Mulakan Bisnes Online

Jom mulakan bisnes online! Hehe... Aku suka shopping online. Pernah beli buku, ebook, tudung dan mcm2 lagi produk secara online. Syoknya beli belah online ni sebab tak payah habiskan masa dan tenaga keluar ke bandar, redah kedai ke kedai cari satu2 barang yang ingin dimiliki. Kelebihan beli belah on9 ni, dok depan komputer jer...merayau la dari blog ke blog, fb ke fb cari barang yg diinginkan. Dah jumpa, terus booking. Kalau barang ada, terus jer transfer duit. Kan senang. Lepas tu tunggu la barang sampai depan rumah. 

Asyik beli jer, bila pulak nak mulakan bisnes? Sebenarnya berniaga salah satu perkara yang aku suka buat. Aku pernah bisnes alat tulis di kampung dulu. Rancak jugak bisnes tu. Berkembang bulan ke bulan. Bila aku pindah, kedai terpaksa ditutup coz takder org nak jaga. Huhu... sayang, sebab dah bina tapak, dah ada pelanggan setia tapi terpaksa gulung tikar. Bisnes online pun aku pernah mula. Tapi tak berapa nak jalan. Sebab tak tau lagi strategi bisnes. Dan malas nak update. 

Kali ni ingat nak mula balik. Nak jual kain pasang. Sebab kain pasang kat kuala kangsar ni murah2. Lepas tu jual tudung... baju kurung...pakaian baby/kanak2... hmmm ada ke org minat nak beli??? Think +ve. InsyaAllah ada. Cabang rezeki 9/10 ialah perniagaan...kan? 

InsyaAllah lepas ni aku akan masukkan produk satu demi satu. Rakan bloggers semua, jangan lupa jengah blog ni selalu ye :)

Comments

Yeahhhh...Semoge terus maju :DD
saerah80 said…
Chai yok, semoga berjaya!
firnisa said…
jgn hangat2 taik aym ja noo...haha...kalo bju bby 2 jgn riso le aku mesti beli punyalah....kain psg lak konpem dah mokteh beli...heehee...pe pon, chaiyok2....smoga bisnes kali ni lebih maju....:)
tq :) Insya Allah
cek : kain pasang dok berangan nak mbek kat lim...hehe...hrp2 kali ni tak hangat2 dah...

Popular posts from this blog

Pengembalian Lebihan Caruman KWSP

Cara Buka Akaun Perniagaan Maybank

PERCUTIAN ATAS KAPAL - STAR CRUISE LIBRA