Monday, December 31, 2012

SUKA DUKA 2012

Beberapa jam lagi berakhirlah tahun 2012 yang penuh dengan cerita suka dan suka dalam kehidupan seseorang. Moga-moga 2012 lebih baik dari 2011 yang sudah pun berlalu. Dan diharapkan 2013 yang akan menjelma akan membawa lebih kebaikan berbanding 2012.... Amin. 

Dulu, aku suka mencatatkan segala peristiwa yang berlaku di dada diari. Every year tak pernah ketinggalan beli diari. Time hujung tahun tu, menenggeklah aku di kedai alat tulis mencari diari yang cun2. Tapi, dengan peralihan zaman yang mana teknologi semakin berkembang, aku dah tak menulis diari lagi. Beli tetap beli untuk catat perbelanjaan, pendapatan dan aktiviti yang akan dilakukan supaya tak lupa. Tapi kisah hidup dah tak tulis sebutir2 lagi. 

Untuk tahun 2013 ni aku dah beli Diari Islam yang isi kandungannya sangat menarik. Ada doa menghadapi hari baru, data peribadi, kalendar (wajib la) Masihi & Hijrah, ruangan nama/alamat.emel.phone, rukun Iman, rukun Islam, 7 tips memantapkan keyakinan diri, Tokoh Islam, Info solat, waktu solat bandar2 utama, hari2 kelepasan am negeri serta ruangan senarai semak muhasabah setiap bulan. 

2012 - aku masih aku walaupun ada sedikit perbezaan berbanding tahun sebelumnya. Aku masih bekerja di tempat yang sama. Masih menjadi guru prasekolah. Bezanya, muridku paling ramai tahun 2012 ni. 18 org! Sekolah lain mungkin 18 tu sikit tapi bagi sekolah aku pulak 18 tu dah kira ramai giler! 

Mac 2012 - Pertama kali menjejakkkan kaki ke Pulau Perhentian, Terengganu bersama suami dan family tercinta. Kami ke sana semasa cuti persekolahan selama seminggu. Kiranya tu hadiah aku sambut b'day dan anniversary la sebab Mac bulan kelahiranku dan anniversary aku yg pertama. 

Jun 2012 - Akhirnya aku memiliki rumah sendiri! Punyalah seronok hias rumah. Konon nak buat henglish style tapi bajet tak cukup. So hias ala kadar saja. 

Julai 2012 - Disahkan mengandung. Happy tak terkira setelah menanti setahun lebih. Tak sabar nak sambut cahaya mata pertama awal 2013 walaupun dalam hati dag dig dup... berdebarnya bila dgr pengalaman mereka yang bersalin anak pertama... 

Oktober 2012 - Dapat emel dari editor buku prima. Manuskrip aku Sebalik Senyuman diterima untuk diterbitkan :)

November 2012 - Percutian keluarga sekali lagi di Kuala Gula Santuary Resort. 
                - Skrin monitor aku rosak tetiba. Terhentilah kegiatan menulis aku. Dah dekat sebulan                        hantar kedai tapi belum elok lagi ni. Hampeh!

Disember 2012 - Novel ke2 bersama buku prima diterbitkan selepas Hanya Padamu 2008. Tajuk : Mak Datin Isteri Cikgu. Nilah novel paling tebal aku hasilkan dan dijual dgn harga RM19.90. Kira paling mahal di antara kesemua 9 novel yang telah aku hasilkan. Hehe...
                         - Tergelincir kat bilik air... mujur tak jadi apa2. Syukur. 
                         - Sebak bila dapat tahu my best friend dapat pindah. Huhu... 

Itulah sebahagian kisah suka dukaku di tahun 2012. Yang pastinya cabaran 2013 tentu lebih besar. 

Wednesday, December 19, 2012

Bestsellers - Fiction Best Sellers MPH (Local)

















Sehingga 16 Dec 2012, carta buku paling laris di MPH bagi kategori fiksyen, novel karyaku Mak Datin Isteri Cikgu telah berada di tangga ke 9. Alhamdulillah :)

Siap ada diskaun 15% lagi tu. Apa lagi kawan2, cepatlah serbu MPH dan dapatkan MDIC :)

Sunday, December 16, 2012

Shopping Barang Baby

 
Siapa tak suka shopping? Kalau dah namanya perempuan, memang suka shopping. Pantang ada duit, mesti nak keluar ke pusat beli-belah. Shopping barangan idaman. Jumaat lepas aku keluar shopping. Bukan barangan peribadi, tapi shopping barangan newborn baby. Baby yang sudah mencecah usia 7 bulan dalam kandungan. So, memang sesuai sangat menyediakan barangan keperluan. Sebab baby mungkin boleh lahir ketika usia kandungan 7 bulan. 

Sebelum terjah supermarket, aku surf internet dulu. Tengok barang apa yang perlu disediakan. lepas tu tanya member yang dah ada pengalaman. So, aku pun salin la barang2 yang nak kena beli tu dan bajet la seadanya. Tup2 time keluar tu terlupa la pulak bawak senarai barangan. Just ingat dalam kepala otak jer. 

Sampai kat tempat barangan baby tu, aku dan suami pun survey harga dulu. Akhirnya kami pilih jenama Pureen yang tak mahal sangat berbanding brand lain. Memandangkan kami belum pasti jantina (masa scan doktor pun tak beri kepastian sebab tak nampak...biasanya kalau tak nampak tu perempuan..tapi kuasa Allah siapa yang tahu kan) so kami pilih barangan yang warna sesuwei buat baby boy or girl iaitu putih dan biru. 

