Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 201, Welcome 2012

2011 sampai ke pengakhirannya. Pantasnya masa berlalu. Terasa seperti baru melangkah ke tahun baru 2011. Diam tak diam rupanya sudah sampai ke pengakhiran. Azamku ada yang tercapai ada yang belum, sambung ke 2012.

2012, banyak yang telah aku rancangkan. Semoga dipermudahkan ALLAH... Amin. Satu lagi impianku yang belum tercapai. Semoga 2012 ini memberi sinar dalam hidupku, dan semoga tercapailah impianku itu.

Friday, December 30, 2011

Mesyuarat Guru & Tugas 2012

Hari ni mesyuarat guru berlangsung selama tiga jam lebih. Kehadiran penuh. Tentulah semua hadir sebab nak tahu tugas dan jawatan tahun depan.

Memang aku tunggu saat dapat buku panduan tugasan. Setiap tahun mesti dapat buku tebal ni. Kali ni cover warna biru. Cantik. Ada perubahan sikit. Kat depan ada gambar sekolah. Maju setapak. Hehe...

Bukan cover yang aku nak storykan...Pasal tugas. So, bagi tahun 2012, inilah senarai tugas yang aku kena laksanakan :

1. Setiausaha Kajian dan Tindakan
2. AJK Transisi Tahun 1
3. Setiausaha Prasekolah
4. Setiausaha Lawatan dan Rombongan
5. Setiausaha Penghayatan Bulan kemerdekaan
6. AJK Sambutan Maal Hijrah
7. Setiausaha Hari Anugerah
8. AJK Pengurusan Tahap 1
9. AJK Panitia Pend Jasmani dan Kesihatan
10. AJK Panitia Seni dan Muzik
11. Ketua Panitia Prasekolah
12. AJK Bimbingan kaunseling dan kebajikan Murid
13. AJK 3K Sekolah
14. AJK Pend. Pencegahan Dadah
15. Setiausaha Kokurikulum
16. Pen. S/U Pembangunan Sukan sekolah
17. Setiausaha Organisasi Kelab permainan
18. Guru Prasekolah (Tetap dan Berpencen )

Setiausaha saja dah tujuh. Belum tambah setiausaha hari kokurikulum lagi. So, 8 semuanya. Standard la tugas banyak bagi sekolah bertaraf SKM (sekolah kurang murid). Murid pra tahun depan 18. Semua murid SKUR 75 orang jer next year.


p/s : Apa2pun aku harap dapat jalankan tugas sebaik mungkin. Amin.... Welcom 2012

Thursday, December 29, 2011

Taklimat & Mesyuarat Permuafakatan Prasekolah 2012

Semalam, 28 Dec 2011 bersamaan hari Rabu, prasekolah seri permata telah berjaya menjalankan taklimat dan seterusnya mesyuarat permuafakatan pra kali pertama bagi sesi persekolahan 2012. 75% kehadiran ibu bapa. Alhamdulillah. Kehadiran kaum ibu seperti biasa lebih ramai berbanding kehadiran bapa.

Tahun 2012, seramai 18 (9 lelaki, 9 perempuan) orang murid-murid sudah mendaftar. Kuota seramai 25 orang tak tercapai kerana kekurangan kanak-kanak berumur 5-6 tahun.di Kampung Ulu Ribu. 18 orang ni pun termasuk anak-anak cikgu, kerani, ppm dan orang taman liman. Alhamdulillah, walaupun 18 orang, sebenarnya dah pecah rekod. Sebelum ni murid paling ramai ialah pada tahun 2007 iaitu seramai 16 orang.

Mesyuarat berlangsung selama 1jam 30 min lebih kurang. Antara agendanya ialah pembubaran jawatankuasa permuafakatan prasekolah 2011 dan pelantikan j/kuasa yang baru bagi sesi 2012, pembentangan laporan kewangan 2011, cadangan bayaran tambahan untuk 2012, serta aktiviti yang akan dijalankan pada 2012. Semuanya berjalan dengan lancar.

