Sunday, December 30, 2007

ZWANI.com - The place for myspace comments, glitters, graphics, backgrounds and codes


Dia tak diam, 2007 bakal berlalu pergi
Meninggalkan seribu memori

Selamat tinggal 2007
&
Selamat Datang 2008





Aku dah beli diari 2008. Sejak Form 4, aku tak berhenti menulis sesuatu di dalam diari. Buat semua pengunjung blog, saya ucapkan Selamat Tahun Baru! Hujung tahun..mood menulis tenggelam seketika. Aku janji nak hantar manuskrip ke KD hujung thn ni (esok le), tapi nampaknya belum siap..sorry! Sambil menghitung hari, menunggu detik tahun baru, aku nak tonton VCD citer :-



p/s: aku minat filem sebegini..so tengok 10 kali pun aku takkan jemu..

Friday, December 28, 2007

Azam 2008

Ini hobi yang aku paling suka iaitu menulis cerita pendek. Nak kata pendek tak juga, sebab panjang gak. Tapi nak kata panjang beratus muka surat macam novel tu, tak juga. Ala, kira macam nopen la...lebih dari 40 hasil tulisanku yg hanya menjadi simpanan di rak buku. Tahun depan aku bercadang nak panjangkan/kembangkan lima, enam cerita-cerita di atas menjadi nopen dan novel. Itulah azamku tahun 2008! CHAYO! CHAYO! YES!



Thursday, December 27, 2007

Majlis Hari Lahir & Kenduri

Tahun ni anak-anak buah sambut birthday serentak iaitu pd 23/12. Bayangkan, ada 12 anak buah. Habis duit beli hadiah! (ceh, mcm beli hadiah mahal). Maklumlah, jarang-jarang dpt berkumpul satu keluarga. So, bila dapat berkumpul tu, faham-faham sendirilah. Seronok juga tengok keletah anak-anak buah. Yang perempuan sibuk berdansa (terkena virus sehati berdansa, astro ria). Yang lelaki ligat bermain guli. Yang tak tahannya ada yg curi-curi mandi di sungai dan hampir lemas.






Selamat Pengantin Baru buat Khairi (sepupu) dan Ima. Moga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.


12 orang anak buah. 7 perempuan + 5 lelaki.

Monday, December 17, 2007

Thalia - NO ME ENSEnASTE

Llama, no importa la hora que yo estoy aquí
entre las cuatro paredes de mi habitación
es importante al menos decirte
que esto de tu ausencia duele
y no sabes cuanto


Ven, aparece, tan solo comunícate
que cada hora es un golpe de desolación
es demasiado aburrido no estar a tu lado
Ven, que mi alma no quiere dejarte ir
que los minutos me acechan
aquí todo es gris
y alrededor todo es miedo y desesperanza
Ven, que nunca imaginaba como era estar sola
que no es nada fácil cuanto te derrotan
que no sé que hacer
y aquí no queda nada de nada
No me enseñaste como estar sin tí
y qué le digo yo a este corazón
si tú te has ido y todo lo perdí
¿por dónde empiezo, si todo acabó?
No me enseñaste como estar sin tí
cómo olvidarte si nunca aprendí

Llama y devuélveme todo lo que un día fui
esta locura de verte se vuelve obsesión
Cuando me invaden estos días tristes
siempre recuerdo mi vida,
yo como te amo

Ven, que mi cuerpo la pasa extrañándote
que mis sentidos se encuentran fuera de contról
es demasiado aburrido no estar a tu lado
Ven, que nunca imaginaba como era estar sola
que no es nada fácil cuanto te derrotan
que no sé que hacer
y aquí no queda nada
de nada No me enseñaste como estar sin tí
y qué le digo yo a este corazón
si tú te has ido y todo lo perdí
¿por dónde empiezo, si todo acabó?
No me enseñaste como estar sin tí
cómo olvidarte si nunca aprendí


Lagu ini pasti akan mengingatkan aku kenangan semasa kursus interaksi di IPIP. Kami persembahkan lagu ni masa 'konsert akhir' untuk Muzik. Sarah, telah menyanyikan lagu ni dengan penuh perasaan. Kami hanya buat persembahan dengan membawa lilin mengelilingi kelas. Sambil tu, foo-foto kenangan terindah dipancarkan melalui LCD. Best tul!

