Hujung-hujung tahun ni, dua benda yang aku amat perlukan ialah kalendar 2012 dan diari. Kalendar untuk tengok cuti dan sesi persekolahan juga menanda tarikh gaji :) dan diari untuk mencatatkan azam baru. Azam baru tak pernah tinggal every year. Aku suka senaraikan azam baru dan due date untuk mencapainya, tapi nak buat tu yang susah. Buat persiapan nak sambut tahun baru memang yeye jer. Siap dengan bajet belanjawan, target manuskrip, turun berat badan dan macam-macam lagi. Masuk hari pertama, terus aku praktikkan, begitu juga dengan hari kedua...minggu ketiga...sebulan...dan lepas tu..hehe...kemalasan mula menyerang sehinggalah mood datang kembali, baru start balik.
Setakat ni aku baru dapat 3 kalendar. 1 dari Qudrat Impian dan dua dari Perodua (aku dapat masa service kereta). Rasa mcm tak cukup, so aku cari printabel calendar. Tu dia, mcm2 kalendar online ni. Boleh pilih sendiri nak yang mcm mana. Pastu aku google plak diari. Pun ada jugak. So tak payahlah beli, buat sendiri ikut citarasa :) Sebenarnya kat dlm CD Print Arts aku pun ada tapi malas nak buka CD. Online leboh bagus.
Hmmm...kalendar gaji, kalendar cuti, kalendar b'day, kalendar tut dah ada. Nak print kalendar apa lagi ek?
http://www.calendarlabs.com/online-calendar.php?y=2012
http://www.calendarlabs.com/printable-calendar.php
http://www.wincalendar.com/2012-Word-Calendar.htm
http://www.timeanddate.com/calendar/?year=2012&country=69
No comments:
Post a Comment