Lepas habis meeting, seperti biasa ada makan-makan. Mihun goreng + teh + kuih 2 biji kosnya RM5 sekepala. Ni 1st time tempah kat peniaga kantin. Sebelum ni order sendiri jer. Dah lama sikit, mula faham, terus tempah jer kat orang kantin, lagi senang. Lepas makan tak payah susah-susah nak cuci pinggan mangkuk kat kelas pra.

Sayangnya, lupa pulak nak ambil gambar. Huhu...

p/s : esok mesyuarat pembukaan sekolah pulak...

Tuesday, December 27, 2011

Bercuti di Kuching - Hari Pertama

Pada 25 November yang lalu, aku bersama sebahagian keluargaku telah menghabiskan masa selama 4 hari 3 malam di Kuching, Sarawak. Kami rombongan seramai 13 orang tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching, Sarawak sekitar jam 12.00 tengah hari dari Terminal LCC, Kuala Lumpur. Tiba di airport, kami dijemput oleh pemandu van yang kami sewa. Seterusnya kami dibawa ke homestay yang telah dibooking 3 bulan sebelumnya. Kerana booking awal, kami dapat discount. Semalam hanya RM140. Homestay D'Inap terletak di Taman BDC, Stampin. Rumah teres dua tingkat. 3 bilik di atas serta satu bilik air. Di bawah ada ruang tamu, dapur dan tandas. Kelengkapan asas tersedia seperti iron, mesin basuh, tv + astro, peti ais. Kami rehat sekejap. Jam 2 petang, van sewa datang jemput. Kami dibawa ke Waterfront. Ni tempat wajib singgah kalau sampai di Kuching. Sebabnya, macam2 souvenir ada dijual di sini. Selain tu, boleh makan-makan, naik River Cruises dan macam2 lagi.

Setibanya kami di Waterfront, kami terus naik bot penambang untuk ke seberang. Asalnya nak naik River Cruises yang tiketnya berharga RM60 utk dewasa dan separuh harga untuk kanak2. Tapi, sebab kami tiba awal, jadi kami terus naik bot penambang, bukan untuk menyusuri Sungai Sarawak, tapi untuk ke seberang. Tambang 50sen jer. Jaket keselamatan ofkos tak disediakan. Sungai Sarawak agak lebar. Airnya...agak kotor. Banyak sampah, kayu mati yang hanyut. Semua ni mencacatkan pemandangan terutama buat pelancong luar.

Sampai sahaja kami ke seberang, destinasi pertama kama ialah medan selera. Sarawak terkenal dengan mee koloknya. Jadi sebahagian daripada kami memesan mee kolok, Aku pesan mee kolok goreng istimewa dan limau susu. Saja nak try. Servicenya lambat, tu yang kurang dan perlu diperbaiki. Mee kolok memang sedap. Tapi hangin jugak la sebab menunggu lama. Lepas perut penuh, kami ke Kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Tau kedai ni dari internet. Puas jugak nak jumpa kedai sebab kedudukannya yang agak terselindung. Kedainya kecik jer. Dah ramai selebriti yang sampai ke kedai tu. Semuanya diabadikan dalam gambar yang dilekat di dinding kedai.

Rabun mata kami melihat pelbagai jenis kek lapis yang dijual. Boleh rasa dulu kek sebelum nak buat pilihan. Macam-macam nama kek lapis ni. Aku beli 5 jenis kek lapis jer. Penjual akan masukkan kek dalam kotak dan dibalut kemas. So, tak ada masalah nak bawak naik flight.

Selesai borong kek lapis, kami naik bot penambang kembali ke seberang. Duduk lepak sambil minum kat gerai yang ada di sepanjang sungai. Kami lepak kat gerai ala2 suasana Mexico. Oder fresh orange, RM6 segelas. Masam pulak tu. Tapi lepas minum fresh oren, tekak dah tak rasa dahaga lagi. Hehe... Kami lepas sambil tunggu matahari terbenam. Sempat la rakam beberapa keping pemandangan sunset yang sgt cantik tu. 

Dah selesai, aku pun call pemandu van. Kejap je dia pun datang jemput. Terkejut dia bila tengok kami borong kek lapis. Katanya, patutnya hari terakhir baru shopping kek lapis. Betul katanya tu. Sudahnya, sampai rumah, terpaksa letak kek lapis dalam peti ais...padat. Kek lapis ni tak tahan lama. 2,3 hari je suhu biasa. Letak dalam peti ais, lama sikit. 

