Friday, December 10, 2010

SIAPA NOMBOR SATU?


Mempersembahkan... Novel ketiga (kategori awal remaja)... Terbit : Disember 2010

Izz Danea

Harga Semenanjung: RM12.90

Harga Sabah/Serawak: RM15.90

ISBN: 978-967-5367-80-9

Sinopsis :

Nurina bercita-cita tinggi, ingin mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita Bahasa Melayu. Tahun lepas, percubaannya untuk mewakili sekolah gagal kerana ada murid yang lebih hebat darinya ketika pemilihan peringkat sekolah. Tahun ini, dia tidak akan melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat di pentas sekolah. Dia tidak kisah berhabis tenaga, masa dan wang demi menarik perhatian juri ketika dia membuat persembahan. Mengarang dan bercerita adalah minatnya nombor satu. Peluang untuk menunjukkan bakat datang sekali sekala sahaja. Sebab itulah dia sanggup melakukan apa saja untuk mencapai kemenangan.

Nurina tidak keseorangan. Dia mendapat sokongan padu daripada sahabat baiknya, Mutiara. Namun, bukan dia seorang sahaja yang bercita-cita hendak mewakili sekolah. Nurina terpaksa bersaing dengan Syifa, Aina dan murid-murid dari Tahun Enam dan Tahun Empat. Saingan yang paling sengit buat Nurina tentunya daripada Syifa, murid yang memiliki segala-galanya.

Berjayakah Nurina mengejar impiannya? Atau adakah dia akan gagal sekali lagi? Semuanya akan terjawab dalam novel ini, yang memaparkan kisah suka duka Nurina yang hidup serba kekurangan namun bercita-cita tinggi.

Friday, November 12, 2010

Cuti

Hari ni cuti peristiwa sempena Majlis Anugerah Cemerlang petang semalam. Saya jadi MC semalam. Lega, tugas dah selesai. Petang ni nak ke Teluk Batik, sekolah ada buat family day kat sana. Dah pernah pergi ke sana dah. Tapi dgn family.

Sunday, October 31, 2010

Oktober 2010

Kenangan Oktober

* Sesi fotografi Prasekolah Seri Permata


* Novel Kanak-kanak ke 3ku akan terbit hujung tahun ~ SIAPA NO. 1~

* Sibuk menyiapkan manuskrip terbaru ~ Sebalik Senyuman ~

Thursday, September 16, 2010

Salam Lebaran





Selamat Hari Raya buat semua... Maaf zahir dan batin andai catatan saya pernah melukai hati anda...

Monday, August 16, 2010

Pelancaran Penghayatan Bulan Kemerdekaan

Hari ini bermulalah sambutan penghayatan bulan kemerdekaan di sekolah. Pagi tadi ada pelancaran ringkas peringkat sekolah. Hanya ada deklamasi sajak oleh wakil murid, gimik pelancaran iaitu memecah 4 biji belon dgn warna bendera Malaysia dan nyanyian 3 buah lagu patriotik iaitu Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Tanggal 31.

Setiap tahun pelbagai aktiviti diadakan sempenan bulan kemerdekaan. Antaranya ialah pertandingan melukis sepanduk, kuiz, nyanyian lagu-lagu patriotik, melukis dan mewarna, deklamasi sejak, hiasan kelas dan macam-macam lagi. Semuanya dilakukan supaya dapat menanam semangat patriotik di dalam jiwa kanak-kanak.

p/s : tak sempat nak snap gambar. Jadi s/u, sibuklah sikit. Hmm...dah 2 tahun jd s/u, kiranya tetap dan berpencenlah ni. huhu...

Thursday, August 12, 2010

Rice Cooker


gambar sekdar hiasan


Salam buat semua...

