Saturday, September 29, 2012

Nostalgia : Artis Pertama



Mira Edora

Nama tercipta
Kata bicara terukir mesra
Inginku sunting bunga di taman
Untukku hiasi mahligai cinta

Inginku hampiri

Hatimu yang sunyi
Kasihku... sayangku...

Oh Mira Edora (2X)

Oh... Oh...

Mira Edora

Kaulah segalanya...
Padamu diriku ada kekosongan
Inginku temui dirimu sayang

Agar terubatlah rindu hatiku

Inginku selami
Malammu yang sepi
Kasihku... sayangku...

Oh Mira Edora


Penyanyi : Kump. Wicitra



Teringat pulak lagu Mira Edora yang popular awal 90-an. Masa ni aku baru melangkah ke alam remaja. Kegilaan pada lagu memang tak dinafikan terutama lagu slow rock. Mira Edora - selain lagu, Mira Edora jugak tajuk novel karangan Khadijah Hashim yang telah difilemkan. Watak Mira Edora dipegang oleh Julia Rais. Kisah student jatuh cinta dengan guru sendiri yang rupa-rupanya guru tu ex-pakwe mak sendiri. Memang best plot cerita ni. 

Sebenarnya ada satu lagi sebab kenapa lagu ni kekal dalam ingatan. Hmm... inilah kumpulan pertama (artis pertama) yang aku tengok live. Huhu... Masa tu kump wicitra di datang ke fun fair buat persembahan. Kebetulan pulak malam tu aku keluar ngan family ke majlis kenduri yang diadakan sebelah ngan tapak fun fair ni. Lepas makan kenduri, kami beli tiket masuk ke fun fair. Rasa best sangat masa tu... Kecik2 dulu, duduk kat dalam kampung, mana la ada hiburan. TV pun tak semua keluarga ada. Peneman setiap hari hanyalah radio. Tunggu DJ putar baru la bleh dengar lagu. Berbeza dengan sekarang. 

Jom layan kenangan lalu...

Friday, September 28, 2012

Belanjawan 2013 & Kisah Wakil KPM

Hari ni PM kita Dato' Seri Najib membentangkan belanjawan 2013 dari jam 3.00 hingga 6.30 petang. Dulu2 sebelum menjadi kakitangan awam, langsung aku tak berminat dengan bajet yang dibentangkan PM setahun sekali. Cuma tengok my sis jer khusyuk dengar terutama time nak umum bonus coz masa tu mereka dah jadi kakitangan awam. Ingat lagi masa aku kecik2 dulu, walaupun belanjawan dibentangkan 1 tahun sekali, tapi aku rasa kerap pulak 1 hari tu datang. Masa tu aku dok nanti nak tengok citer hindi alih2 dibatalkan sbb bg laluan pembentangan belanjawan. 

Bila dah menyertai penjawat awam sejak beberapa tahun yang lalu, aku pun pasang telinga time PM nak umum pasal bonus. Sepanjang aku jadi penjawat awam ini, inilah kali pertama aku merasa bonus sebulan setengah gaji. Sebelum ni paling banyak pun setengah bulan gaji dan bantuan khas RM500. Tu je. Alhamdulillah tahun ni bonus lebih sikit. Rezeki anak. Bolehlah buat persiapan sikit2 bagi menyambut kehadiran orang baru :) Banyak nak pakai. Nak beli kelambu, tilam, bantal, pakaian, lampin, ubat-ubatan dll....OMG terujanya!

Senyum sampai ke telinga penjawat awam semua. Bagaimana pulak dengan kakitangan swasta yg berpendapatan sederhana? Hmm.... memang tak ambil pusing pasal bonus ni. Macam aku dulu2 la. Kerja sendiri. Bonus memang tak merasa. Tapi insya Allah ada rezeki kot lain...kan? Yang penting berusaha.

BR1M pun akan diberikan lagi mulai Januari 2013 dan juga bantuan RM100 pada pelajar. Bagi mereka berpendapatan sederhana, bantuan RM500 ni amat bermakna. Dan bagi yang anak ramai tu pulak, simpan la duit RM100 yang bakal dapat tu untuk bayar keperluan sekolah. Jangan pulak cekau buat macam duit sendiri pada hal tu rezeki anak. 


Tukar topik pulak. Semalam GB buat mesyuarat khas. Semua kakitangan sekolah termasuk guru, kerani, jaga, tukang kebun, org kantin dipanggil berkumpul di kantin. GB memaklumkan esok (hari ni) seramai 5 orang wakil KPM akan turun termasuk 2 wakil JPN dan 2 dari PPD. Atas urusan apa belum dikenalpasti. Jadi GB minta semua kakitangan bersedia. Fail perlu dikemaskini dan kelas mesti berkeadaan bersih dan semua guru mesti ada dalam kelas. 

Jadi, lepas balik sekolah aku pun tungkus lumus siapkan lesson plan Selasa sampai Jumaat (sebelum ni memang aku sediakan seminggu terus..tapi sejak pragnant ni mood malas melanda diri..huhu). Mujurlah lembaran kerja dah siap copy. Aku juga print Fail Meja yang selama ni aku simpan dalam bentuk softcopy. tebal sangat nak print...62 pages..huh! Tapi kerana orang besar nak turun, terpaksa la aku print. Selain tu aku kemaskini minit mesyuarat dan lengkapkan profil murid. 