Malam tu, kami tidur nyenyak. Sebelum tu sempat lagi tengok Maharajalawak Mega :)

 Rombongan Cik Kiah

 Waterfront

 Dalam bot penambang

 Bergambar depan kedai kek lapis Dayang Salhah

Sunset...rindunya waterfront...


p/s : ikuti sambungan hari ke 2..




Sunday, December 25, 2011

Ingin Jadi Penulis Novel?


Hantarlah manuskrip anda ke penerbit yg diingini :)

Buku Prima  

Adakah anda berbakat dalam bidang penulis? Kalau ada bakat, kenapa tidak dibukukan sahaja karya anda untuk tatapan pembaca? Jika anda mempunyai manuskrip yang telah siap tapi tidak tahu hendak dihantar ke mana, Buku Prima sedia menerima manuskrip anda.
Terdapat beberapa genre bacaan seperti buku kanak-kanak, novel awal remaja, novel dewasa dan buku umum. Setiap buku mempunyai kriteria penghantaran manuskrip yang berlainan.
Kriteria Manuskrip : Buku Kanak-kanak - Jumlah mukasurat hendaklah antara 4-5, kertas bersaiz A4, Times New Roman@Gill San, font size 11@12, double spacing. Jalan cerita seharusnya berkonsepkan cerita yang memaparkan moral dan tauladan seperti cerita manusia, tumbuhan ataupun haiwan.
Kriteria Manuskrip : Novel Awal Remaja - Jumlah mukasurat hendaklah antara 150-200, kertas bersaiz A4, Times New Roman@Gill San, font size 11@12, double spacing. Jalan cerita seharusnya berkonsepkan cerita yang memaparkan moral dan tauladan seperti cerita remaja yang berkaitan dengan persekolahan, ibu bapa, hobi, sukan, hiburan dan banyak lagi.
Kriteria Manuskrip : Novel Dewasa - Jumlah mukasurat hendaklah antara 450-650, kertas bersaiz A4, Times New Roman@Gill San, font size 10@12, double spacing. Anda boleh menulis apa sahaja cerita yang anda suka seperti kisah seram, adat resam, satira, percintaan, kisah masyarakat, tahyul, misteri, cereka sains, thriller, islamik, pengembaraan, komedi romantik, jenayah, dunia korporat, kepahlawanan dan banyak lagi. Yang pastinya, jalan cerita mestilah mantap, mempunyai nilai2 agama, bermesej, menarik dan bermoral.
Kriteria Manuskrip : Buku Umum - kepada yang ingin menerbitkan buku umum, anda perlu menghantar kertas cadangan beserta isi kandungan manuskrip tersebut. muka surat tidak terhad dan gaya penulisan tertakluk kepada anda sendiri. cuma, konsep buku tersebut perlu diperjelaskan lebih lanjut di dalam kertas cadangan. sertakan gambar jika perlu. antara cadangan buku yang boleh anda buat adalah seperti jahitan baju, kerjaya, resipi, sukan, hiburan, d.i.y, tanaman, motivasi, fesyen dan lain-lain.
Info tambahan
  • manuskrip anda mestilah yang asli dan tidak diciplak atau diterjemahkan dari mana-mana novel lain.
  • kami berhak menolak manuskrip tersebut jika tidak bersesuaian.
  • manuskrip yang dihantar perlu di dalam bentuk bercetak (hardcopy) dan anda juga perlu e-melkan ke prima@bukuprima.com.my.
Hantarkan manuskrip anda kepada:
BUKU PRIMA SDN BHD
Bilik 101 Tingkat 1,
Lot 7, Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
03-55106636
03-55106637
prima@bukuprima.com.my

