan Hulu, Perak. Saya ke sana bersama tiga orang adik. Sambil tu jenguk novel pertama saya Mawar Cinta kat booth Rhythm. Seronok masa tu sebab orang tak kenal (ceh, perasan! macam le org kenal skrg ni). Tahun 2006 tak pergi. Tahun 2007 pergi dengan seorg adik dan dua org anak buah. Tahun ni Insya Allah saya akan turun dengan kroni2 saya iaitu family members and dua, tiga orang rakan sekerja. Semuanya bersemangat dan nampaknya macam dah tak sabar nak ke pesta buku.


Tahun ni nak pergi dgn tujuan nak cari buku2 yang sesuai untuk mengajar budak2 prasekolah selain mencari buku atau bahan untuk praktikum. Nak juga cari majalah2 lama yg tak sempat beli. Semestinya tujuan utama tentulah nak berkenal-kenalan dengan rakan2 penulis kdya dan penulis2 lain serta bertemu peminat novel kdya seluruh Malaysia yang sudi turun.

Jumpa Di Sana!

p/s : mulai hari ini saya akan online hari2 (kalau sempat) dan masukkan N3 sekerap yg mungkin. so, datanglah jenguk blog saya selalu kot ada info2 terkini. sebenarnya sy dah pasang telefon kat rumah sewa ni. bestnyeeee!!!!!

4 comments:

dS said...

Salam tanne, awat dtg lmbt? tak bezlah cam ni.. nk tahu dak, kami berdua dtg slps subuh! hmm.. klau cam tu, kami pekena nes tarik kat gerai mamak naa.. dh sampai, trus call kami tau!

p/s: dh psg tipon kaa, cheq? aii.. seronok! bley kita pakat2 sembang siang-malam.. hehe!

Catatan ZZ said...

maklumlah...bukan bawa diri sdr je...byk lg kroni. so kena tggu turn bilik air...bersiap...tggu train...blablabla...tp harap dpt sampai awal la.
hehe...dah pasang dah...skrg on9 guna prepaid dulu...maybe mggu depan pasang streamix...leh chat selalu la

syimasyawal said...

salam Tanne...

hehehehehe hati ni dah berdebar2 ler tak tau kenapa.... takut ada, risau ada, sedihpun ada... Sedih tu nak tinggalkan anak buat sementara ler... yang lain tu apa lagi nak bertemu dgn geng penulis dan peminat...

Moga kita akan diberi kesihatan yang baik pada hari itu... jumpa di sana!

Anonymous said...

Insya Allah...jumpa di sana nanti. Relax... be cool. Telefon ada utk ubati kerinduan pada anak2...

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...