Masa kat kelas pagi tadi, kawan ada tanya, 'kenapa tak beli rice cooker?' Jadi, bila nak ke pasar ramadan, hanya beli lauk dan kuih sahaja. Sebelum tu aku dok merungut sebab tak lalu bersahur dengan biskut jer. Baru hari pertama aku dah rasa tak lepas nak telan, inikan pula 30 hari? Kalau makan nasi dengan telur masin sekurang-kurangnya, kan berselera sikit masa bersahur tu. Sebenarnya sebelum ni aku dah terfikir nak beli rice cooker. Tapi aku takut, karang hari-hari aku makan nasi. Bukankah aku nak diet??? Hmm...tadi masa kat The Store aku sempat la timbang berat pakai duit dua puluh sen tu. Ya ampun, lagi aku diet lagi badan aku naik!!! Salah diet agaknya. So, drpd tahan tak makan nasi tapi berat naik juga, biarlah aku makan nasi hari2. Kalau badan naik pun tak kisah.

So, balik aje dari sekolah aku pun terus ke The Store. Aku beli periuk nasi yg saiz paling kecil jenama Global yg tak glemer tu. Janji boleh guna. Aku juga sempat beli beras 5kg dan telur masin 4 biji. Persediaan berbuka puasa dan bersahur.

Lepas Solat Asar, terus ke gerai beli lauk. Ambil dua ketul ikan pari masak asam dan sambal petai+sotong, kena RM7.60. Erk.... Terasa mahal la pulak. Ikan pari kecil ajer. Ntahlah, sebenarnya aku tak berapa pasti harga kan pari di pasaran. Agaknya memang mahal kot. Anyway, esok aku akan cuba lauk-pauk kat gerai lain pulak :)

p/s : nasi putih + telur masin...aku rasa dua pinggan nasi boleh habis (nafsu ketika lapar...huhu)


Tuesday, August 10, 2010

Ramadan Yang Dirindui


Salam Ramadan buat semua...
Ramadan sentiasa ku nantikan saban tahun. Tahun ini tahun ke 4 aku berpuasa di Kuala Kangsar. Cepatnya masa berlalu. Berpuasa di perantauan tidak semeriah berpuasa di kampung halaman, bersama keluarga tercinta. Kat sini, jauh nak ke pasar ramadan. Hidup bujang, biasalah makanan berbuka beli saja. Habis cerita.

Bila Ramadan datang, kepala otak ni memang tak dapat elak dari membandingkan suasana Ramadan dulu-dulu, masa aku zaman kanak-kanak dengan zaman sekarang. Terlalu jauh berbeza suasananya. Zaman kanak-kanak dulu, puasa dilakukan bukan kerana nak dapat ganjaran dari orang tua. Masa tu mak ayah memang tak pernah janji apa-apapun kalau aku berpuasa. Puasa seikhlas hati sebab seronok, member-member pun berpuasa semuanya (tapi banyak kali gak curi2 makan... haha...) Nak menunggu waktu berbuka tu punya la lama. So, masa dihabiskan dengan bermain congkak atau batu seremban, permainan yang tak penat sangat. Selain tu habiskan masa di surau, bukan dok mengaji tapi zzzz....hehehe.... Kalau nak mandi pula, kena bawak kole atau cebok sebab mandi kat sungai. Tak boleh selam :) Bertukar juadah tu memang perkara biasa. Tapi sekarang, kalau jiran hantar menu, dibalas pulak dengan menu yang dibeli kat pasar. Ermmm....

Well, aku sambung lagi lain kali... wassalam...




p/s : Ramadhan ni cadang at least siapkan 1 manuskrip kanak2...berjayakah aku?