Antara barang2 yang dibeli :

- Baju lengan panjang (2 helai)
- Baju lengan pendek ( 1 helai)
-  Baju sambung seluar (1 helai)
- Blanket ( 2 helai)
- Tuala baby ( 2 helai)
- Sarung tgn dan kaki ( 4 pasang)
- Topi ( 2 helai)
- Tilam, bantal peluk, bantal kepala (Anakku)
- Kelambu
- Barut perut pelekat (2)
- Barut perut bertali (1)
- Mandian ( Bedak, losyen, bath gel)
- Napkin ( 1 dozen)
- Pelapik tilam getah (1)
- Napkin pakai buang newborn baby (1 bungkus - 48 kpg) BabyLove
- Botol susu (3)
- Berus botol (1)
- Tisu basah ( 4 pack)
- Tuala wanita bersalin (utk mamanya :)
- Beg Pureen khas utk simpan barang baby

 

Semuanya RM565.00
(habis duit advance novel)

Dan ada beberapa lagi barang yang belum dibeli dan akan dibeli nanti. Antaranya termos, susu (harap2 baby susu badan), buai, tempat duduk baby dlm kereta, baby carrier.

p/s : Lepas ni nak kena cuci dulu semua pakaian baby :)


Friday, December 14, 2012

Promo MDIC : BAB 2



BAB 2
            “Kenapa dengan kau ni? Macam tak sihat aje,” tegur Suhaila.
            “Muka aku macam orang tak sihat ke?”
Ayra meraba pipi dan dahinya. Cepat-cepat dia menghadap cermin bulat atas meja. Dia membelek-belek wajahnya. Nampak biasa saja!
            “Lain macam aje kau sejak petang semalam. Tapi aku takut nak tegur. Kau ada masalah ke?”
            Suhaila dapat membaca reaksi Ayra yang tampak kurang bercakap sejak petang semalam. Dia juga asyik mengelamun, seolah-olah ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya.
            “Tak adalah. Aku okey apa.”
Ayra membetulkan selendang yang dipakai. Beg galas dan fail atas meja segera dicapai.
            “Jomlah. Dah pukul 7.30 ni.”
Ayra terus menuju ke muka pintu, enggan mengulas komen yang baru keluar dari mulut Suhaila. Walaupun mereka baru saja kenal, hanya beberapa bulan sahaja, namun Suhaila sudah pandai meneka apa yang bermain jauh di sudut hatinya. Suhaila seolah-olah tahu yang dia sedang menyembunyikan sesuatu.
            Suhaila cepat-cepat menyapu gincu di bibirnya yang mungil.
“Tunggu aku kat luar.”
            Ayra menarik daun pintu. Matanya terus melekat pada pintu bilik yang bertentangan dengan biliknya. Pintu bilik penghuni di hadapan dan di kiri tertutup rapat.
            Ayra menyandar di dinding konkrit asrama. Fail kemas dalam pelukan. Matanya terpejam rapat. Sepotong ayat yang mengganggu hati dan perasaan terus berlegar di kepala. Siapakah yang menghantar komen tersebut? Ayra terus berteka-teki. Dia menggigit bibir. Langsung tak boleh meneka pengirim komen misteri itu.
            Bingung! Semalaman dia sukar tidur memikirkan komen tersebut!
Ayra tidak mampu menolak ke tepi atau membiarkan sahaja komen tersebut. Dia telah cuba untuk tidak mengingati komen tersebut namun gagal. Sebaik terbaca komen tersebut, dia cepat-cepat memadamkannya dan terus menutup komputer riba. Keresahan bermain di fikiran. Dia terus meninggalkan tepian tasik dan kembali ke asrama.
            Sampai sahaja di bilik, Ayra terus merebahkan diri atas katil. Rakan sebiliknya, Suhaila masih belum pulang. Suhaila dan rakan-rakan yang lain ke pasaraya Giant berhampiran The Lost World Of Tambun untuk membeli barang keperluan. Elaun baru masuk. Kursus interaksi pula baru bermula. Selama dua minggu semua guru LPBS (Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah) akan berkampung di institut perguruan ketika semua guru-guru dan murid-murid sedang menikmati cuti persekolahan.
            Terasa kepala otaknya seperti hendak pecah memikirkan komen yang melampau itu. Dia amat berharap pengirim komen tersebut tersilap menghantar komen ke blog Mawar.
            Ayra menghela nafas berat.
            “Eh Ayra, mengantuk lagi ke?” sapa Aisyah yang menghuni bilik bertentangan.
Aisyah tertunduk-tunduk di muka pintu. Dia sedang menyarung kasut. Calon-calon guru tidak boleh memakai kasut sembarangan. Mereka harus memakai kasut yang bertutup depan dan belakang.
            Mata Ayra terus terbuka.
            “Tak adalah. Saja berangan. Dira dah siap?”
            “Tengah bersolek lagi tu ha... Ila?”
            “Nak siap dah. Kejap lagi keluar la tu.”
            “Eh, Iqa dah bangun ke?” soal Aisyah.
            Ayra mengangkat bahu. Matanya tertancap ke pintu bilik Syafiqah yang tertutup rapat. Syafiqah tidak mempunyai teman sebilik. Dia lebih suka duduk seorang diri.
            Aisyah terus mengetuk pintu bilik Syafiqah.
            “Sekejap!” jerit Syafiqah dari dalam bilik.
            “Tengah bersiap la tu.”
            “Dia memang ambil masa ke bila bersiap?” soal Aisyah.
            “Kadang-kadang.”
Selama lebih kurang empat bulan tinggal serumah dengan Syafiqah, Ayra memahami serba sedikit teman serumahnya itu. Syafiqah lemah-lembut orangnya. Bila melakukan sesuatu, dia memerlukan masa yang panjang. Mandi berjam-jam, bersiap pun berjam-jam, nak menyiapkan tugasan lagi lama masa yang diambil.
Ayra dan Syafiqah menyewa rumah di Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar. Mereka mengajar di sekolah yang berlainan. Ayra mengajar di sebuah sekolah di Padang Rengas, manakala Syafiqah pula mengajar di Lubuk Merbau.
