Salam buat rakan2 yg sudi singgah.
N3 kali ni nak cerita pasal sebuah filem bertajuk Hafalan Shalat Delisa yang sedang ditayangkan di Astro First. Aku berkesempatan menonton filem ni minggu lepas masa balik kampung. Thanks my sis yg melanggan filem ni. Hafalan Shalat Delisa berdasarkan novel bestseller karangan Tere Liye. Novel ni dah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh penerbit buku PTS. Orang kata baca novel lebih touching dr filem. Nantilah nak cari gak novel ni kat kedai buku.
Kisah bermula di Lok Nga, Acheh. Kisah mengenai seorang kanak2 yang aku tak pasti berapa umurnya, mungkin 6 atau 7 tahun bernama Delisa yang tinggal bersama ibunya dan 3 orang kakak bernama Fatimah, Zahra dan Aisyah. Ayahnya seorang kelasi kapal. Delisa ni seorang kanak2 periang, suka bermain bola bersama budak lelaki. Hari-hari dia akan belajar agama bersama rakannya. Guru agama mereka bernama Ustaz Rahman. Kanak2 seumur Delisa diwajibkan untuk hafal ayat dalam solat. Mereka akan diuji - Amali Solat. Mereka kena baca ayat-ayat semasa solat dengan suara yang boleh didengar oleh pak ustaz. Seorang demi seorang murid akan diuji bacaan solat (bagus kan).
Delisa hari-hari hafal ayat2 dalam solat. Ibunya dah berjanji kalau Delisa lulus test amali solat, Delisa akan diberi kalung/rantai emas. Macam kakak2nya jugak yang dah lulus test amali solat. Di sini berlaku perasaan iri hati Aisyah terhadap Delisa. Biasalah adik beradik mesti ada perasaan iri hati. Ibunya memainkan peranan untuk mendidik anak2nya supaya tidak merasa iri hati antara adik beradik.
Delisa cukup gemarkan ganjaran. Apabila dia melakukan sesuatu, dia akan menuntut hadiah. Ada babak di mana Delisa meluahkan perasaan sayangnya terhadap ibunya kerana Allah ~ Delisa cintakan ibu kerana Alah ~. Ibunya terus menangis kerana terharu. Kemudian Delisa tuntut hadiah dari Ustaz Rahman. Dia telah ikut kata2 Ustaz Rahman.
26 Dec 2004, hari test amali solat. Delisa ditemani ibunya ke sekolah. Ibu bapa kena tunggu di luar. Ada tingkap cermin untuk mereka melihat anak2 mereka sedang test amali solat. Sebelum solat, Ustaz Rahman dah pesan, kalau solat mesti khusyuk. Jangan pedulikan gangguan. Masa Delisa tengah solat, tsunami melanda.
Dalam kejadian tersebut, Delisa 3 orang kakaknya. Delisa sendiri kudung sebelah kaki. Dia dipertemukan dengan ayahnya yang bergegas balik ke Acheh bila dengar berita tentang tsunami. Walaupun kehilangan sebelah kaki, Delisa tetap meneruskan hidup bersama mangsa2 tsunami lain yg masih bernafas. Sambil tu, Delisa dan abinya berusaha mencari ibunya.
Test Amali Solat tetap diadakan walaupun dalam serba kekurangan. Delisa lulus. Ketika solat, dia dipertemukan dengan ibunya. Nak tau ibu Delisa hidup atau tak, belilah novel atau tonton filem ni ye.
p/s : filem ni memang touching.. jalan cerita menarik sbb novel pun menarik.. hajat di hati nak karang novel mcm ni, yg memberi kesan, tapi mampukah aku?
Delisa bersama ummi dan kakak2nya |
Delisa ditemani Ummi ke test amali solat |
Delisa tengah test amali solat |
No comments:
Post a Comment