Monday, August 9, 2010

Sehari di USM





Ahad, 8 Ogos 2010 aku menghadiri majlis konvokesyen adik ke 2 bongsu - Nur Humairah di USM, Pulau Pinang. Seawal jam 4.00 pagi kami sudah bangun, mandi dan bersiap. Jam 5.00 pagi kami bertolak dari Pengkalan Hulu, Perak ke USM, Penang. Jam 6.05 pagi tiba di RnR Penanti utk solat Subuh. Kemudian sambung perjalanan. Lebih kurang jam 7.00 pagi kami tiba di USM. Mujurlah tempat parkir masih banyak. Hujan sudah mula turun rintik-rintik. Bergegas kami yang seramai 8 orang ke dewan. Namun belum sampai ke dewan besar, hujan mula mencurah dan diikuti kilat sabung-menyabung. Berehat seketika kami di gerai konvo yang masih belum dibuka.
Bila hujan reda, kami ke kedai. Bersarapan nasi lemak sambil bantu Mira memakai jubah dan topi. Jam 8.50 Mira sudah masuk dewan. Mak yang terlupa bawa kad jemputan menggunakan kad kawan Mira utk masuk ke dewan. Kami pula ambil peluang untuk jalan2 di gerai sambil mencari hadiah yang sesuai. Macam-macam jual. Bunga hidup sejambak paling murah RM60. Mak ai... tak mampu nak beli. Betul-betul nak mencekik darah dia orang ni. Last sekali jumpa la teddy bear yg memang sesuai dijadikan hadiah. Banyak tudung, kain pasang, baju siap, blouse, selendang yang dijual. Aku beli dua helai selendang kegemaranku. Tak banyak sangat gerai yang dibuka. Khabarnya sebab tapak mahal.
Jam 11 pagi, Mira keluar. Apa lagi. Bergambar la. Balik rumah baru perasan gambar aku dgn Mira tak ada. Gambar ramai2 ada la.
Siap bergambar, jalan2 kat gerai lagi. Beli makanan pulak kali ni. Jam 2.00 petang baru bergerak ke tempat parking. Di pertengahan jalan, penjual2 bunga segar buat offer. Sejambak jatuh RM5 sahaja. Apa lagi, beli la. Dalam hati terfikir, nasib baik tak beli tadi. Yang RM60 dijual RM5 sahaja. Yolah, drpd dibiarkan bunga tu layu, baik dorang jual dgn harga murah.
Sampai di pekan Kroh (Pengkalan Hulu), kami singgah di Bintang Emas untuk ambil gambar 1 family, sebagai kenang-kenangan. Rabu ni baru siap gambar tu, tak sabar nak tengok.

p/s : teringat 10 tahun yg lalu, majlis konvo di UPM...

Monday, August 2, 2010

OGOS DATANG LAGI

Salam buat semua...

Ogos? Berpinar-pinar aku dibuatnya. Rasa macam tak percaya dah masuk bulan Ogos rupanya. Terasa baru sehari dua lepas aku menyenaraikan azam untuk tahun 2010. Ketika itu terasa lambatnya nak masuk pertengahan tahun... kerana pertengahan tahun 2010 cadangnya sebuah manuskrip dah siap. Rupa-rupanya ermmm... azam tinggal azam. Tak dan siap satu manuskrip, aku dah garap cerita lain. Kekeringan idea punya pasal. Sudahnya, kesemua manuskrip aku tergantung.
Cerita kanak-kanak pun aku belum mula garap lagi. Sedangkan novel kanak-kanak ke 3 aku dah nak terbit dah. Hmmm... kemalasan masih menguasai aku di tahun 2010 ni. Semangat kadang-kadang naik, kadang-kadang menurun.

Ogos... hari ni aku bertugas buat kali ke tiga tahun ni. Aku bertugas selama seminggu. Sebagai guru bertugas, aku kena lengkapkan buku harian bertugas. Kena catat kehadiran murid, guru dan staf. Juga kena periksa kebersihan kelas dan semua bilik serta kawasan sekolah. Kemudian rekodkan dalam buku. Menu RMT pun kena ambil tahu. Kemudian kena catat pula waktu murid-murid balik sekolah dr tahun 1 hingga 6 di papan kenyataan di luar sekolah. Ibu bapa nak datang tengok supaya mereka senang datang tepat pada waktu anak mereka balik sekolah. Kepenatan la juga bila jadi guru bertugas ni. Tapi redho jer la.




p/s : senyum :) tak boleh mengeluh...

