Monday, July 7, 2008

Selepas 12 Tahun...

Dua belas tahun sudah berlalu. Ramalan salah seorang bomoh masih lekat di ingatannya.... Kanak-kanak tersebut akan kembali selepas dua belas tahun. Sekembalinya dia ke alam manusia, dia akan menjadi seseorang yang mempunyai kuasa sakti dan hidup dalam kemewahan. Satu ramalan yang sukar untuk dipercayai tetapi tetap ditunggu.

Langkahnya terhenti apabila terdengar sesuatu. Dia memasang telinga. Matanya liar mencari arah tangisan yang kedengaran itu. Tiada! Bulu romanya menegak. Menurut Iqram, jika bulu roma menegak, itu tandanya ada ‘sesuatu’ di kawasan tersebut. Sejak hari pertama dia mendaftar diri di asrama kolej, Iqram terus memberi amaran kepadanya supaya jangan bersendirian di tengah malam. Pelbagai peristiwa pelik dialami penghuni asrama lelaki dan perempuan.

Ada warga yang pernah nampak seorang perempuan berjalan seorang diri sekitar jam satu hingga tiga pagi. Rambutnya panjang mengurai. Sesiapa yang terserempak pasti akan jatuh sakit.

Tangisan itu terus kedengaran. Persis milik seorang gadis yang sedang meratap kekecewaan.

4 comments:

affanazami said...

ini sambungan dr mane2 cerita ke?

Catatan ZZ said...

aah...sambungan dr sebuah citer yang dah diterbitkan di mana dlm citer tu seorg kanak2 hlg..so sambungan ni kiranya slps 12 thn kehilangannya...

dS said...

Dah tahu!!! ~_~ gegege..

Amboi.. slps 12 tahun, gerenti makin cun-melecun si 'A' tu!

Catatan ZZ said...

mestilah..hehe..identitinya pun dah bertukar...kasi suspen sikit

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...