Pengembalian Lebihan Caruman KWSP

Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan boleh buat dalam tempoh 2 tahun. Nasib baik penyata KWSP rumah. Baru aku perasan ada lebihan caruman 2 bulan tahun lepas. Dah genap setahun pun. Kalau lebih dari 2 tahun, aku pun tak pasti apa yang akan jadi dgn duit yang tersimpan tu. 

Sebenarnya tahun lepas aku dah keluarkan duit KWSP dua kali. Kali pertama atas nama permohonan pengeluaran untuk beli rumah. So, dapat keluarkan separuh. Dua bulan kemudian, aku keluarkan lagi lepas dapat surat Pemberian Taraf Berpencen (PTB). Belum kerani setel pemberhentian potongan KWSP dalam slip gaji, aku dah keluarkan. Terdesak masa tu sebab baru masuk rumah. Banyak duit nak pakai. Pasang gril, awning, lawyer, perabot dan macam2 urusan lagilah untuk masuk rumah baru ni. Yang beli rumah tu tahulah kos nak masuk rumah. 

Dipendekkan cerita, selepas dapat surat PTB & selepas keluarkan duit, dalam slip gaji pemotongan KWSP masih berjalan selama 2 bulan. So semalam aku buat permohonan pengeluaran selepas isi borang KWSP 14 dan sediakan salinan2 yg diperlukan iaitu salinan IC, buku bank & slip gaji utk yang terlebih potong tu.

p/s : Korang yang keluarkan duit simpanan KWSP tu jangan lupa bayar zakat ye. Kalau kat Perak, korang ke website Majlis Agama Islam Perak dan kira guna kalkulator jumlah yang perlu dibayar. Pastu transfer duit guna maybank2u. Senang kan.

Comments

Nora Rashid said…
Nak tanye brape lame proses sampai duit tu kuar erk?i mean proses slps antor borang pengembalian caruman tue
Nora Rashid said…
Nak tanye brape lame proses sampai duit tu kuar erk?i mean proses slps antor borang pengembalian caruman tue
Tanne Hadihaz said…
seminggu saja sis
ainmanan said…
Selain borang...apa yang Perlu disertakan ye
Eja Sairiah said…
Salam..saya nak tanya..mcm nora, saya pun dah keluarkan duit kwsp tu kali pertama tuk urusan beli rumah. Nak tanya berdasarkan pengalaman nora, bila nak keluarkan duit lebihan caruman tu ( saya baru je dapat surat PTB) duit yang kita dapat tu hanyalah jumlah caruman dalam akaun 2 tu je la kan? betul ke?
Dzah said…
nak tumpang tanya, mcmana puan isi borang KWSP 14 tu ye? mmg kena tanya kat Unit Gaji office kite ye? terima kasih.
kemeja merah said…
salam puan...brapa jumlah epf refund ya?dari akaun 2 sahaja ka?
kemeja merah said…
salam puan...brapa jumlah epf refund ya?dari akaun 2 sahaja ka?

Popular posts from this blog

Cara Buka Akaun Perniagaan Maybank

PERCUTIAN ATAS KAPAL - STAR CRUISE LIBRA