Saturday, July 31, 2010

Amuk-ItuJanji

Sinar cinta ku hanya satu
Untuk dirimu oh sayangku
Demi kesetiaan cintamu kepada ku

Tiada dua dalam cinta
Tiada dusta yang tercipta
Hanya dirimu yang ku rindu oh… sayangku

Ku telah berjanji
Ku takkan mengkhianati
Cinta yang bersemi
Hingga akhir hayat ini
Itu janji

Wajah mengukir rahsia hati
Senyumanmu manis berseri
Indah cahaya sang rambulan
Cinta suci mu kau dendangkan

Keagungan cintamu
Ku lemas dalam rindu
Keteguhan cintamu
Ku pasti kau milik ku…
Saying ku…

Ooooo…

Thursday, July 29, 2010

Saturday, July 17, 2010

Salam Ceria di Pagi Sabtu Nan Indah






Salam buat semua...

Hari ni cuti seperti biasa. Tiga minggu berturut-turut aku balik kampung. Tapi kali ni melepak kat rumah sewa sahaja disebabkan oleh bajet petrol sudah kehabisan bulan ni...huhu... Banyak berjalan bulan ni dan bulan lepas.
28-30 Jun yang lalu aku menghadiri kursus pendidikan di Pangkor Holiday Resort. Peserta kursus bercampur antara daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak. Semuanya seramai 40 orang. Slot kursus diisi dengan ceramah-ceramah yang menarik semuanya. Tak jemu. Mengantuk pun hilang. Yang best pasal kursus ni sebab dapat makan free 6x sehari :)
2-3 Julai pula aku di Kelantan bersama sebahagian dari familyku. Tujuan utama hendak hantar adik mendaftar di UMK. Dia ambil kursus keusahawanan (pelancongan). Bila sampai di UMK terkejut juga lihat keadaannya. Rupa-rupanya UMK di sebelah airport Pengkalan Chepa tu hanyalah kampus sementara. Kampus utama di Jeli masih dalam proses pembinaan. Kampus sementara ni kecil saja. Jadi tak susah nak bergerak dari satu fakulti ke fakulti lain. Berbeza semasa aku di UPM dulu. Sakit kaki berjalan jauh.
Kali terakhir sampai ke Kelantan kalau tak salah aku tahun 2003, join rombongan perkahwinan sepupu. Jadi, setelah 7 tahun tak sampai, teruja hatiku bila nak jejak kaki lagi ke Kelantan. Bertolak pagi Jumaat 2 Julai, aku jadi driver utk kakak sulungku (kak long) dan anak-anaknya. Adikku - Mira pula jadi driver mak, syu(adik) dan yunie(umk). Mak ai, bahaya betul jalan Grik-Jeli (lebuh raya timur barat). Sepanjang perjalanan kami menyaksikan 3 kemalangan! Kami berhenti seketika di Hentian Titiwangsa yang sejuk dan berangin. Sempat snap agmbar kat situ. Pukul 2.00 ptg kami sampai KB dan terus menuju ke rumah Ja (member adik) di Binjai (ke Binjal?..tak pasti). Kami dijamu keropok lekor. Seterusnya kami check in di Motel Impiana...ermm... Kemudian, kami bertolak ke Rantau Panjang. Aku sempat beli dua blouse kat situ. Memandangkan kami sampai kat sana jam 5.00 petang lbh kurang, jadi tak sempat nak shopping betul2.
Malam tu kami ke Mydin Mall yang baru dibuka di Kubang Kerian, tak jauh dari motel tempat kami menginap. Yunie beli barang2 yang patut utk dibawa ke umk. Aku pula beli alat tulis dan brg2 utk my business. Seterusnya kami ke Wakaf Che Yeh pula, tempat yang sering disebut2. Memang happening pun kat situ. Beli 2 blouse lagi..huhu... Sampai motel terus lelap.
Pagi 3 Julai, kami bersarapan di restoran Nasi Kak Wok dulu. Kata Ja, nasi kak wok ni banyak cawangan. Simple menunya tapi sedapppp. Lepas tu baru bertolak ke UMK. Orang berpusu-pusu. Tempat parking pun tinggal yg jauh2 jer. Hari tu utk pembayaran yuran dan pendaftaran bilik asrama sahaja. Yunie dapat bilik di tingkat 2. Sebilik 4 orang. Bangunan baru lagi, ok la. Terserempak nenek bongkok. Mesti dah lanjut usia tapi masih sihat dan cergas. Kagum tengok dia.
Siap hantar barang, kami ke Pasar Besar Siti Khadijah. Besar sungguh! Kami terus menuju ke bahagian kain pasang. Rabun mata dibuatnya. Beli 3 pasang kain. Duit dah habis...huhu... Beli keropok kering 2 bungkus dan keropok lekor. Siap beli belah pergi makan pulak. Kemudian hantar adik kembali ke UMK. Lepas tu bertolak balik.
Sampai di kampung jam 8.00 malam. Alhamdulillah semuanya selamat. Duit pun habis. Tapi puas hati dapat berjalan sambil bershopping :)