Di asrama, mereka tidak tinggal sebilik. Ayra lebih selesa tinggal dengan rakan sebilik yang telah ditentukan sejak mula-mula mendaftar pada bulan Mac yang lalu iaitu Suhaila. Syafiqah pula memang tidak berteman sejak mula lagi.
            “Kak Ayra, Kak Aisyah, maafkan Iqa, Iqa terlambat.”
Syafiqah tercegat di pintu. Kasut hitam berkilat tergantung di tangan kiri.
            “Ada lagi orang lambat daripada kau Iqa.”
Aisyah mengerling ke biliknya. Dia sebilik dengan Nadira.
            “Hoi, kutuk aku ke?”
Nadira tercegat di muka pintu bersama sepasang kasut Cinderella kesayangannya. Kasutnya yang bertatahkan batu permata itu mengalahkan kasut pengantin.
            “Bukan kutuk, tapi kami sedang puji. Cantik kau hari ni! Vouge! Dah tak macam nak ke kuliah dah.”
Mulut Aisyah boleh tahan lancangnya. Dia suka mengenakan Nadira.
            “Dah macam lecturer kita, Dr. Kamelia. Kelas gitu!” usik Suhaila.
            “Kalau tak bersolek, rugi pulak alat make up yang aku beli ribu riban tu.”
            Aisyah mencebik. Ayra senyum-senyum. Komen misteri lenyap sekejap dari kepalanya. Dia bersyukur kerana dipertemukan dengan rakan sekelas yang satu kepala. Suhaila, Aisyah, Nadira dan Syafiqah adalah teman rapatnya.
            Ayra dan Aisyah berjalan menuruni anak tangga, diikuti Suhaila, Nadira dan Syafiqah. Bilik mereka di aras tiga, blok C. Sampai sahaja di tempat parkir, Nadira terus menekan alarm keretanya.
Toyota Rush dihadiahkan oleh ibunya kerana dia bersetuju untuk mengikuti kursus LPBS. Ibunya berharap sangat agar dia menjadi seorang pendidik. 
Nadira sebenarnya langsung tidak berminat hendak bergelar seorang pendidik. Dia lebih suka dengan pekerjaan glamour seperti menjadi model atau pramugari. Namun hasratnya dibantah keras oleh orang tuanya. Dia dipaksa menjadi guru sandaran tidak terlatih dan seterusnya diserap ke jawatan tetap dengan mengikuti kursus di institut perguruan ketika cuti sekolah.
            Nadira memandu keretanya menuju ke kawasan kafeteria. Dia memarkir keretanya di bawah sepohon pokok. Lima orang gadis melangkah menuju ke kafeteria untuk bersarapan.
            “Diam saja Kak Ayra. Kenapa?” soal Syafiqah yang muda setahun darinya.
            “Err... tak ada apa-apa.”
Ayra mengukir senyum hambar. Dia belum bersedia hendak menjawab soalan yang diajukan oleh Syafiqah secara tiba-tiba itu.
            “Tadi aku dah tegur,” balas Suhaila. “Sejak semalam Si Ayra ni diam saja. Macam ada masalah besar je.”
            “Aku tak apa-apalah.”
Ayra beratur. Dia mencapai piring untuk mengisi kuih.
            “Kalau ada masalah, ceritalah pada kami. Jangan segan. Walaupun kita semua baru kenal, tapi kita kan dah macam adik-beradik.” Ujar Aisyah.
            “Betul cakap Aisyah. Jangan pendam masalah. Lebih baik diluahkan. Mana tahu kami semua dapat membantu.” Sokong Suhaila.
            “Terima kasih semua. Aku hargai bantuan korang semua. Buat masa sekarang memang aku tiada masalah. Cuma, aku penat sikit. Hari Ahad sampai sini, Isnin dan mula kuliah. Barang-barang masih dalam beg. Tak sempat nak susun dalam almari lagi.”
            “Tapi sempat lagi pergi online tepi kolam,” usik Suhaila.
            “Kat sini internet free. Sebab tu aku tak boleh lepaskan peluang.”
            “Peluang untuk chatting dengan pakwe,” sampuk Aisyah.
            “Isy tak adalah... mana aku reti nak chatting.”
Ayra cepat-cepat isi dua biji karipap dan memesan teh tarik lalu terus ke meja makan yang masih kosong.
            Sebentar kemudian Suhaila dan Aisyah memenuhi tempat kosong.
            “Oh ye, hujung minggu ni kenduri kahwin kakak aku. Korang semua kena datang tau.”
Nadira yang baru tiba dengan nasi goreng menjemput rakan-rakan ke rumahnya.
            “Penang... jauh tu. Kau nak pergi ke?” Aisyah memandang tepat ke wajah Ayra.
            “Aku ikut je.”
            “Kalau nak pergi, kena bertolak awal sehari. Penang tu jauh.”
Suhaila memberi cadangan.
            “Ish, tak jauhlah. Tapi, kalau korang nak datang awal, aku lagi suka. Korang tidurlah kat rumah aku. Jangan risau, rumah aku tu banyak bilik kosong.”
            “Tapi bila kenduri, bilik kosong mesti penuh dengan saudara mara kau. Eh Iqa, kau orang Kedah, kan? Jauh tak rumah kau dengan rumah Dira.”
            “Dekat je. Kak Dira kat Butterworth, Iqa kat Kulim. Kalau korang nak duduk rumah Iqa pun apa salahnya. Hari Ahad tu Iqa suruh abang Iqa hantar kita ke rumah Dira.”
            “Okeylah Dira. Kalau tak ada apa-apa, kami datanglah nanti,” ujar Suhaila.
            ‘Tidur di rumah Iqa?’ Ayra menghela nafas berat. Dia tidak suka bermalam di rumah orang.
            

Friday, December 7, 2012

Bosan

Kebosanan melanda kerana 'benda' yang paling aku sayang tak ada. Ketiadaan benda tu menyebabkan projek aku musim cuti ni tergendala. Dah 3 minggu aku tak mengarang..huhu..masa terbuang mcm tu saja. Cepatla skrin samsung pulih dan kembali pada aku segera.

