Pertengahan tahun setiap tahun musim buah akan tiba. Tiap-tiap hari ada jamuan buah yang diadakan murid-murid dari Tahun 3,4,5,6. Hmm...kelas pra tak buat ke? Tak kut...sebab saya dan ppm bukan orang sini. Susah nak angkut buah. Lagipun kat kampung belum mula lagi. Durian pun belum gugur. Tapi kat sini duriannya dah hujung-hujung. Cikgu pra tu pula tak ada dusun. So, kami mengharap belas ihsan murid. Hehe... lain la tahun lepas. Teringat masa Cikgu Rozita angkut durian Batu Kurau, manggis dan rambutan..buat jamuan kat pra. Meriah sungguh.Selasa lepas giliran Tahun 5 pulak buat jamuan buah. Sempat ler aku snap beberapa keping gambar, sebagai kenang-kenangan bila aku dah tak der di SKUR lagi...
Bukan setakat buah tempatan, buah import, roti, bahulu pun ada
Rambutan aka moktan gading pun ada...
Mmmm... sedapnya! Manis! ...
Durian aka deghiyan...raja segala buah. nyam nyam nyam
Aik! Buah ape ni? Buah/getah... AWAS! Yang ni tak boleh makan
Sekarang ni musim biji getah gak..teringat kat Alia..hmm di mana dia sekarang ek?
No comments:
Post a Comment