Sunday, July 27, 2008

Kroh @ Pengkalan Hulu

Keroh merupakan pekan yang terpencil di kawasan perbatasan. Kedudukannya yang unik di mana di bahagian utaranya bersempadan dengan Thailand, sementara di sebelah baratnya pula adalah negeri Kedah. Pekan-pekan yang berhampiran adalah Pekan Daerah Baling di Kedah dan Pekan Daerah Betong di Thailand yang jaraknya adalah lingkungan 15 km dan di negeri Perak pula, Pekan Daerah Gerik adalah yang terhampir iaitu dengan jarak lingkungan 30 km.

Sejarah Pengkalan Hulu bermula sebagai pusat pentadbiran Negeri Reman (sebahagian daripada Negeri Patani) yang mana sempadan negerinya adalah Kedah dan Patani. Bagaimanapun, Raja Reman telah menceroboh Kelian Intan dan mengusahakan perlombongan bijih timah di situ, sehinggalah tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan Kerajaan Perak dan beberapa perjanjian yang diusahakan antara pihak Inggeris, Siam dan Perak. Pada tahun 1902, Kerajaan Siam telah menghapuskan sistem pemerintahan beraja di Negeri Reman. Setelah itu, Kerajaan Siam telah menyerahkan daerah Hulu Perak kepada Kerajaan Perak. Istiadat penyerahan daerah Hulu Perak dilangsungkan di Kroh pada 16 Julai 1909.


Asal-usul nama Pengkalan Hulu bermula dengan sebuah sungai kecil yang mengalir melalui kawasan ini. Sungai yang mengalir ini berpunca dari sebuah kampung yang bernama Selarong. Selarong bermaksud 'denai gajah' dalam bahasa Arab. Sungai ini menjadi tempat mandi dan berkubang gajah-gajah kepunyaan Raja Reman yang bilangannya menjangkau ratusan ekor.


Bagi memudahkan gajah-gajah tersebut mandi, Raja Reman telah memerintahkan agar empangan dibina untuk membendung air. Aliran sungai yang diempangkan itu menjadi sebuah tasik kecil dengan keadaan airnya yang sentiasa keruh. Disebabkan itulah bandar ini telah dinamakan sebagai Kroh pada masa dahulu.


Pada 4 Januari 1984, semasa pemerintahan Sultan Perak ke-33 iaitu Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Sultan Idris Shah II), baginda telah berkenan meminda nama Kroh kepada Pengkalan Hulu kerana tempat ini menjadi tempat persinggahan apabila baginda berangkat ke daerah Hulu Perak.


Kini, tinggalan tasik tersebut telah dibangunkan oleh pentadbiran daerah sebagai taman rekreasi yang dinamakan Taman Tasek Takong. Kaitan antara gajah dengan nama Kroh juga telah diabadikan menerusi logo Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.


p/s : ic... dulu tempat saya ni sebahagian Patani rupanya.. nasib baik berlaku pertikaian hehe.. kalau tidak... hmm.. berkemungkinan hidup dlm ketakutan skrg.. syukur Alhamdulillah..


sumber : majlis daerah pengkalan hulu

3 comments:

pionopis said...

mmg benar sebhgian dr kg zz termasuk patani.teringat kwn2 yg dtg dr kg yg sama dgn zz longhat mereka kdg2 mcm kelantan,perak utara dan kedah

zahida zarkasi said...

ya betul!!! dialek sy mmg mirip kepada org Patani dan bercampur sikit dialek kedah dan perak

cyclopseven said...

Hi kalau ada masa tolong singgah kat blog I yang khusus untuk sajak-sajak dalam bahasa malaysia and comment me please...http://malaypoems-suarahatiku.blogspot.com/.

Salam Lebaran 1439 Hijrah

Masih dalam mood raya kan... Ok I nak wish Selamat hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat rakan2 blogger semua....