Thursday, December 6, 2012

Skrin Monitor Rosak :(

Dah seminggu tak menulis gara2 skrin monitorku yg berjenama Samsung rosak. Tak pasti punca kerosakan. Tengah online last week tiba2 skrin terpadam sendiri. Jadi gelap. Mulanya ingatkan blackout. Tapi tengok tv dan kipas terpasang elok jer. Cahaya kat CPU pun berkelip2, tandanya elektrik masih berjalan. So aku pn check la wayar...godek2 skrin...tapi monitor tak nak on jugak. Hari Satu lepas terus hantar ke kedai tempat aku beli skrin tu Jun yang lalu. Kiranya baru 3 bulan aku guna PC. Zaman sekarang org dah tak guna PC, org guna laptop. Tapi tu la gatal tangan pergi beli PC. Biasanya PC kan tahan lasak berbanding lappy yang jangka hayatnya dlm 3 thn jer. Rupa2nya PC zaman sekarang dah tak mcm PC zaman dulu, mudah rosak. Yang dulu susah sikit.

Kedai pulak buat urusan dengan kilang pengeluar skrin tu coz skrin aku tu masih dalam waranty. Baru 6 bulan pakai. Waranty setahun kalau tak silap. So tauke kedai tu cakap ambil masa jugak nak setel. Dalam 2 minggu. Huhu... 2 minggu la jawabnya aku kena menunggu untuk sambung manuskrip. Dah la idea tengah mencurah2 sekarang. Bersabarlah jawabnya :(

Saturday, December 1, 2012

Jualan Gudang Karangkraf

Salam...anda minat baca novel? buku? majalah? Jangan lupa sertai Jualan Gudang Karangkraf yang sedang dijalankan di Perkarangan Kompleks Karangkraf, Shah Alam. 


Tarikh: 30 November - 2 Disember 2012 (Jumaat, Sabtu & Ahad)

Masa: 9.00 pagi - 7.00 malam
Tempat: Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam (bersebelahan UMW Toyota)


So, hari ni dah masuk hari kedua. Cepat2lah ke sana untuk mendapat harga diskaun. Novel terbaru saya pun ada diskaun. Novel Mak Datin Isteri Cikgu (Dannie Sofea) keluaran buku prima bagi bulan disember 2012 dijual dengan harga pakej bersama 2 lagi novel yang terbit pada bulan yang sama iaitu Dia Bukan Suamiku dan Sayap Pesona Ratu... harganya cuma RM50 untuk ketiga2 novel tersebut. Dengar khabar ada jugak novel yang dijual serendah RM3. Jadi, apa tunggu lagi, jom ke jualan gudang segera.

Ceh,pandai je suruh orang pergi. Aku sendiri tak pergi..huhu... Keadaan tak mengizinkan aku ke sana. Kalau tak, memang aku dah pergi. Nak tengok sangat novel aku tu. Hingga ke saat ini aku belum lagi tengok live novel aku tu  dipasaran..huhu... 


Murah kan...
Novelku berada di tempat ke2 terlaris....Top 10 terlaris Buku Prima dari 19/11/2012 hingga 25/11/2012!

Hanya memandang dari jauh... tu nampak tak novel saya tu - Mak Datin Isteri Cikgu. Harap2 laris la...amin



p/s : Semoga MDIC mendapat tempat di hati pembaca...Amin

Friday, November 16, 2012

Percutian di Kuala Gula Sanctuary Resort

Kali ini my family berkumpul di Kuala Gula Santuary Resort yang terletak di Kuala Gula, Kerian. Perancangan dah dibuat dlm 6 bulan sebelumnya. Booking dilakukan 2 bulan sebelum. Percutian bermula pada 11 Nov hingga 13 Nov 2012. Just 3 hari 2 malam. Cukup la tu kan... Semua ahli keluarga berkumpul di sana. 6 buah resort telah disewa. Resortnya sangat cantik, separuh di darat dan separuh di air/kuala/muara sungai. Boleh park kereta depan resort. Resortnya bersambung. Resort 101 sambung dgn resort 102.

Sebelum memulakan perjalanan ke Kuala Gula, sebahagian family datang berkumpul di rumah aku dulu. Hari Sabtu kami berkumpul. Petang tu sempat jalan-jalan ke Galeri Arkeologi Lenggong. Lain kali aku story pengalaman kat galeri Lenggong ni. Ahad pagi tu, kami pun bergerak walaupun check in kul 2.00pm. Pagi kami dah gerak sebab nak tau jalan. Lepas tu boleh round2 kawasan sekitar. 

Perjalanan dalam 1 jam setengah jer dari KK ke Kuala Gula. Tak susah nak cari tempat ni. Dalam jam 11.00am dah sampai sana. Bilik dah dikemaskan. So kami dapat kebenaran untuk check in. Alhamdulillah. RM130 jer semalam untuk standard room. Harga meningkat RM20 dari biasa coz musim cuti. Biasalah kan. Melepaklah kami kat resort sambil menghayati pemandangan indah sampailah ahli keluarga dari kampung tiba dengan 2 buah kereta. Kami kena tunggu lagi 1 family dari Semenyih. 

Tunggu punya tunggu dia belum sampai lagi. So kami ambil keputusan cari makan kat Parit Buntar. Nilah 1st time aku sampai daerah belah2 Kerian. Kami makan tengah hari kat sana. Makanan murah dan sedap tapi service kurang. Berejam tunggu. Huhu... kami makan kat pinggir sungai Kerian, sempadan Perak dan Penang. Lepas tu kami pergi beli joran sebab nak memancing kat resort. 

Petang kami kembali ke resort. My sis dari Semenyih dah tiba. Petang tu aku dengan hubby keluar makan kat Restoran Cenderawasih. Aku order kuetiau tomyam. Hmmm sedap!! Bandung special pun sedap. 

Malam tu gang lelaki memancing kat balkoni resort sampai jam 3.00 pagi... Gang perempuan tertido kepenatan...