Wednesday, July 14, 2010

Laptop Pulih Kembali

Sebulan juga aku tak dapat online seperti biasa kerana masalah dengan laptopku. Kejap adapter, kejap laptop sendiri yang rosak. Ingatkan akan berkubur selamanya. Alhamdulillah masih boleh dibaiki lagi. Harap2 lepas ni tak ada masalah lagi. Nak update blog pun senang. Hmmm...banyak gak aku ketinggalan dalam dunia IT ni sejak ketiadaan laptop dan internet. Apa yg sudah dipelajari pun hampir lupa kerana tak dipraktikkan.
Sebenarnya, puas hati guna laptop yang skrin besar berbanding skrin kecil.

Thursday, June 17, 2010

Setelah Enam Tahun...

Hari Sabtu aku online tanpa had. Dari pagi ke tengah hari. Rehat kejap, lepas tu online lagi sampai tengah malam, tak tutup-tutup. Pagi esok bila aku on laptop, ada masalah! Tak boleh nak buka. Grr.... something is missing. Cuba banyak kali tapi masih gagal juga. Huhu... akhirnya terpaksa hantar ke wad untuk dibesah siasat. Doktor lappy tu cakap, kepala dah kena telan dengan virus sebab tu tak boleh nak buka lagi. Katanya kena reformat. Petang tu juga boleh ambil. So, aku balik la ke rumah dulu. Tengah hari dapat panggilan dari doktor, katanya lappy ku tak boleh nak reformat. Ada problem. Huhu... tunggu...tunggu... hari ni baru okey. Ada problem dengan keyboard. Sebab tu susah nak reformat. Lega, akhirnya sembuh juga lappy kesayanganku ini. Mana tak sayangnya, dia dah banyak berjasa. Dah dekat 6 tahun. Lepas ni tak nak guna dah tanpa had. Kena bagi rehat gak.
Hmm...ni lah pertama kali aku reformat laptop acer ku...

Thursday, June 10, 2010

Cuti Penggal Pertama

Cuti penggal pertama sudah masuk hari ke 6. Aku masih di sini... dikampungku yang tenang dan damai bersama mak, dan 3 org adik. Setakat ni hanya keluar ke pekan sahaja untuk membeli barang keperluan. Cuti kali ni tak sempat nak plan ke mana2. Sebab segalanya berlaku dengan cepat. Sedar2 dah cuti penggal pertama rupanya.

Esok kakak yang tinggal di Seremban dan Semenyih akan balik bersama family mereka. Makin meriahlah rumah dan makin riuhlah kami bercerita. Maklumlah dah lama tak jumpa. Lebih kurang 2 bulan...hehe...

Jemputan kenduri pun banyak juga. Satu pun belum dipenuhi. Malas nak gerak. Huhu... Asyik melayari internet dan menonton tv aje kerjanya. Di samping mengemaskini kedai online ku dan menulis sikit2. Konon nak jadi penulis yg prolifik...kena la tambah kerajinan sikit. 1 nopen dah hampir siap. Novel kanak2 belum mula lagi. Novel dewasa pula tertangguh lagi. Hilang pulak idea. Novel Nurin yang ditukar kepada Nurina sedang tunggu turn untuk buat layout. Lepas tu tunggu untuk print pulak. Than baru dipasarkan maybe sekitar bulan Ogos/September menurut penerbit. Nurina ada novel kanak2ku yang ke 3 selepas Alia dan Kunci Dimensi.