Pagi ni dlm debar sikit2 aku ke sekolah dan berharap sangat bukan wakil pra yang termasuk dalam 9 orang tu. Hujan turun sejak pagi. Jam 8.00 cuma 4 orang jer murid pra yang hadir. Lega sikit ngajar murid sikit ni. Tengok2 lepas tu sorang demi sorang datang sampai jam 9 lebih pun ada yang dtg lagi. Aduhai.... rajin pulak budak2 ni dtg sekolah time hujan gini. Kan baik dok di rumah sambun tido...haha...nasihat tak bleh dipakai!

GB kata dalam jam 8.30 orang besar tiba kat sekolah, Ngintai pintu pagar, tak nampak sesapa pun yang datang hinggalah jam 10.30. Dalam 10 minit kemudian muncul la wakil2 yg digembar-gemburkan. Mereka jalan terus jer. Senyum jer bila lintas depan pra. Kat belakang pra ada tanak kosong yang GB cadang nak bina bangunan tambahan sekolah. So, tujuan wakil2 tu datang sebab nak tengok tapak. 

Lepas tu ada sorang wakil aku rasa dr JPN singgah di pintu pra. Aku pun jalan ke pintu dan borak2. Dia tanya berapa org murid pra...umur...tempat makan dll. Lepas tu dia tanya sekolah mana dulu. Aku pun jawab la SMKTS. Lepas tu dia tanya ni anak pakcik Zarkasi yg berjambang tu ke. Aku pun iakan la dgn hati masih tertanya2 ni cikgu aku dulu ke? Dia tanya lagi sapa nama kakak yg mengajar di SMKTS. Aku pun bagaitau nama kakak aku yg sekarang dah bertukar ke Seremban. Aku tengok muka dia macam cam jer tapi tak pasti nama. dia pun tak pakai name tag. Lepas tu aku cuba la teka ni Encik.... Dia pun bagitau nama dan dia cakap dia masuk SMKTS tahun 95. Time tu aku dah keluar dr sekolah tu... Dia tanya tak nak tambah ruang makan ke, aku pun cepat2 la ngaku nak. Lepas tu dia tanya lagi tak mintak tukar balik ke kampung ke? Agaknya kalau aku kata nak, dia mungkin nak tolong kot??? Tapi aku dah beli rumah kat sini....

Hikmah bila dengar ada wakil KPM/JPN/PPD nak datang sekolah --> semua fail akan dikemaskini...hehe...dan semangat cikgu mengajar lebih sikit dari hari2 biasa

Thats all secebis kisah hari ini...

Sunday, September 23, 2012

Nostalgia : Apartment Makmur

Tiba-tiba teringat pulak kenangan di Apartment Makmur. Aku pernah menetap di sini sekitar penghujung 1995 sehingga awal 1997. Apartment ni terletak area Bandar Sunway kalau tak salah. Dekat je dengan Sunway Pyramid... Sunway Lagoon... Tapi ketika tu, shopping complex Sunway pyramid tu masih dalam pembinaan. Sunway Lagoon dah wujud dah tapi takder la sehebat sekarang. Masa stay kat sana sempat la sekali aku ke Sunway Lagoon. Harga tengah promosi masa tu. Guna kupon majalah Malaysian Student yang aku rasa dah tak wujud lagi sekarang ni.

Macam mana aku boleh menetap di Apartment Makmur? Masa tu semua student matrikulasi UPM belajar di kampus UPM sendiri dan di Kolej Unitek. Aku diletakkan di bawah Kolej Unitek yang sebelum tu dikenali dengan nama Emile Woolf College (betul ke ejaan woolf tu? aku dah tak ingat la). Beberapa bulan belajar kat Emile Woolf, berlaku pertukaran nama yang dirasmikan sendiri oleh PM kita sekarang Dato' Sri Najib yang sebelum tu menjawab jawatan sebagai Menteri Pendidikan. 

Kolej Unitek dah tak wujud lagi sekarang. Kolej ni terletak di Kelana Jaya. Ramai jugak student belajar kat situ masa tu. Ada yang persediaan ke luar negara, matrikulasi UKM dan Uniten. Kami tinggal di Apartment Makmur dan hari-hari naik bas ke kolej. Indahnya zaman tu. Masih segar dalam ingatan. 

Semester 1 aku ditempatkan di blok E bersama beberapa orang rakan. Yang aku masih ingat nama antaranya Suzaida, Suhana, Salmiah dan ramai lagi. Semester ke 2, aku ditempatkan di blok A. Masa ni berkenalan dengan Ina, Sal, Stella dan lain-lain (terlupa nama). Apartment Makmur ada tiga bilik dengan 2 bilik air (1 dalam master bedroom dan 1 lagi dekat dapur). Ruang tamu agak luas dan memanjang, dapur pun luas, balkoni depan dan belakang. Di blok A ni aku tinggal di tingkat 3. So, malam-malam, melepaklah kami di balkoni memerhati gelagat manusia yang masuk keluar dari kawasan apartment. Paling best, kami jugak suka berkongsi cerita seram di situ.

Lagu yang membuatkan aku terkenang kembali kisah kehidupan di sini ialah lagu Mengintai Dari Tirai Kamar (Exist), Pertemuan (Erra Fazira) dan Intan Rupanya Kaca (Espiranza) coz masa ni tengah meletop semua lagu2 ni. 

Kini sudah hampir 15 tahun berlalu.... cepatnya masa meninggalkan kita...

Sumber : Pakcik Google

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...