Tuesday, October 2, 2012

Kisah Ambil Darah

Aku tak pernah derma darah sebab aku takut proses cucuk mencucuk di lengan tu. Takut sangat tengok jarum sedut darah keluar masuk ke tiub. Sesiapapun aku yakin mesti takut kena cucuk. Aku pengalaman kena cucuk masa sekolah dulu. Cucuk Rubella la yang aku rasa paling sakit sekali berbancing cucuk BCG tahun 6 dan tingkatan 3. Aku kena cucuk rubella masa form 2. Sakit sangat.

Last sekali aku kena cucuk masa 2 tahun lepas. Kena cucuk kat punggung sebab muntah2, cirit birit dan tak boleh nak telan ubat atau sebarang makanan. Jadi, nak masukkan ubat dalam badan kena la cucuk dengan jarum. Masa tu dah tak kisah dah sakit ke tak sebab yang penting, cepat sembuh. Alhamdulillah, lepas kena cucuk tu keadaanku kembali normal.

Sejak buat ujian kehamilan, hatiku dah berdebar. Takut kena ambil darah. Itu salah satu proses rawatan ibu mengandung. Pertama sekali aku kena ambik darah masa bulan puasa hari tu. Menggeletar seluruh badan, lemau semacam, gementar menanti saat dipanggil untuk dicucuk. Hanya Tuhan yang tahu ketakutan aku masa tu. 

Lepas ujian air kencing, aku dipanggil ke makmal untuk ambil darah. Nurse ikat lengan dengan sarung tangan getah. Dia minta aku genggam blok kayu. Aku terus pandang arah lain saat dia koyakkan plastik jarum. Nurse cakap sakit sikit. Aku pun berdoa banyak2. 

Rupa-rupanya tak sakit pun. Rasa macam kena cubit jer. Sakit lagi masa pijak paku. Huhu. Sebulan kemudian, aku ke klinik lagi. Ambil darah lagi. Dan hari ni, kali ke3 aku ambil darah. dah biasa dah. walaupun dah biasa, dah tak rasa takut lagi, tapi untuk melihat saat nurse cucuk kat lengan tu, aku masih belum ada keberanian. 

Tempoh ambil darah tu tak lama. Dalam 10 saat jer. Sedar2 dah selesai. hehe...

Lepas ambik darah, tunggu pulak giliran nak jumpa doktor. Petang tadi, aku orang pertama sampai untuk sesi petang. Jadi, bila doktor dah bersedia, nombor giliran aku dipanggil. Aku pun masuk bilik doktor. Doktor perempuan. Doktor yang sama yang aku jumpa masa bulan puasa hari tu. Doktor tanya jika aku ada sebarang masalah. Mujurlah setakat ni tak ada sebarang masalah. Muntah pun dah tak berlaku lagi. Makan bertambah selera. 

Doktor muda tu mintak aku baring untuk proses scan perut. masa scan tu, doc tunjuk kepala baby, jantung, kedua tapak tangan dan tapak kaki. Doc juga tunjuk kedudukan uri. Selesai scan, doc pesan aku tambah pil Ferrous Fumarate dari sebiji ke 2 biji sehari untuk tumbesaran baby. Memandangkan baby makin besar, so aku kena tambah pil (vitamin untuk baby). Selain pil yg tersebut, aku juga kena makan vitamin B Complex, Ascorbic Acid & Folic Acid. 

Temujanji dengan doc seterusnya bulan 12 nanti, lagi 10 minggu. Jadi, tak perlu lagi jumpa tiap bulan mcm sebelum ni. lega. Isnin depan kena ke klinik desa untuk minum air gula - nak cek kencing manis. Harap tiada sebarang masalah. 

4 comments:

Cik Puan said...

Sakit tau kene cucuk..Cik ari tu nanges2.Bia pon dah beso..eiiii...trauma tgok jarum T_T

*hulurkan tangan Ringankan beban.http://azlyiejah.blogspot.com/2012/10/hulurkan-tangan-ringankan-beban.html

firnisa said...

kena mnum air gula ka? sblum mnum kena amik darah dulu...lps mnum pon kena amik darah lagi....gud luck!! hehehehe

MIYAMIENATASHA said...

singgah membaca entri...done follow *124

Catatan ZZ said...

cek azlyzah :hehe...mujur tak sampai tahap nak nangis lg

cek : isnin ni kena minum...mbek darah di jari ka lengan?

miyamienatasha : tq..done follow back

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...