Banding... Tiba2 teringat pulak Pulau Banding kat Grik. Tak pernah lagi ke situ. Sekadar lintas untuk ke Kelantan saja.

Cat Baru

Harapnya dgn cat baru ni, maka bertambah rajin la aku mengemaskini blogku yg semakin sepi dan suram ini dek penangan facebook... dan bertambah rajin la aku menulis dan menulis dan menulis dan menulis dan menulis....

Sunday, June 6, 2010

Kedai Online ZZ

Salam

Jemput masuk untuk lihat blouse, kain pasang, tudung dan macam-macam lagi.

http://kedaionlinezz.blogspot.com

Wednesday, May 19, 2010

Karnadya Online - Promosi Istimewa

Promosi diskaun istimewa 20-30% untuk buku-buku keluaran Karnadya. Jemput saudara saudari ke Karnadya Store Online untuk pembelian secara online dengan diskaun istimewa yang akan berakhir pada 31 Julai 2010. Saudara saudari juga boleh mendapatkan novel-novel saya seperti Menjejak Memori, Kalung, Alia dan Kunci Dimensi dengan diskaun 20%.

Sunday, May 9, 2010

Saturday, April 24, 2010

FB Punya Pasal

Sunyi ajer blog aku ni. Penangan FB la ni. Blog sekarang dah semakin kurang. Orang lebih suka berFB. Lepas FB apa pulak yang bakal muncul ek? begitu cepat teknologi berkembang. Terkadang rasa tak terkejar.

Sunday, April 4, 2010

Dari KK (Kuala Kangsar) ke KK (Kota KInabalu) - Part 2

Dari Kundasang War Memorial, kami sambung perjalanan ke Kinabalu Park yang terletak tidak jauh dari pekan Kundasang. Di sinilah tempat memulakan pendakian ke puncak Kinabalu. Jalannya kecil dan amat berbahaya. Cuaca sejuk sekali, tak perlu pasang air cond kereta. Sepanjang perjalanan ke tapak pendakian, hati tak putus-putus berdoa...huhu takut... Jalan sempit dan berliku-liku. Selepas sampai ke tapak pendakian, kami turun semula dan bergambar di kawasan Kinabalu Park berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang diselubungi awan bahagian puncaknya.
Kami teruskan perjalanan untuk kembali semula ke Kota Kinabalu. Kami sempat singgah di Pasar Nabalu. Banyak cenderamata, makanan dan buah dijual di sini. Buah nenas cukup manis sekali. Rugi kalau tak rasa.
Sampai di bandar KK jam enam, jalan agak sesak dan kami sesat! Hampir dua jam berpusing-pusing untuk cari rumah penginapan kami; Golden Hill...huhu... Tanya orang, mereka pun tak tahu??? Syukur akhirnya jumpa juga. Lepas mandi, kami keluar makan di kawasan pasar pilipin. Ada macam-macam ikan bakar, sotong, ketam dan udang bakar yang dijual di sini dengan harga yang cukup murah. Kalau kat semenanjung memang susah nak jumpa harga yang sebegini. Boleh dimakan begitu saja atau boleh juga makan dengan nasi cicah dengan air asam. Memang umphhh!!!




Posted by Picasa

Tuesday, March 23, 2010

Pesta Buku 2010



Saya akan berada di Booth KarnaDya pada 28 Mac 2010 bermula tengah hari hingga petang... InsyaAllah. Harap dapat jumpa semua pencinta buku di samping rakan-rakan penulis.
Posted by Picasa

