Pada 25 November yang lalu, aku bersama sebahagian keluargaku telah menghabiskan masa selama 4 hari 3 malam di Kuching, Sarawak. Kami rombongan seramai 13 orang tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching, Sarawak sekitar jam 12.00 tengah hari dari Terminal LCC, Kuala Lumpur. Tiba di airport, kami dijemput oleh pemandu van yang kami sewa. Seterusnya kami dibawa ke homestay yang telah dibooking 3 bulan sebelumnya. Kerana booking awal, kami dapat discount. Semalam hanya RM140. Homestay D'Inap terletak di Taman BDC, Stampin. Rumah teres dua tingkat. 3 bilik di atas serta satu bilik air. Di bawah ada ruang tamu, dapur dan tandas. Kelengkapan asas tersedia seperti iron, mesin basuh, tv + astro, peti ais. Kami rehat sekejap. Jam 2 petang, van sewa datang jemput. Kami dibawa ke Waterfront. Ni tempat wajib singgah kalau sampai di Kuching. Sebabnya, macam2 souvenir ada dijual di sini. Selain tu, boleh makan-makan, naik River Cruises dan macam2 lagi.
Setibanya kami di Waterfront, kami terus naik bot penambang untuk ke seberang. Asalnya nak naik River Cruises yang tiketnya berharga RM60 utk dewasa dan separuh harga untuk kanak2. Tapi, sebab kami tiba awal, jadi kami terus naik bot penambang, bukan untuk menyusuri Sungai Sarawak, tapi untuk ke seberang. Tambang 50sen jer. Jaket keselamatan ofkos tak disediakan. Sungai Sarawak agak lebar. Airnya...agak kotor. Banyak sampah, kayu mati yang hanyut. Semua ni mencacatkan pemandangan terutama buat pelancong luar.
Sampai sahaja kami ke seberang, destinasi pertama kama ialah medan selera. Sarawak terkenal dengan mee koloknya. Jadi sebahagian daripada kami memesan mee kolok, Aku pesan mee kolok goreng istimewa dan limau susu. Saja nak try. Servicenya lambat, tu yang kurang dan perlu diperbaiki. Mee kolok memang sedap. Tapi hangin jugak la sebab menunggu lama. Lepas perut penuh, kami ke Kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Tau kedai ni dari internet. Puas jugak nak jumpa kedai sebab kedudukannya yang agak terselindung. Kedainya kecik jer. Dah ramai selebriti yang sampai ke kedai tu. Semuanya diabadikan dalam gambar yang dilekat di dinding kedai.
Rabun mata kami melihat pelbagai jenis kek lapis yang dijual. Boleh rasa dulu kek sebelum nak buat pilihan. Macam-macam nama kek lapis ni. Aku beli 5 jenis kek lapis jer. Penjual akan masukkan kek dalam kotak dan dibalut kemas. So, tak ada masalah nak bawak naik flight.
Selesai borong kek lapis, kami naik bot penambang kembali ke seberang. Duduk lepak sambil minum kat gerai yang ada di sepanjang sungai. Kami lepak kat gerai ala2 suasana Mexico. Oder fresh orange, RM6 segelas. Masam pulak tu. Tapi lepas minum fresh oren, tekak dah tak rasa dahaga lagi. Hehe... Kami lepas sambil tunggu matahari terbenam. Sempat la rakam beberapa keping pemandangan sunset yang sgt cantik tu.
Dah selesai, aku pun call pemandu van. Kejap je dia pun datang jemput. Terkejut dia bila tengok kami borong kek lapis. Katanya, patutnya hari terakhir baru shopping kek lapis. Betul katanya tu. Sudahnya, sampai rumah, terpaksa letak kek lapis dalam peti ais...padat. Kek lapis ni tak tahan lama. 2,3 hari je suhu biasa. Letak dalam peti ais, lama sikit.
Malam tu, kami tidur nyenyak. Sebelum tu sempat lagi tengok Maharajalawak Mega :)
Rombongan Cik Kiah
Waterfront
Dalam bot penambang
Bergambar depan kedai kek lapis Dayang Salhah
Sunset...rindunya waterfront...
p/s : ikuti sambungan hari ke 2..
No comments:
Post a Comment