Tuesday, January 31, 2012
Tanggungjawab Seorang Guru & Tempah Baju
Salam buat semua.
Hari ni seorang ibu datang bertanyakan tentang sikap anaknya (perempuan). Her daughter pada pendapat aku is okey. Tak buat masalah. Senang nak mintak tolong. Peramah. Kata ibu tu, ada seorang bapak datang ngadu katanya anak ibu tu suka bergaduh dengan anak dia. Dia tuduh anak si ibu tu yang suka kacau anak dia. Hurmmm... Sebenarnya tak boleh percaya sangat dengan cakap anak. Anak-anak zaman sekarang dah pandai menipu. Pengalaman bertahun-tahun dengan kanak-kanak ni, dah macam2 perangai aku jumpa. Kaki gaduh, kaki penipu, kaki miang pun ada. Sebagai kanak-kanak, bergaduh bermasam muka tu perkara biasa. Sekejap saja. Dua, tiga minit kemudian dah berbaik semula. Gaduh hal kecil2, adat la tu kan...
Tukar topik. Dah hujung bulan baru aku berkesempatan untuk tempah pakaian uniform dan baju sukan budak pra. Aku harap kali ni mesra.net buat kerja profsionallah sikit. Tahun lepas, bagi saiz lain, dapat saiz lain. Sudahnya 2 orang budak tak dapat baju uniform. Tahun ini ingat nak cari tailor lain. Tapi mahal. Terpaksalah guna tailor yang sama. Katanya awal bulan Mac siaplah. Harap2 mesra.net tepati janji. Bila semua budak pra dah pakai pakaian seragam, baru cun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Salam buat pengunjung blog... Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir...
No comments:
Post a Comment