Lagu ini juga akan mengingatkan aku pada telenovela Rosalinda kerana penyanyi lagu tu dan heroinnya adalah orang sama. Aduh, dah lama tak ikut telenovela..

Friday, December 14, 2007

COVER ALIA

Inilah novel keempat saya (novel pertama kanak-kanak/awal remaja). Mengisahkan tentang perjalanan hidup Alia, budak Tahun 5. Tidak lama lagi novel ni akan berada di pasaran.

Inilah sinopsisnya...

Persahabatan yang baru terjalin di antara Rifqi dan Alia telah mengundang rasa bimbang dalam hati Dalila dan rakan-rakan. Rifqi, murid baru itu harus diselamatkan sebelum terlambat. Jika dibiarkan pasti Rifqi akan menerima padah kerana berkawan dengan Alia, murid yang disisihkan itu. Lalu, rancangan pun diatur oleh Dalila dan rakan-rakan. Rifqi harus diberitahu tentang rahsia Alia. Kanak-kanak itu sebenarnya bukan manusia biasa…

Kehadiran Rifqi menceriakan hari-hari Alia yang selama ini kelam. Saat melangkah ke sekolah, semangatnya berkobar-kobar kerana dia sudah punya kawan yang baik. Erti sebuah persahabatan mula diselami dan dihayati. Namun kegembiraan Alia hanya seketika. Rifqi tiba-tiba menjauhkan diri darinya tanpa diketahui kenapa….

p/s: Buat Mirza, Kakak, Yen, Siti, Dekpan, Jaji, Dekna, Syaza, dan Ina jgn lupa baca novel ni tau.

Buat anak2 Mak Long/Pak Long, Mak cik Dayah, dan semua adik2 yg minat membaca juga...

Sunday, December 2, 2007

Alia - Novel Baru

Ini adalah tajuk novel pertamaku, yang dikategorikan sebagai novel awal remaja ( fokus utk kanak2 berumur 9 -15 thn). Tapi yg dewasa pun boleh baca juga. Perjanjian sudah sampai. Insya Alah akan diterbitkan pada bulan ini. Sekarang tengah tunggu cover keluar. Terbitan KarnaDya Solutions.

Kawan

Kawan-kawan sekuliah aku hanya akan jumpa ketika kursus interaksi sahaja di IPIP. Asnida adalah roomateku. Kami sama2 dr Pengkalan Hulu tapi aku hanya kenal dia masa di IPIP. Jun dan Ros penghuni bilik sebelah. Jun orang Selangor dan bekas jurulatih PLKN. Ros gadis kecil molek dari Sabah tengah hangat bercinta. Depan bilik Jun dan Ros, tinggal dua orang budak Kelate...Su dan Ida. Mereka suka berbalah pendapat. Itu cara mereka mengeratkan persahabatan hehe... Di sebelah kiri bilikku pula dihuni Ina budak Shah Alam dan Sarah, ibu moden dari Teluk Intan. Seorang lagi kawan yang duduk satu aras Blok A ialah Hajar, gadis sopan santun yang punya banyak kisah mistik. Setiap hari kami akan ke kuliah bersama-sama (kalau Ros dan Su bersiap cepat). Setiap malam kami akan berkumpul di bilik Jun atau Ina untuk makan-makan sambil bergospen (perkataan yg dicipta Ida). Setiap kali bercerita, semua akan berhati-hati, bimbang aku akan masukkan ke dalam novelku kisah mereka. Memang betul! Terutama kisah yang lain dari yg lain, mungkin aku akan cedok sikit.