Hari kedua di resort, kami pada mulanya cadang nak sewa bot lihat2 keindahan alam. Tapi cuaca tak mengizinkan. So kami ubah plan ke Taiping. Kami ke zoo. Mak ai ramainya manusia. Maklumlah cuti sekolah dah bermula. Harga tiket dewasa RM12 dan kanak2 RM8. Warga emas RM10. Sebelum masuk zoo, aku ketandas dulu. Hmmm busuk! Lepas tu beli cenderahati - fridge magnet. Baru masuk zoo. Kami naik keretapi satu keluarga. Nasib baik cukup satu keretapi. 

Lepas melawat zoo kami ke Taiping Central kejap. Sejukkan badan di sana dan solat. Lepas tu kembali ke Taman Tasik, kami ke tempat Kayuh Swan. RM12 untuk 1 bot swan tu. Aku tak naik. Anak2 buah dan adik2 pakat naik semua. Lepas selesai aktiviti di sana kami kembali ke resort. Malam tu kami keluar makan kat Restoran Terapung. Memang terapung sungguh. Bergoyang2. Hajat nak makan ketam lembut yang famous kat situ tapi kehabisan la pulak. 

Malam tu tido awal kepenatan. Suami dan gang lelaki memancing lagi. Malam tu kurang sikit hasil tangkapan berbanding sebelumnya. banyak dapat ikan gel;ama dan belukang. Ada jugak yang dapat pari. Keesokannya kami check out dalam jam 10.30am. Kami terus ke Bermes Pool (lupa ejaan). Kawasan mandi manda semulajadi area Taman Tasik Taiping. Budak2 puas hati dapat mandi air sungai. Lepas aktiviti mandi manda, kami lunch kat kedai ikan bakar. Lepas tu gerak balik KK, berkumpul kat rumah aku. Dalam jam 6.00 petang kami ke pekan terus ke restoran The Gate Cafe, makan kat sana. My sis belanja makan. Semua berpuas hati dengan service dan rasa makanan. 

Malam tu lepas makan, dua family balik sebab dah nak kerja esok hari. Yang lain bermalam kat rumah aku. Keesokan pagi semua balik. Tinggallah aku dan suami. Hmm...




Thursday, November 8, 2012

Promo MDIC : BAB 1



KOMPUTER riba dari dalam beg dikeluarkan. Komputer riba berjenama Acer itu segera dibuka. Sudah tiga bulan komputer riba itu menjadi milik Ayra. Sudah lama dia mengimpikan untuk memiliki sebuah komputer riba, sejak bergelar mahasiswi, namun hajatnya itu tidak kesampaian.
Semasa di UiTM Arau dulu, pinjaman yang dia dapat sekadar cukup untuk perbelanjaan pengajian enam semester. Selesai diploma, dia sambung ke ijazah sarjana muda pula selama dua tahun di tempat yang sama.
Dia tiada sumber kewangan lain, hanya mengharapkan pinjaman PTPTN dan pendapatan yang diperolehi dengan bekerja ketika cuti semester. Selesai pengajian, dapatlah dia mengumpul sedikit wang dengan bekerja di sebuah pasar raya.
Apabila ditawarkan untuk mengikuti kursus Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau LPBS, Ayra terus membeli komputer riba. Gembira hatinya saat komputer riba bertukar tangan daripada penjual kepada dirinya. Komputer riba itu ditatang bagai minyak yang penuh. Bukan mudah untuk memilikinya, sebab itu Ayra menjaga komputer ribanya dengan baik.
Ayra mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, dengan opsyen Bahasa Inggeris. Kekurangan guru Bahasa Inggeris menyebabkan mereka dipanggil untuk mengikuti kursus LPBS. Ayra bersyukur kerana tidak sampai tiga bulan menjadi guru sandaran tidak terlatih atau GSTT, akhirnya dia ditawarkan kursus LPBS untuk diserap ke jawatan tetap.
Mengikut perjanjian, Ayra perlu menghadiri kursus interaksi setiap kali cuti sekolah di IPG Kampus Ipoh. Pengisytiharan naik taraf IPG Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru telah dilakukan pada tahun 2006. Pengisytiharan ini memberikan satu perubahan besar kepada institusi perguruan dengan bermulanya Program Pensiswazahan Guru yang dijalankan di IPG seperti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR).
Selain itu, IPG juga mula menjalankan latihan pra perkhidmatan yang boleh memberi pengiktirafan Ijazah Sarjana Muda kepada guru sekolah rendah melalui Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan B.Ed TESL.
Kampus Ipoh salah satu daripada 27 Institut Pendidikan Guru yang ada di Malaysia. Terletak di Hulu Kinta, Ipoh, IPG ini menawarkan pelbagai kursus berkaitan perguruan. Kampus Ipoh mempunyai lapan blok asrama perempuan dan hanya tiga blok asrama lelaki.
Duduk berhadapan kolam di belakang blok A sambil menghirup udara segar memberi ketenangan yang sungguh bermakna buat Ayra. Dia melayari internet dan mengemaskini blog yang baru dibina. Dia berasa bebas bersendirian di situ. Tiada sesiapa yang mengganggu. Ayra boleh melayari internet selama mana dia mahu tanpa sebarang gangguan.
Semalam, hampir tiga jam dia berada di situ sambil melayari internet.Gila dia dengan dunia tanpa sempadan itu. Sebelum ini, Ayra kurang berminat dengan dunia internet. Dia sekadar melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan. Namun sejak diperkenalkan oleh Nadira dengan blog, twitter, dan facebook, hatinya mula tertarik untuk memiliki akaun-akaun itu. Namun, masa tidak mengizinkan. Dia bukannya selalu melayari internet. Hanya hari-hari tertentu sahaja. Buat masa sekarang Ayra lebih berminat untuk memiliki blog.
Sebenarnya, banyak kebaikan blog jika pandai memanfaatkannya. Pengguna boleh memaparkan produk-produk yang dihasilkan. Jika rajin berusaha, mereka mampu menjadi jutawan dalam masa yang singkat. Pelayar internet semakin bertambah bukan sahaja di Malaysia, tetapi seluruh dunia. Ada juga yang mempamerkan hasil karya seperti sajak, cerpen dan novel. Malah ada juga yang memaparkan sesuatu topik untuk dibincangkan. Tapi, jika disalahgunakan, diri sendiri yang akan menerima akibatnya nanti.
Jari-jemarinya pantas menggerakkan tetikus lalu menekan ‘klik’ pada Mozilla Firefox sebaik sahaja isyarat sambungan internet sudah terpampang. Nadira yang mengajarnya membina blog. Hendak buat sendiri, dia tidak pandai. Baginya, Nadira seorang yang pakar. Nadira juga memiliki blog yang sudah berusia lima tahun. Namun sejak setahun lalu, blog Nadira tidak dikemaskini lagi. Terbiar begitu sahaja.
Ayra menarik nafas dan memandang alam sekitar di depan mata. Air kolam dan bukit-bukau yang hijau menenangkan jiwa. Memandang keindahan alam yang masih belum tercemar itu membuatkan matanya yang pedih kembali segar. Ayra menghabiskan masa selama beberapa minit menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa sebelum menyambung kembali aktiviti.
Mawar – itulah nama blog kesayangan Ayra. Dia tidak tahu hendak letak nama yang sesuai ketika mendaftar blog. Memandangkan dia minat pada bunga, jadi dia terus meletakkan nama Mawar ketika Nadira memintanya memberikan nama blog.
Minggu pertama, Ayra hanya letak info tentang pelbagai spesies bunga. Info itu turut diperolehi daripada internet. Adalah dua tiga orang peminat bunga yang mengunjungi blog Mawar dan memberikan respons mereka mengenai bunga. Ia menjadi perangsang buat Ayra untuk terus mengemaskini blog dan meletakkan sebanyak mungkin info tentang bunga.
Setakat ini, sudah lapan info yang dimasukkan berkaitan bunga. Blog Mawar masih kosong, berbeza dengan rakan-rakan blog lain yang sering dikunjungi. Tiada hiasan yang diletakkan melainkan beberapa kuntum bunga yang menjadi wallpaper. Nadira sekali lagi membantu Ayra meletakkan wallpaper bunga-bungaan. Ada jam digital dan kalendar di sebelah tepi. Maklumat diri langsung tidak ada. Gambar bunga mawar menggantikan gambar pemilik blog.
Pada mulanya, Nadira berkeras hendak meletakkan gambar Ayra. Apa lagi, Ayra terus menentang habis-habisan. Dia bukannya malu hendak meletakkan gambar, tetapi dia ada alasan tersendiri mengapa enggan mendedahkan diri. Identitinya biarlah menjadi rahsia.
“Apalah kau ni... itu pun nak malu. Manalah tahu, ada lelaki yang tersalah masuk blog kau ni, terus terpikat bila terlihat gambar kau.”
“Aku bukan nak cari jodoh dengan blog aku ni.”
Ayra tetap berkeras dengan keputusannya. Nadira terpaksa akur dengan keputusan temannya itu.
Mata Ayra tertancap pada satu komen di bawah entri terbaru yang dimasukkannya dua hari lepas. Dia memasukkan entri itu ketika berada di perpustakaan. Ketika itu, dia ke sana untuk mencari buku-buku yang sesuai bagi menyiapkan tugasan. Mujur dengan bantuan rakan-rakan, iaitu Dean dan Suhaila, mereka berjaya mengumpul maklumat tugasan. Malah berjaya menyiapkan tugasan lebih awal.
Selesai menyiapkan tugasan, Ayra menggunakan kesempatan untuk meletakkan entri baru di blog menggunakan sumber buku dari perpustakaan.
Jari-jemarinya menggosok keypad sehingga anak panah berhenti pada perkataan ‘1 komen.’ Ayra terus klik di situ kerana teruja hendak membaca komen yang dihantar pengunjung blog Mawar.
Terkebil-kebil matanya membaca sepotong ayat yang tercatat di situ.