Monday, March 22, 2010

Dari KK (Kuala Kangsar) ke KK (Kota Kinabalu) - Part 1

Cuti Pertengahan Penggal yang lepas, saya dan sebahagian ahli keluarga telah mengunjungi Kota Kinabalu buat pertama kali. Awal pagi kami sudah bersiap menuju ke LCCT untuk menaiki penerbangan Air Asia jam 10.20am. Rombongan kami seramai 11 orang. Kami tiba di airport KK jam 12.30t/hari. Kami dimaklumkan oleh pramugari bertugas yang penerbangan kami tiba 15 minit lebih awal. Sebentar kemudian kami dijemput dengan sebuah van dan kereta, milik homestay tempat kami tinggal iaitu Alpine Homestay. Kami dibawa menuju ke Golden Hill, rumah penginapan kami yang mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air, disamping dapur untuk memasak serta iron dan kemudahan lain. Rumah ini cukup besar dan selesa sekali. Namun air agak slow la..huhu... Hari pertama kami ke Pasar Filipin yang begitu popular kat bandar KK. Lepas makan cendol dan nasi goreng yang dihidangkan setambun (banyak sekali), kami membeli belah di pasar pilipin. Borong sakan la masa tu bila tengok mutiara yang murah2. T shirt dan keychain agak mahal sikit berbanding tempat2 pelancongan lain. Lepas tu kami ke pasar malam yang tak jauh dari pasar pilipin. Bertentangan je. Rupa-rupanya kat sini mutiaranya lagi murah.

Hari kedua kami dah plan nak ke Kundasang, kaki gunung kinabalu. Kami sewa van kia pergio dengan harga RM250 sehari. Sebelum ni dah tanya kawan-kawan yang pernah ke Kundasang. Mereka cakap jalannya teruk. Ingatkan teruk macam mana... rupa-rupanya jalan kecil dan berbelok-belok. Mendaki bukit pulak tu. Memang berbahaya. Di pertengahan jalan, suhu naik pulak. Tangki air kosong! Mujur ada bawa dua botol air mineral. Lama juga menunggu di situ sebelum dapat sambung perjalanan semula. Sepanjang perjalanan nampak rumah-rumah yang dibina di lereng bukit. Astro terpacak di atas bumbung. Gereja pun banyak. 2 jam lebih baru sampai ke pekan Kundasang. Mentari bersinar terang namun dapat rasakan kesejukannya. Kundasang ni ala2 Cameron Highland. Tempat penanaman sayur-sayuran, bunga dan strawberi. Kami singggah di rumah kawan kakak. Dia jamu makan tengah hari. Sedap siot. Dia bagitahu tempat2 menarik di situ. Antaranya Kundasang War Memorial, taman ros, air panas Poring & Kinabalu Park. Mereka sempat beritahu dua orang peserta AF8 berasal dari situ iaitu Ema dan Adira kalau tak silap.

Kami singgah di Kundasang War Memorial. Tugu Peringatan ini untuk peringati askar-askar Australia yang gugur masa perang dunia ke2 kalau tak silap. Tiket masuk RM2 seorang. Berbaloi la. Tempat ni memang cantik. Kena daki bukit sikit. Ada Australian Garden kat sini. Last sekali ada ruang cantik dengan pemandangan gunung kinabalu.

Kemudian kami sambung perjalanan ke Kinabalu Park...bersambung...




Kundasang War Memorial
Posted by Picasa

Saturday, March 13, 2010

PESTA BUKU DATANG LAGI

Pesta buku datang lagi. Bermula 19 mac hingga 28 mac, semua peminat buku akan menyerbu PWTC tempat di mana berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa. Tahun lepas diadakan pada bulan April. Terasa kejap benar masa berlalu.
InsyaAllah saya akan turun pada 19 mac.