JEMARI SENI SDN. BHD. berhasrat untuk menjadi penerbit yang mengutamakan mutu dalam bahan bacaan di Malaysia dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Untuk mengekalkan hasrat murni ini; JEMARI SENI yakin bahawasanya sesebuah karya yang baik itu sepatutnya mementingkan pengisian yang boleh menghasilkan pemikiran yang positif.
JEMARI SENI menetapkan KAMUS DEWAN terbitan Dewan Bahasa & Pustaka (Edisi Keempat) sebagai rujukan utama dalam peristilahan, imbuhan dan ejaan. Selain itu, penggunaan bahasa Nusantara juga diterima pakai dalam penulisan sesebuah karya diJEMARI SENI dengan pertimbangan ejaan mengikut bahasa asalnya. JEMARI SENI akan cuba mempertingkatkan kualiti penyuntingan dari semasa ke semasa dengan bantuan anda sebagai penulis.  Sementara itu, dalam pembinaan ayat dan gaya bahasa, JEMARI SENImembiarkan pengarang mencipta gaya untuk membentuk identiti penulisan yang tersendiri. 
Penulis sentiasa diberi kebebasan dari aspek bahasa; yakni penulis tidak dikongkong menulis seratus peratus dalam bahasa Melayu tanpa menggunakan bahasa asing. DiJEMARI SENI kami juga akur tentang code switching dan code mixing yang mewarnai bahasa kita selama 400 tahun ini. Sekiranya berlakunya pertembungan bahasa, kata pinjaman itu haruslah dipetik dengan sopan agar tidak menjejaskan kualiti sesebuah manuskrip.  Mana-mana perbendaharaan kata yang menggunakan bahasa daerah atau bahasa asing perlu ditulis dalam huruf condong (italic).

Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya.
PANDUAN PENULIS - NOVEL UMUM
JEMARI SENI SDN. BHD. menitikberatkan karya yang mempunyai nilai moral yang tinggi dan berlandaskan hukum Islam yang kita junjung. Dalam usaha menjadikan hasil karya sebagai saluran ibadah, JEMARI SENI lebih mengutamakan karya-karya yang lebih cenderung ke arah penghayatan nilai-nilai Islam ataupun Islam sebagai satu cara hidup.


2.  Karya yang Asli
* tidak jiplak daripada mana-mana terbitan, stensilan atau apa juga yang bukan hasil kerja anda;
* tidak diterjemahkan daripada mana-mana buku dan mana-mana bahasa;
* tidak disadur daripada mana-mana sumber atau terbitan lain;
* tidak merupakan bahan yang ditakrifkan sebagai bahan sekunder yang boleh diertikan sebagai mendominasi karya anda; dan
* atau apa-apa juga bentuk yang meragukan keaslian karya anda

3. Perihal Manuskrip
* Ketebalan halaman ~ untuk novel umum jumlah halaman ialah antara 400–500
* Dicetak langkau dua baris di atas kertas A4 warna putih pada sebelah halaman sahaja
* Sila cetakkan nombor pada setiap halaman
* Format untuk letak atur:
(a)    Gunakan saiz huruf (font) 12, jenis Times New Roman
(b)    Page set-up:  First line, 0.3” , Double spacing
(c)    Selang antara satu bab ke satu bab ialah LIMA kali enter
(d)    Selang antara satu perenggan baru (cerita atau latar baharu, tetapi masih dalam bab yang sama) ialah TIGA kali enter
* Cadangkan sebuah JUDUL yang menarik serta memperlihatkan keaslian dan ada kelainan berbanding lambakan novel-novel di pasaran
* Penggunaan judul klise dengan kombinasi kata cinta, rindu, kasih dan sayang, tidak digalakkan
* Menggunakan tatabahasa dan tanda bacaan yang betul
* Hantarkan dalam file Word. 

4.  Mengirim Manuskrip
Di JEMARI SENI SDN. BHD. karya dinilai/disaring dalam dua peringkat. Sekiranya penulis melepasi peringkat pertama, barulah manuskrip tersebut dinilai sepenuhnya:
PERINGKAT I
Penulis hanya perlu mengirim manuskrip yang mengandungi:
(a)     Biodata penulis
(b)     Sinopsis cerita
(c)     10 bab awal
(d)     5 bab akhir
(e)     Hantarkan ke e-mel atau alamat berikut: jemariseni.karya@gmail.com
atau
Editor
Jemari Seni Sdn. Bhd.,
 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan. 


JEMARI SENI SDN. BHD. akan memberi jawapan dalam tempoh EMPAT minggu.    




