Wednesday, July 30, 2008
Sajak
A little northernmost town
Sandwiched between hills
And virgin forest
A town I once took to roam
Pengkalan Hulu
Still dear to my heart
Forever it shall remain
Enshrined within me
Together in eternity
We shall live in harmony.
Once it was a mysterious haunt
Of terrorists
masked and armed
Killers from killer regime
The armed CPM.
The enemies moved in her pockets
Of green foliages
That sustained them to rid of the law
And to claim this land of Malaysia
unto their hands
Bloody hands.
My beloved Pengkalan Hulu
Was famed for *CPM
Yet now she is still famous
But for her warm beauty
That spans the scope of our vision.
Her gentle gesture
Hidden amidst the trees
And the soothing touch
Mingles with the breeze
She smiles beautifully
An enemy’s heart shall mellow immediately.
Though by years
I am staying far
The pang of separation
Pains my heart every minute
My mind caresses the old memories.
The trails that divide the forest
I tracked passionately
Rubbing the jutting leaves
And branches of the old trees
My trails were carpeted well
By beautiful brown leaves
Of various shapes and sizes
That to this day I owe her
My gratitude for feasting my sight
With enchanting beauty
Unparalleled by any.
Pengkalan Hulu, my sweetheart
I miss you a lot
I wish I can bring me to succumb in you
So in you I shall expand for another birth
On this same land of yours.
Physically I am at a distant away
Yet in my mind it’s your face
I see unwaveringly.
©cyclopseven. All rights reserved 260308.
*The disbanded Communist Party of Malaya.
written by Cyclopseven Ram
Sunday, July 27, 2008
Kroh @ Pengkalan Hulu
Bagi memudahkan gajah-gajah tersebut mandi, Raja Reman telah memerintahkan agar empangan dibina untuk membendung air. Aliran sungai yang diempangkan itu menjadi sebuah tasik kecil dengan keadaan airnya yang sentiasa keruh. Disebabkan itulah bandar ini telah dinamakan sebagai Kroh pada masa dahulu.
Pada 4 Januari 1984, semasa pemerintahan Sultan Perak ke-33 iaitu Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Sultan Idris Shah II), baginda telah berkenan meminda nama Kroh kepada Pengkalan Hulu kerana tempat ini menjadi tempat persinggahan apabila baginda berangkat ke daerah Hulu Perak.
Kini, tinggalan tasik tersebut telah dibangunkan oleh pentadbiran daerah sebagai taman rekreasi yang dinamakan Taman Tasek Takong. Kaitan antara gajah dengan nama Kroh juga telah diabadikan menerusi logo Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.
p/s : ic... dulu tempat saya ni sebahagian Patani rupanya.. nasib baik berlaku pertikaian hehe.. kalau tidak... hmm.. berkemungkinan hidup dlm ketakutan skrg.. syukur Alhamdulillah..
sumber : majlis daerah pengkalan hulu
Saturday, July 26, 2008
Thursday, July 24, 2008
MTest
GOOD LUCK
Buat seseorang yg gagal dlm percubaannya utk mendapat lesen memandu hari ni , aku cuma nak berpesan...
p/s : ym dgn rakan dr t'ganu.. katanya dia ada nampak Hanya PadaMu di kedai
alahai.. aku sendiri tak tahu kata dah ada di pasaran.. Apa2pun
Saturday, July 19, 2008
KUNCI DIMENSI
p/s:
kata-kata Imran.
Imran mengangguk. Dia menghadiahi senyuman.
“Terima kasih banyak-banyak!” Pak cik tersebut terus mengambil botol dari tangan Imran. Dia mengangkat tangan dan kelihatan berbisik sesuatu pada jam tangannya. Empat sahabat memerhati penuh kehairanan. Sebentar kemudian, pak cik tersebut hilang dari pandangan.
Empat sahabat tercengang-cengang! Sofea dan Anis berpegangan tangan. Mereka ketakutan.
Tuesday, July 15, 2008
Berita Terkini ^_^
# Hanya PadaMu masih dalam proses percetakan.
# Sebuah novel awal remaja bertajuk Kunci Dimensi akan terbit tak lama lagi.
# Di sekolah berlaku sedikit angin perubahan. Tak tahu puncanya apa, tiba-tiba sahaja berubah. Hmm..nak kembali seperti dulu, rasanya dah tak mungkin...
# Sekarang berenti jap dari aktiviti mengarang. Kena study. Bulan depan exam!
# Karnival pra tak lama lagi. Latihan ke atas budak pra ala kadar saja. Berbeza dgn budak tahun lepas coz mereka lebih cergas.
Monday, July 14, 2008
Lembaga itu...