Penipu! Topeng Muka Kau Akan Terbongkar!

Terpinga-pinga Ayra dengan baris ayat itu. Berulang kali dia membacanya, masih tidak percaya komen begitu dihantar ke blog kesayangannya. Pucat muka Ayra. Dahinya berkerut-kerut. Jantungnya berdegup kencang.
‘Pengirimnya; anonymous! Tak diketahui! Siapa penipu? Topeng siapa pula yang akan dibuka?’
Komen itu dihantar di bawah catatan yang berkaitan dengan penanaman bunga melur. Langsung tiada kaitan!
Ayra cepat-cepat daftar masuk ke akaun Google untuk segera memadam komen itu. Habislah kalau pengunjung lain membaca komen daripada seseorang yang enggan memperkenalkan dirinya itu. Tentu mereka akan memikirkan sesuatu yang buruk tentang dirinya. Itulah yang dia bimbang.
Ayra berjaya memadam komen itu. Dia menarik nafas lega untuk seketika. Terus hilang minatnya untuk mengemaskini blog. Dia juga hilang minat untuk membaca blog-blog lain. Fikirannya terus melayang pada komen itu tadi.
‘Penipu! Topeng muka kau akan terbongkar!’
Keresahan terus melanda jiwa. Siapakah yang menghantar komen itu? Adakah penghantar komen itu saja suka-suka? Atau ada makna tersirat? Peluh menitik di dahi. Ketakutan menguasai dirinya. Ayra bingkas meninggalkan tempat itu bersama komputer ribanya.

                                                                       

P/S : Dapatkan novel MDIC keluaran Buku Prima di toko buku berhampiran dengan harga RM19.90 sebuah.