KarnaDya Solutions


Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos:

1. Pengenalan Watak - perkenalkan setiap watak penting di dalam karya anda. Nama dan identiti yang membezakan antara mereka.

2. Rumusan keseluruhan cerita anda (dari awal hingga akhir). Bahagian ini merupakan bahagian paling penting dalam penilaian manuskrip anda. Pastikan anda menulisnya dengan jelas.

3. Contoh bab di dalam karya anda.

4. Tema-tema di dalam cerita anda (misteri/cinta/seram/fantasi dan sebagainya).

5. Nyatakan sama ada cerita anda untuk golongan dewasa , remaja ataupun awal remaja.

6. Jumlah mukasurat yang dicadangkan.
Format Muka Hadapan Manuskrip:

1. Tajuk karya:

2. Nama Pena:

3. Nama Penuh:

4. Alamat:

5. No IC:

6. No Tel:

7. Alamat Emel:

Format Manuskrip: Times New Roman, Font Saiz 12, Spacing 1.5
Tempoh maklumbalas ialah dari 1 - 90 hari, bergantung kepada keadaan. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, sila emel writer@karnadya.com.my . Setelah mendapat maklumbalas, sila hantarkan manuskrip penuh anda kepada kami melalui emel ataupun pos ke alamat berikut:

Writer's Corner,
KarnaDya Solutions Sdn Bhd,
No 12, Jalan BP 6/6,
Bukit Puchong Commercial Centre,
47100 Puchong, Selangor


Fajar Pakeer 


Unit FP Junior sedang mencari manuskrip baru yang sesuai dengan golongan sasaran 9-15 tahun. Caranya mudah sahaja.
1)Pastikan karya anda asli, kreatif dan mempunyai moral.
2)Pastikan juga manuskrip anda ditulis menggunakan font Times New Roman, bersaiz 12, dilangkau 2 baris dan anggaran ketebalan antara 90-95 muka surat.
3) Elakkan unsur percintaan pasangan kekasih dan gantikan dengan persahabatan, kasih sayang antara keluarga.
4) Tampilkan apa sahaja tema asalkan tidak terlalu berat dan mudah difahami kelompok sasaran ini.

Novel pelbagai genre
PASTIKAN:
1) Karya anda bukan hasil ciplak, mestilah asli dan bukan terjemahan daripada novel lain (lampirkan bersama surat pengesahan karya yang telah anda tandatangani).
2) Anda boleh menulis apa sahaja genre yang disukai.
3) Kreatif dalam menyampaikan jalan cerita yang mantap, bermesej, bermoral, ada nilai agama dan menarik. Kami berhak menolak karya anda jika dirasakan tidak sesuai.
4) Anggaran ketebalan sesebuah manuskrip ialah antara 350-600 muka surat (disertakan bersama sinopsis) dan ditaip di atas kertas A4. Hantarkan manuskrip yang telah dicetak untuk penilaian.
5) Saiz rupa taip atau font mestilah Times New Roman, bersaiz 12 dan dilangkau 1.5 baris. Margin hendaklah; top=1, bottom=1, right=1.25, left=1.25 dan tidak boleh dicetak pada kedua-dua belah halaman.
 




Hantarkan manuskrip anda ke:
Unit Penerbitan Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
71GF, Jalan 1/18A,Taman Mastiara, Off Jalan Ipoh,Batu 5, 51200 Kuala Lumpur.
03-62581194 / 03-62574978
 

