Monday, July 14, 2008

Lembaga itu...

Elisa memetik suis lampu bilik air. Dia menolak daun pintu. Teringat dia cerita yang dibawa Laili. Menurut Laili, dia ternampak kelibat lembaga hitam berdiri di tepi bilik air sekitar jam dua pagi. Ketika kejadian tersebut Laili baru pulang selepas mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakannya di aras lima. Namun sebaik sahaja Laili memasang lampu, kelibat lembaga hitam terus hilang dari pandangan. Terus sahaja Laili menyusup masuk ke dalam bilik kerana tiba-tiba sahaja dia merasa seram sejuk.

Sepuluh minit kemudian Elisa melangkah keluar. Perutnya masih terasa sakit dan memulas-mulas. Tengah hari tadi dia telah membeli nasi di gerai tepi jalan. Argh... inilah akibatnya! Elisa menggosok-gosok perutnya.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi air yang sedang mengalir. Matanya terus tertancap ke arah sinki dapur. Paip terbuka. Air sedang mengalir. Terus meremang bulu romanya. Siapa yang membuka paip air???

Matanya merawang lagi. Nun di balik pintu menuju balkoni dapur, dia ternampak kelibat seseorang.

“Siapa? Laili ke?” dia beranikan diri menyapa kelibat seseorang di balik pintu.

Diam. Tiada balasan.

“Maria?”

Senyap.

“Aliya? Aliya ke tu?”

Diam. Lemah lutut Elisa kerana sapaannya tiada balasan.

2 comments:

Mersik said...

Ohhh..

suspensionnyerrrr....!

Catatan ZZ said...

hrp2 begitulah..tp risau takut x menjdi

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...