Wednesday, February 17, 2010

Nurin

Nurin adalah manuskrip terbaru saya yang saya mula menulisnya pada penghujung 2008. Awal 2010 baru siap! Bayangkan berapa lama saya ambil masa nak siapkan manuskrip awal remaja tu. Lambat siap tu bukan kerana jalan ceritanya yang berat, tapi....sebab M. Tak sampai 100 m/s pun (1.5 spacing). Orang lain yang benar2 gigih menyiapkan manuskrip hanya ambil masa 2 minggu saja. Tapi tu orang lain. Saya tak boleh jadi orang lain. Saya jadi diri saya. Kesudahannya setahun lebih saya ambil masa nak siapkan manuskrip awal remaja. Tak berdisiplin punya pasal...huhu! Siap jer, kemudian baca 3 kali, edit apa yg patut, saya pun hantar ke penerbit. Alhamdulillah tak sampai sebulan dah dapat jawapan, manuskrip Nurin diterima. Tajuk kena ubah...pastu kena get readylah dgn sinopsis belakang buku, kata2 depan buku, biodata, penghargaan...macam yg pernah dibuat sebelum ni. Haa...satu lagi kena start melukis. Harapnya lukisan saya diterima :) Malam ni nak kena fikir tajuk yang sesuai. Ini adalah novel awal remaja saya yang ketiga selepas Alia & Kunci Dimensi.
Lepas ni saya tetap akan menulis lagi novel awal remaja kerana pasarannya boleh tahan. Nak sudahkannya pun lebih mudah berbanding novel dewasa. Alia setakat ni sudah masuk cetakan ke 4. Kunci dimensi masih cetakan pertama. Mungkin kanak2 tak minat kot sebab tajuk dia pelik sikit kot. Mungkin kanak-kanak perempuan ingat KD hanya sesuai utk dibaca oleh budak lelaki. Sebenarnya tidak. KD sesuai dibaca oleh semua golongan kanak2, termasuk dewasa :)
Sekarang ni tengah karang novel cinta dan nopen seram. Buat serentak utk penerbit yg berbeza. Harap2nya 2010 boleh siap semuanya...amin

Monday, January 25, 2010

Program Masa Cuti Penggal 2009


Masa cuti sekolah baru-baru ni, my family and me sempat jalan-jalan ke rumah kakak di Seremban. Kalau dah tiba kat Seremban, tak sah kalau tak singgah kat gerai cendol popular ~ Cendol Leman Dawi ~. Istimewanya kedai ni sebab bayar sekali, tambah percuma. Kalau cendol biasa harganya RM1.00 sahaja. Cendol pulut, cendol kacang kalau tak silap RM1.50. Bayar siap-siap masa beli cendol. Pastu pilihlah meja kosong. Biasanya meja dipenuhi pelanggan. Maklumlah dah beberapa kali masuk tv dan majalah.
Kat atas meja dah tersedia cendol, ais, dan gula merah (pemanis) untuk ditambah. Percuma tu!!! Pemilik gerai ni pun peramah orangnya. Bila kami bagitahu kami dari Perak, dia pun ceritalah keluasan negeri Perak dan sejarah nama Perak. Hebat tu! Tapi kami pulak yang malu-malu...hehe... Minuman barli yang disediakan pun percuma juga. Semoga perniagaan cendol saudara Leman Dawi bertambah maju....amin.
Posted by Picasa

Thursday, January 14, 2010

BARU NAK BERNAFAS

Dah hampir 2 minggu sesi persekolahan 2010 bermula. Awal tahun ni macam biasa la, byk urusan. Tempahan baju sukan dan pakaian seragam pra dah selesai dah. Gambar pun dah selesai. Mesyuarat pun dah berjalan.Tapi dalam sibuk2, sempat lagi aku menulis. Hehe...azam thn ni keca capai juga. Tinggal 1,2 bab lagi dah bleh hantar...cerita awal remaja. Cerita dewasa sabar dulu. Nak siapkan satu2..

Sunday, January 3, 2010

Back To School

Saatnya hampir tiba. Esok aku akan kembali ke sekolah, menjalani rutin seharian; mengajar, mendidik anak bangsa. Esok hari pertama murid2 prasekolah. Pasti macam2 karenah. Ada yg mencuit hati dan ada juga yang menggeramkan hati..hehe... Adatlah tu. Setakat ni murid aku 12 orang. Lebih 2 org dr tahun lepas. Tak tau la kot2 esok ada lagi yang nak daftar. Harap2 yang ceria2, yang cergas2 murid kali ni. Barulah bersemangat sikit bila nak buat aktiviti.



p/s : nak pakai baju apa ek esok?

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...