Tuesday, November 6, 2012

Kisah Terlebih Berat

Semalam, ke klinik desa untuk check macam biasa. Darah tinggi okey, Alhamdulillah. Berat... aduh terlebih pulak. Patutnya naik setengah kilo jer. Tapi berat aku naik sampai 2.5kg. Berganda2 tu. So misi pesan jaga makan. Camner nak jaga perut asyik lapar? huhu... Kalau tak makan, kesian pulak baby dalam perut ni. Dah la semakin aktif sekarang. Asyik bergerak2 jer. Hmm... apap2pun cakap misi betul. Aku kena jaga makan. Bukan anak yg nak makan, tapi ibu yang terlebih melantak. Haiya! Nasi lemak sarapan pagi dah memang wajib plus kuih-muih tiga ketul. Tengah hari makan lagi, tak nasi makan roti gardenia dengan ais krim. Petang makan lagi. Makan... makan... makan... sampai berat naik mendadak. Dah mencecah 71 kg sekarang. Perut makin besar. Tangan kaki dah bengkak2. Dugaan....

Semalam jugak aku kena cucuk kat lengan. Cucuk nak masuk vaksin elak kancing gigi bila bersalin nanti. Seriau dengar. Misi cakap cucuk ni menyebabkan tangan sakit dalam 2-3 hari. Memang betul pun. Sampai sekarang kau masih rasa sakit dan lenguh2. Sebelum bersalin, sekali lagi kena cucuk :( Sekarang pun dah rasa lemau. Huhu... Tak per demi baby tersayang. 

Monday, November 5, 2012

ZZ Online Shop

Siapa minat membeli-belah secara online??? Angkat tangan. Ni nak promote kedai onlineku . Kat situ ada jual pelbagai produk. Akan dimasukkan satu persatu. Buat permulaan bagi para peminat blouse eksklusif dan jubah bolehlah singgah ye. Jamu mata dulu. Ada duit, boleh beli. Mudah saja caranya. 

Jubah Kaftan Chiffon

Blouse corak bunga

Abaya

Blose jalur
Cantik, kan? So apa lagi, cepatlah singgah di kedai onlineku segera sebelum kehabisan stok. 

Thursday, November 1, 2012

Berakhirnya Majlis Anugerah Cemerlang

Setiap tahun, Majlis Anugerah Cemerlang pasti akan diadakan oleh setiap sekolah. Zaman aku sekolah dulu, bukan nama ni yang dipanggil tapi Hari Ucapan & Penyampaian Hadiah. Hari ni memang hari istimewa dan ditunggu2 tambah2 lagi bila nama tersenarai sebagai penerima hadiah. Seronok sangat menantikan MAC. Zaman kanak-kanak sudah berlalu. Sekarang, aku bukan lagi murid tapi seorang guru yang bertugas untuk melancarkan perjalanan MAC. Kerja memang banyak. Tahun lepas aku sebagai setiausaha. Tahun ni Alhamdulillah aku dah lepaskan jawatan tu. Kali ni aku pegang jawatan sebagai Bendahari & AJK Pendaftaran serta AJK Persembahan. 

MAC kali ni sedikit berbeza dr tahun2 lepas. Biasanya sebelum ni sekolah aku akan mengadakan MAC pada sebelah petang. Kali ni tukar pulak buat sebelah pagi. Konon nak mula pukul 9 pagi tapi biasalah janji melayu lewat setengah jam baru MAC bermula. Sekolah aku ni kecik, murid tak sampai 100. Pendaftaran pun dalam 70 orang termasuk guru dan staf. Pendaftaran diadakan bagi memilih sesiapa yang terkena nombor bertuah. 10 orang terpilih untuk dapat hadiah nombor bertuah. Tahun ni aku tak bertuah nampaknya. Hehe...

Ada sekit lagi perbezaan iaitu persembahan pra. Tahun ni aku tak buat persembahan pra mcm tahun2 lepas. Sebabnya kesuntukan waktu dan ketidaklaratan. Haha..ada ke bahasa ni? Aku tengah berbadan 2 so rasa malas jer nak latih budak pra buat persembahan. Dan masa MAC berlangsung tadi, aku pulak rasa menyesal sebab tak buat persembahan pra. Memang rasa ada kekurangan. Huhu... next year aku jamin akan buat persembahan pra terhebat. Hehe... 

Cikgu2 seperti biasa akan pakai baju yang corak sama. Kali ni batik kaler hijau. Pun aku tak join sebabnya kain tu tak sesuai nak buat baju ibu hamil atau jubah. Sudahnya aku sorang jer pakai baju biasa - jubah purple yang dibeli 4 tahun lalu dan dipakai berulang kali sejak berbadan 2 ni. 

Kali ni jugak aku teramat malas untuk merakam gambar kenangan. Sudahnya tak adalah kenangan tahun ni :(










Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha

Esok rayanya tapi saja ucap awal2. Oang lain dah berbondong2 balik kampung, tapi aku masih di sini. Kejap lagi baru bertolak balik lepas selesai semua kerja. Lagipun, kampung halaman dekat jer. Tak sampai 2 jam, dah sampai. Hehe... Kalau jauh tu lain la. Memang teruja time nak balik kampung.

Cerita pasal raya haji ni... hmm kemeriahannya tak sama dengan sambutan raya puasa. Entah kenapa tak tau. Kalau raya puasa, bukan main lagi sambutannya. Kalau raya haji, sepi macam tu jer. Tak der la sibuk nak menempah biskut bagai. Sangat berbeza nak dibandingkan dengan raya puasa. Tetamu pun tak ramai yang datang bertandang. Bukan tak ramai, kadang2 tu tak ada langsung. Huhu... sudahnya makan sendirilah menu yang disediakan.

Baju raya pun tak disediakan. Just pakai apa yang ada. Tambah bila berbadan dua ni. Tak banyak pilihan. Jadi aku pakai la uniform yang memang dah beli awal-awal tu. Kat sekolah dah pakai, kat kampung halaman belum lagi. Haha...orang belum tengok jadi kalau aku pakai pun orang tak perasan. Haha...gilos!

Faktor usia pun memainkan peranan. Aku bukan kanak-kanak lagi. Dah melangkah ke alam dewasa. Tu yang time raya dah tak rasa apa-apa. Hanya kanak-kanak sahaja yang merasai keseronokan. Kita orang tua ni dok macam tu jugak. 

Okeylah... selamat menyambut hari raya aidiladha buat seluruh umat Islam..