PTS
 


PTS  


Terima kasih kerana berminat menulis bersama PTS.
Sila hantar kertas cadangan anda kepada kami mengikut butiran berikut:
1. Judul buku
2. Sinopsis atau penerangan berkenaan tajuk yang ingin ditulis
3. Anggaran muka surat
4. 1 ataupun 2 bab contoh
5. Senarai buku yang menjadi saingan di pasaran
6. Kelebihan buku berbanding buku di pasaran
7. Sasaran pembeli
Emel kertas cadangan mengikut unit penerbitan yang sesuai dengan cadangan itu seperti di bawah:
PTS Millennia Sdn Bhd menerbitkan buku-buku popular.
Produk umum lelaki (Sejarah, Motivasi, Islam Kontemporari Lelaki dan Isu semasa).
Produk umum wanita (Islam Kontemporari Wanita, Motivasi, Perhubungan & Perkahwinan, Kesihatan & Kecantikan dan Keibubapaan).
Remaja (Motivasi Remaja & Teknik Belajar). Resipi dan DIY. Emel kepadaptsmillennia@pts.com.my.
PTS Professional Publishing Sdn Bhd menerbitkan buku-buku akademik, bisnes, pengurusan dan pendidikan. Emel kepada ptsprofessional@pts.com.my.
PTS One Sdn Bhd, menerbitkan buku fiksyen kanak-kanak, remaja dan dewasa. Emel kepada ptsone@pts.com.my.
PTS Litera Utama Sdn Bhd, menerbitkan karya-karya terjemahan antarabangsa (Indonesia, Inggeris & Arab) dan novel remaja, dewasa dan sejarah. Emel kepadaptslitera@pts.com.my.
PTS Islamika Sdn Bhd menerbitkan buku-buku agama dan falsafah Islam dengan pendekatan bahasa moden. Emel kepada ptsislamika@pts.com.my 
PTS Darul Furqan Sdn Bhd menerbitkan mushaf al-Quran, buku terjemahan dan tafsir al-Quran. Emel kepada ptsdarulfurqan@pts.com.my
PTS Pop Sdn Bhd menerbitkan komik, novel grafik dan buku fiksyen. Emel kepadaptspop@pts.com.my.
PTS Netmedia Sdn Bhd menerbitkan buku dalam bidang komputer, teknologi dan fotografi. Emel kepada ptsnetmedia@pts.com.my.

Sebalik Senyuman (SS)

SS adalah manuskrip terbaru yang aku mula tulis hujung 2009 dan siap hujung 2011. 2 tahun aku ambil masa nak siapkan manuskrip yg tak adalah tebal sangat tu, hanya 47+ muka surat. Orang lain 6 bulan dan boleh siap atau mungkin cepat dari tu. Aku ni malas. Sekali kena push, baru tangan ni aktif menaip. Lepas tu malap balik. Bertemu dengan seorang penulis (Nora Fuad), akhirnya menyalakan semangatku untuk menyiapkan manuskrip. Akhirnya aku berjaya siapkan manuskrip SS dan menghantarnya ke sebuah penerbitan. Aku harap mereka terima. Huhu...

25 Dec 2011

Teringat kenangan setahun lalu. Hari yang indah dalam hidupku. Thanks dear :)

Saturday, May 14, 2011

Mei - Bulan Istimewa

8 Mei 2011

Mother's Day

Selamat hari ibu buat mak Pn. Hjh Sariah Awang dan mak mertua Pn. Armah Abdullah. Terima kasih mak kerana melahirkan aku ke dunia ini dan seterusnya membesar dan menjagaku. Terima kasih buat mak mertuaku kerana menerima aku sebagai menantumu :-) Alhamdulillah...

9 Mei 2011

Hubby Birthday

Selamat hari lahir buat suami tercinta. Terima kasih kerana menyayangi diri ini sepenuh hati. I love you soooooo much my dear, selamanya dunia hingga akhirat :-)

16 Mei 2011

Selamat Hari Guru!!!

Dah lima tahun aku jadi guru, guru sandaran, guru tetap, guru tuisyen, guru sekolah menengah, guru sekolah rendah, guru pra :-) I love this job!!!

Friday, April 22, 2011

Pesta Buku Datang Lagi


Salam...

Hari ni bermulanya pesta buku antarabangsa kuala lumpur bertempat di PWTC. Pesta buku akan berakhir pada 1 mei 2011.

Insyaallah saya akan mengunjungi pesta buku lagi kalau tak silap untuk kali ke enam 1 mesi nanti. saya pilih 1 mei sebab 2 mei tu cuti :-) Jadi, tak adalah penat sangat nak ke KL dan balik semula ke K.Kangsar.

