Monday, January 30, 2012
Bendahari PIBG & Perasmian Prasekolah
Salam buat semua
Hari ni ada contact time. Bincang pasal pertukaran AJK PIBG wakil guru. Lantikan AJK PIBG penggal baru akan diadakan hujung bulan nanti. Bendahari & Setiausaha yang dah pegang dua penggal nak bersara dah. Jadi beberapa nama naik utk ambil alih jawatan tersebut. Akhirnya aku terpilih sbg bendahari. Uwaa... malas nak pegang duit ni. Nak kena pegi bank selalu sbb duit takleh pegang di tangan. Kalau 2 penggal maknanya 4 tahun la aku pegang jawatan ni. Tak per, think positive. Ni pengalaman baru. So aku pegang dua bendahari la. Bendahari pra dan PIBG. Cobaan..
Perasmian prasekolah satu lagi topik yang dibincangkan. Sebenarnya masa mula2 pembukaan pra tahun 2007 sudah diusulkan hal ni. GB nak juga bangunan pra dirasmi. Tangguh2 akhirnya tahun ni GB nekad nak buat perasmian. Perasmian dijangka akan diadakan pada hari yang sama dengan mesyuarat agung PIBG. Hujung bulan Februari ni. Tiga minggu jer lagi. Banyak yang aku nak kena buat. Kelas pun hias tak habis lg terutama dinding luar. Kat belah dalam kira okey la. Ingat nak lukis mural kat dinding luar pra tu. Mampu ke aku buat dlm tempoh 3 minggu ni? Dah la nak kena latih budak pra buat persembahan lagi. Persembahan apa pun belum dirancang lagi. Ingat nak buat action song jer. Okey la tu kot..
Mulai esok aku akan mula bekerja keras. Pray for me :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Salam buat pengunjung blog... Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir...
No comments:
Post a Comment