Friday, October 19, 2012

Sebelum Sesi Persekolahan 2012 Berakhir

Ada beberapa projek/kerja/urusan yang perlu aku selesaikan sebelum bermulanya cuti panjang. Antaranya :
  1. Kem Membaca next week - aku perlu sediakan buku program, mengadakan pertandingan mewarna untuk murid pra dan persembahan pada hari penutupan (Rabu)
  2. Majlis Qurban - Isnin 29 Okt 2012 - aku bahagian timbang menimbang daging untuk diagihkan pada staf dan murid-murid
  3. Majlis Anugerah Cemerlang - 1 Nov 2012 - aku jadi bendahari, urus peserta & pendaftaran
  4. Majlis Konvokesyen Prasekolah - 1 Nov 2012 - kena sediakan sijil pra, sediakan budak dengan pakaian jubah, sediakan hadiah, urus murid-murid
  5. Perkhemahan - 2 hingga 4 Nov 2012 - aku setiausaha, dah siap bentang kertas kerja, tunggu nak hantar murid ke tempat perkhemahan
  6. Jamuan Hari Jadi & Akhir Tahun Pra - 7 Nov 2012 - kena sediakan cenderahati (setel - bg mug jer), tempah kek (setel) dan tempah nasi lemak (belum lagi), dan satu lagi edar surat jemputan pada ibu bapa
Dalam masa 12 hari aku kena siapkan semua tugasan. Lepas tu bolehlah cuti pannnnjangggggg....

Tuesday, October 16, 2012

Minum Air Gula

Nak kongsi sikit pengalaman minum air gula. Disebabkan faktor umur dan keturunan, aku kena minum air gula. Pertama kali terbayang dalam minda bila sebut air gula, tentulah rasanya amat manis sgt2. Sehingga kena minum sikit2. Itulah yg terbayang mula2 dlm kepalaku bila sebut air gula. Patutnya aku kena minum Isnin minggu lepas. Tapi ada meeting hari tu. Meeting yang aku jadi setiausaha jadi malas nak excuse. So aku tunda minum ke Isnin minggu depannya (semalam). So, last week aku awal2 dah appy cuti rehat. Tahun ni dah 2x ambil cuti rehat. Kira sikit la tu. Org lain dah habis. GB pun takder banyak songeh, terus jer lulus borang permohonan cuti aku tu. 

Sebelum minum air gula, misi dah pesan kena puasa start jam 10 malam sebelumnya. So Ahad tu aku makan takat jam 6. Lepas tu just minum jer. Jam 8 pagi, aku gerak ke klinik desa kati ditemani suami. Aku org ke2 sampai. Orang pertama tu baru nak buka buku. So lama jugak la aku kena tunggu dalam 20 minit. Lepas tu my turn. Misi cucuk dulu jari aku nak ambil darah. Bacaan 4.6. Okey. Lepas tu aku diberi semug air gula. Opss panas la pulak. Jadi terpaksa minum sikit2. Rasanya...hmmm manis tapi tak adalah manis seperti mana yang aku bayangkan. Selesai minum, aku balik rumah dulu. Still tak boleh makan apa-apa. Suami beli nasi lemak & kuih muih masa otw balik tu. Aku terpaksa menahan kelaparan.

2 jam kemudian, aku ke klinik lagi. Sekali lagi kena ambik darah kat jari. Kena tembak dengan jarum. Tak sakit pun. Lepas tu titik darah atas alat bacaan tu. Keluar angka 5.6. Misi kata okey, tak ada masalah. So tak payah buat temu janji dengan doktor. Alhamdulillah lega. Kalau bacaan tinggi, kena jumpa doc utk rawatan selanjutnya. Sebula lagi aku kena ke klinik desa lagi untuk check perut macam biasa. Jumpa doc pulak bulan dec... masa tu kandungan dah 7 bulan. Boleh la cek jantina kot..hehe... Dah tau jantina, bleh la beli barang sikit2 buat persiapan. 

Semoga dipermudahkan segala-galanya...Amin.

Monday, October 15, 2012

Sesi Fotografi 2012

Setiap hujung tahun, salah satu agenda prasekolah ialah sesi fotografi. Ia diadakan sebagai kenang-kenangan buat guru dan murid-murid prasekolah. Sesi fotografi kali ini diadakan pada 5 Okt lepas, hari Khamis. Hari tu semua budak pra datang sekolah (sesuatu yang agak luar biasa). Masing-masing teruja hendak bergambar sebab tu sanggup tak ponteng sekolah...hehehe... Kalau tidak, setiap hari tu mesti ada sorang dua yang tak datang sekolah.

Kali ni kalau tak silap, dah kali ke 5 sesi fotografi diadakan. Fotographer masih orang yang sama iaiatu Mizi Foto. Harga pun masih lebih kurang iaitu RM22 untuk sekeping gambar bersaiz 8R (siap dibingkaikan) + sekeping gambar saiz 5R dan sekeping lagi 4R. Kiranya satu set ada 3 kepng untuk gambar penuh, gambar separuh dan gambar beramai-ramai. 

Murid perempuan akan di touch up terlebih dahulu supaya gambar nampak cantik. Kemudian mereka akan disarungkan jubah beserta topi. Ketika gambar diambil, mereka akan memegang skroll. Hasilnya, memang menarik. Hmm...aku dulu2 tak ada semua ni. Sekolah tadika pun pergi tak pergi jer. Sebabnya masa tu kelas tadika aku buat kat dewan orang ramai. Tandas pulak tak ada. Kalau nak membuang hajat kena ke sungai. Huhu... laluan ke sungai sama dengan laluan aku balik, jadi biasanya aku terus lari balik..haha... Kelakar bila teringat zaman tadika aku dulu2.

Gambar dah siap. Semalam pak cik foto tu datang hantar gambar. Sebelum diagihkan pada murid2, aku scan dulu. Esok, aku akan bawak ke sekolah. Mesti teruja budak2 pra nak tengok gambar masing2. Harap semuanya berpuas hati.




SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...