Mula-mula saya ke pesta buku tahun 2005 masa novel pertama saya Mawar Cinta diterbitkan. Masa tu gi intai2 jer novel yang terpamer kat booth sebuah penerbitan yang dah bungkus..huhu.. 2006 tak sempat nak pergi. 2007 aku kunjungi lagi. Kalung tak sempat terbit lagi masa tu, hanya iklan saja. Pun gi intai2 jugak kat booth KarnaDya. 2008 baru aku ke sana sebagai penulis yang dijemput hehe. Masa tu agak sibuk (walaupun tak sibuk mana) sain autograph utk novel Kalung & Alia.
Tahun 2009 aku ke sana lagi. Masa ni Kak Dewi Sukma jadi peneman. 2010 aku ke sana kejap jer. Bertemu pulak dengan Nora Fuad.

dan 1 mei nanti insyaallah aku akan ke sana lagi... harap dapat bertemu dengan penulis2...setahun hanya sekali meraikan hari yang bersejarah ini :-)

p/s : buat adik2 semua, jangan lupa dapatkan SIAPA NOMBOR SATU? antara Nurina dan Syifa, siapa yang akan menang pertandingan bercerita?

Friday, April 1, 2011

18 MAC 2011 - MAJLIS AKAD NIKAH








Alhamdulillah selamat berlangsung majlis akad nikah tepat jam 9.14 malam di Masjid al-Bakri, Kg.Kuak Hulu. Dengan sekali lafaz, aku kini sah bergelar isteri. Semoga rumahtangga kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat, di dunia hingga ke syurga.. Amin...

Wednesday, March 9, 2011

9 Mac

Tarikh penting dalam hidupku. Pada tarikh inilah aku dilahirkan, jam 6.00 pagi Rabu 34 tahun yang lalu. 34...hmm dah 34 usia aku. Aku sudah cukup dewasa namun masih di bawah tanggungjawab orang tua. Minggu depan akan bermula kehidupan baruku. Harap aku dapat tempuhi segala dugaan dan cabaran dengan penuh sabar.... Amin...

Alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana aku masih diberikan kesempatan untuk melihat dunia ini dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Di sekolah tadi, aku bawa kek hari jadi. Bukan main gembira lagi budak-budak pra. Nampak kek saja, mereka tak ingat lain melainkan hari jadi.

HAPPY BIRTHDAY TO ME :-)

Saturday, February 19, 2011

Wednesday, February 9, 2011

Mood Oh Mood

Sampai bila aku nak bergantung pada mood saja ni??? Grrrr..... datang mood menulis baru rajin menulis. Tapi mood menulis datang sebulan sekali jer. Aduhhh... camner nak siapkan manuskrip kalau gini la keadaannnya????

Thursday, January 20, 2011

Perlukah Diterbitkan Semula?

Sudah dua tahun aku gagal menyiapkan manuskrip dewasa :-( Malas... itulah penyebab utama. Entah bila aku akan bersemangat kembali seperti dulu-dulu. Hari-hari mesti menaip karang cerita. Tapi sekarang semangat singgah seketika saja. Kemudian malas kembali mengambil tempat. Kali terakhir novel aku terbit Julai 2009 ~ Menjejak Memori ~ yang aku siap karang pada tahun 2008. Dalam tempoh 2008-2010 aku hanya sempat menyiapkan sebuah novel kanak-kanak saja ~ Siapa Nombor Satu?~ Hmm...teruknya...

Ada rakan mencadangkan supaya KEMBARA CINTA & MAWAR CINTA diterbitkan semula. Bagus juga idea tu. Tapi, sudi ke penerbit lain nak terbitkan cerita yang diterbitkan 2005 & 2006? Tapi, takkan nak biarkan novel tu terperap saja, kan? Aku kena kemaskini sikit jalan cerita sesuai dengan keadaan semasa. Mawar Cinta adalah novel pertamaku dan Kembara Cinta pula adalah novel kedua. Kedua-duanya aku suka.

Terbitkan semua? Cubalah. Kalau tak cuba, tak tahu. Jadi aku kena cuba.