Elisa memetik suis lampu bilik air. Dia menolak daun pintu. Teringat dia cerita yang dibawa Laili. Menurut Laili, dia ternampak kelibat lembaga hitam berdiri di tepi bilik air sekitar jam dua pagi. Ketika kejadian tersebut Laili baru pulang selepas mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakannya di aras lima. Namun sebaik sahaja Laili memasang lampu, kelibat lembaga hitam terus hilang dari pandangan. Terus sahaja Laili menyusup masuk ke dalam bilik kerana tiba-tiba sahaja dia merasa seram sejuk.
Sepuluh minit kemudian Elisa melangkah keluar. Perutnya masih terasa sakit dan memulas-mulas. Tengah hari tadi dia telah membeli nasi di gerai tepi jalan. Argh... inilah akibatnya! Elisa menggosok-gosok perutnya.
Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi air yang sedang mengalir. Matanya terus tertancap ke arah sinki dapur. Paip terbuka. Air sedang mengalir. Terus meremang bulu romanya. Siapa yang membuka paip air???
Matanya merawang lagi. Nun di balik pintu menuju balkoni dapur, dia ternampak kelibat seseorang.
“Siapa? Laili ke?” dia beranikan diri menyapa kelibat seseorang di balik pintu.
Diam. Tiada balasan.
“Maria?”
Senyap.
“Aliya? Aliya ke tu?”
Diam. Lemah lutut Elisa kerana sapaannya tiada balasan.
Thursday, July 10, 2008
Musim Buah
Bukan setakat buah tempatan, buah import, roti, bahulu pun ada
Rambutan aka moktan gading pun ada...
Mmmm... sedapnya! Manis! ...
Durian aka deghiyan...raja segala buah. nyam nyam nyam
Aik! Buah ape ni? Buah/getah... AWAS! Yang ni tak boleh makan Sekarang ni musim biji getah gak..teringat kat Alia..hmm di mana dia sekarang ek?
Monday, July 7, 2008
Selepas 12 Tahun...
Dua belas tahun sudah berlalu. Ramalan salah seorang bomoh masih lekat di ingatannya.... Kanak-kanak tersebut akan kembali selepas dua belas tahun. Sekembalinya dia ke alam manusia, dia akan menjadi seseorang yang mempunyai kuasa sakti dan hidup dalam kemewahan. Satu ramalan yang sukar untuk dipercayai tetapi tetap ditunggu.
Langkahnya terhenti apabila terdengar sesuatu. Dia memasang telinga. Matanya liar mencari arah tangisan yang kedengaran itu. Tiada! Bulu romanya menegak. Menurut Iqram, jika bulu roma menegak, itu tandanya ada ‘sesuatu’ di kawasan tersebut. Sejak hari pertama dia mendaftar diri di asrama kolej, Iqram terus memberi amaran kepadanya supaya jangan bersendirian di tengah malam. Pelbagai peristiwa pelik dialami penghuni asrama lelaki dan perempuan.
Ada warga yang pernah nampak seorang perempuan berjalan seorang diri sekitar jam satu hingga tiga pagi. Rambutnya panjang mengurai. Sesiapa yang terserempak pasti akan jatuh sakit.
Tangisan itu terus kedengaran. Persis milik seorang gadis yang sedang meratap kekecewaan.
Sunday, July 6, 2008
Hari Minggu
Jalan Pintas Ke Neraka
Thursday, July 3, 2008
Rejab
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala ''
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Antara kelebihan bulan Rejab
Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
Wednesday, July 2, 2008
Hanya Sandiwara - Riz AF6
Melihat kekasih lama
Di muka pintu oh…oh…oh
Keliru daku keliru
Kenapa dia datang
Mencari aku
Dapat aku rasakan
Seperti ada yang tak kena
Pada dirinya oh…oh…oh
Dan sudah ku jangkakan
Dia datang menagih
Cinta yang lama
Cukup sekali
Kau persendakan
Harapanku yang luhur padamu
Tiada apa lagi
Yang tinggal kini
Hanyalah kenangan duka saja oh…oh…oh
Dulu
Daku hanya sandaran
Merawat kedukaan
Ketika lara mencengkam sanubarinya
Pernah menguris hatiku
Mencabar emosiku
Seperti diri ini tidak punya harga
Puas aku bersabar
Mengharap dia kan berubah
Rupanya itu hanya
Sandiwara saja
Pergilah dikau pergi
Ku tak memerlukanmu
Biarkan saja ku cari cinta yang lain
Tuesday, July 1, 2008
Anak Ayam
Oh mesranya mereka dengan ibu
Tiap pagi ku berikan makanan
Bila petang ku masukkan ke reban
Oh comelnya bilangannya sepuluh
Oh lekaslah engkau semua bertelur
Gembiranya gembira ku melihat
Anak ayam anak ayam ku sihat
p/s : latihan lagu tuk karnival
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Salam buat pengunjung blog... Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir...