“Apa tak ingat... aku rindukan zaman kanak-kanak dulu. Aku juga rindukan teman-teman sekelas....”
Aku juga rindukan Alia. Ingin sahaja dia meluahkannya. Tapi Rahmat mungkin sudah lupa kanak-kanak bernama Alia.
“Eh, kau ingat tak lagi Milah?”
“Milah? Yang mana satu ni?” berkerut dahi Rifqi.
“Alah... Jamilah kawan baik Ila. Mereka selalu bersama ke kantin... padang...”
"Milah... ye, ye aku ingat-ingat lupa. Kenapa dengan dia?”
“Dia sekarang berada di Ireland. Dia ambil kursus perubatan. Tak lama lagi dia akan pulang sebagai doktor pertama Kampung Padang Temak. Kalau kau ingat lagi, zaman kanak-kanak dulu Milah bukannya pandai sangat. Ila pandai dari dia. Tapi itulah... naik sekolah menengah dia berusaha keras selepas kematian ibunya kerana kanser usus. Dia nekad mahu menjadi doktor.” Cerita Rahmat penuh bersemangat yang tumpang gembira dengan kejayaan bekas teman sepermainan itu.
“Wah tak sangka betul!”
“Kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku pada masa depan. Dulu aku ingatkan Ila yang akan maju dalam pelajaran. Dan Milah akan kekal menjadi orang suruhannya. Tapi rupanya tidak.... Ila makan tidur aje kat rumah. Bila aku balik, mak dia mesti merungut dengan sikap dia. Suruh kerja tak mahu. Tunggu orang masuk meminang agaknya.”
“Sayang.... dia bijak dulu.”
“Tapi terkandas masa SPM sebab asyik bercinta. Eh, kau ingat tak lagi rakan kelas kita yang paling bijak. Tapi dia hilang tanpa dapat dikesan masa kita darjah lima?”
Berderau darah Rifqi. Dia tidak menyangka Rahmat akan menyentuh soal Alia. Terasa seolah-olah Rahmat akan memberikannya berita tentang Alia.
Raut wajah Rahmat membuatkan hatinya terdetik perkara yang bukan-bukan.
Rahmat menggeleng kepala. “Sehingga sekarang dia tak ditemui.”
Debaran Rifqi yang memuncak sebentar tadi terus menurun. “Entah hidup entah mati sekarang,” dia menambah.
“Aku rasa dia masih hidup.”
Kata-kata Rahmat membuatkan degup jantung Rifqi pantas kembali.
Rahmat menggeleng dan menyambung bicara, “beberapa tahun lalu... dalam dua, tiga tahun selepas dia hilang, ada orang dakwa pernah nampak dia.”
“Siapa yang pernah nampak Alia? Di mana tempat tu?” soal Rifqi yang sudah tidak sabar.
p/s : sedutan dari novel terbaruku yg akan terbit
5 comments:
padang temak..mcm sinonim ngan padang tamat jer...hehehehe..just quest jer.
hampir sama...tp mmg wujud nama kg tu..maybe sdr mus'ab dah terlupa..
Wah, novel baru... tahniah!
yer ker...kat mana tu...habaq la...kot mana tau..memori cips saya nih dah penuh...langsung jadi tak ingat..
DS
alhamdulillah...novel pertama 2009 :)
Mus'ab
Kat kg saya...hehe
Post a Comment