Saturday, January 15, 2011

Tahun Baru, Tugas Baru

Jawatan &  tugas tahun 2011 :

1. AJK Kajian & Tindakan
2. AJK Transisi Tahun 1
3. Setiausaha Prasekolah
4. Setiausaha Penghayatan Hari Kebangsaan
5. AJK Sambutan Maal Hijrah
6. Setiausaha Hari Anugerah
7. AJK Pengurusan Tahap 1
8. AJK Panitia Pend Jasmani & Pend Kesihatan
9. Setiausaha Penitia Pend Seni & Muzik
10. AJK Bimbingan Kaunseling & Kebajikan Murid
11. AJK 3K Sekolah
12. AJK Pend. Pencegahan Dadah
13. Setiausaha Kokurikulum
14. Pen. Setiusaha Pembangunan Sukan Sekolah
15. Setiausaha Kelab Permainan
16. Guru Penasihat PBSM

Friday, January 7, 2011

Al Kisah - Surat Denda

Semalam balik dari sekolah terus aku ke Mesra.Net tempah pakaian sukan dan uniform budak-budak prasekolah. Siap urusan aku pun balik rumah. Tengok dalam peti, ada sekeping surat. Surat dari pejabat pos. Surat pemberitahuan agar aku ke pejabat pos untuk mengambil surat denda (?) Dalam hati tertanya-tanya surat denda apa pulak yang aku dapat ni? Surat saman. Dah la hujung tahun lepas aku baru jer bayar saman sebab pandu laju (sebenarnya tak der la laju sangat...90km/j jer aku drive). Ingat nak pergi pej.pos esok saja sebab aku dah keletihan. Tapi kepala otak ni asyik fikir pasal surat denda tu. Kalau dibiarkan malam karang sure aku tak boleh tidur.
Jadi aku pun bergegas ke pejabat pos.
Sampai di pejabat pos, aku tengok kaunter mel dah tutup. Ada seorang posmen kat situ lalu aku terus tunjuk surat. Dia minta aku berjumpa dengan salah seorang pekerja di situ. Hati berdebar2, tak sabar nak tau surat denda apa yg aku dapat.
Rupa-rupanya aku kena denda sebab dapat surat dari pengirim yang letak setem tak cukup. Setem dilekatkan RM0.50....sepatutnya RM0.60. Jadi untuk mendapatkan surat tersebut, aku didenda RM0.50. Huhu....ingatkan apa. Hmmmm, surat kecik envelope putih dengan isi sekeping kertas A4 kini dicaj RM0.60. Aku ingat Rm0.30. Setem dah nak harga ke? Aku pun tak tahu. Dah lama tak berurusan dengan pejabat pos sebab kebanyakan urusan aku guna internet jer. Tak tahu perkembangan terkini...huhu...

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Sunday, January 2, 2011

Salam Tahun Baru

2011????
Inilah hakikatnya. 2010 sudah pun melabuh tirai :-( Suka duka telah dilalui. Alhamdulillah segalanya berjaya ditempuhi. Penghujung 2010 membawa seribu makna dalam kehidupanku.

Azam? Mana boleh kalau tak berazam tiap kali masuk tahun baru. Cuma kali ni nak ubah sikit. nak buat azam untuk awal tahun, pertengahan tahun dan hujung tahun. Kalau buat sepanjang tahun, asyik tak menjadi jer. Maklum la dalam kepala otak dah set 'masa masih panjang'. Huhu... sudahnya sampai hujung tahun 1/3 jer azam yang berjaya dicapai.

Awal tahun 2011 ni aku semakin sibuk. Sebagai seorang pendidik, awal tahun memang banyak kerja yang perlu disiapkan. Nak urus baju sukan dan baju uniform budak, pendaftaran, kutipan wang tambahan, penyediaan kelengkapan pembelajaran, hari sukan dan macam-macam lagi. Kena buat senarai semak agar tak terlupa.

Sebagai seorang penulis pulak, aku kena siapkan juga dalam tempoh 3 bulan ni sebuah manuskrip dewasa utk dihantar ke sebuah penerbitan yang dah call aku dua kali minta manuskrip...huhu... Disiplin 2010 aku masih tak berapa baik lagi. Insya-Allah manuskrip akan disiapkan awal tahun ni.

Tugas aku bertambah satu lagi. Banyak persiapan nak buat ni. 3 bulan bukan satu jangka masa yang lama. Ya Allah, permudahkan segala urusan hambaMu ini... Amin....

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...