Peraturan Baru

Institut Perguruan Ipoh Perak tidak lagi membenarkan pelatih membawa kenderaan ke kawasan kuliah. Kenderaan terpaksa disusun di kawasan asrama. Ini menyebabkan kawasan asrama sesak. Para pelatih pula terpaksa berjalan kaki ke kelas. Lebih kurang 15 minit! Fuh, rasa nak tercabut kepala lutut. Kelas bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari Jumaat. Memang penat. Minggu depan kelas sampai malam. Mujurlah hanya dua minggu saja lagi aku akan berada di sana. Lepas tu mulalah bercuti...tapi tak boleh cuti betul2 krn aku yakin pasti kami akan mendapat assignment bertimbun-timbun!

Sunday, November 18, 2007

KU MAHU - Dato' Siti Nurhaliza

Sesaat ku terkesima
Pada indah personamu
Sekilas kau senyum padaku
Melarutkanmu dalam kasihku

Sesaat ku terpesona
Pada warna ceriamu
Sayangnya telah ku hidu
Semua paparanmu palsu

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Selamanya takkan ku lupa
Kau ajar ku seksa
Kau pandai berkata-kata
Hingga aku derita

Selamanya ku berjaga-jaga
Tak sanggup ku kenang
Cukuplah sekali terluka
Kan ku ingat sentiasa

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Aku bukanlah boneka mu
Ku tak rela dipermainkan
Lebih baik sendiri
Dari terseksa di tangan mu

Apa yang aku mahu
Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pon terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Saturday, November 17, 2007

KALUNG - TANGGA KE 7

Sepupu sms awal pagi. Dia maklumkan novel KALUNG termasuk dalam 10 novel terlaris kedai buku MPH di tangga ke 7. Alhamdulillah. Dia mengetahuinya dari rancangan Selamat Pagi Malaysia. Sayang tak tengok. Bekalan elektrik terputus dari jam 7.00 sampai jam 7.00 malam ni.
So saya pun layari web MPH. Untuk minggu berakhir 11 Nov 07, inilah kedudukan novel melayu terlaris MPH.

1. Cinta... Tiada Akhirnya (Fauziah Ashari)
2. Gelora Asmara (Haryani Kamilan)
3. My Baby Girl (Nass Alina Noah)
4. Nafas Terakhir (Murad Arshad)
5. Kasih Yang Tercalar (Norhayati Berahim)
6. Bulan Berbisik (Samsiah Mohd Nor)
7. Kalung ( Zahida Zarkasi )
8. Air Mata Cinta (Rabiatul Adawiyah)
9. Bahtera Cinta (Iffa Irdina)
10. Kuseru Namamu (Ilani Mysara)

http://www.mph.com.my/books/bestseller1_local.cfm

Monday, November 5, 2007

Ramadhan & Syawal yg Penuh Dgn Ujian

Awal Ramadhan lalu, aku kehilangan bapa saudara.
Tanggal 14 Syawal, abang ipar dijemput Ilahi.
Dan ibu saudara turut mengikut jejak mereka
pada waktu subuh, 23 Syawal.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Al-Fatihah...

Wednesday, October 24, 2007

HUJAN

HUJAN HUJAN HUJAN
AKU TERPERANGKAP DALAM CC
DI LUAR HUJAN TERUS TURUN MENCURAH-CURAH
TIADA TANDA-TANDA HUJAN AKAN BERHENTI
AKAN TERPERANGKAPKAH AKU DI SINI
SEHINGGA PETANG?
SEDANGKAN...LIONTIN DAH START 10 MINIT YG LALU
TAK BOLEH JADI
AKU KENA REDAH HUJAN JUGA

Sunday, October 7, 2007

Tuesday, October 2, 2007

Fakta / Tabiat

Kena tag oleh Biksh minggu lepas tentang 8 fakta atau tabiat diri saya. Janji nak buat hujung minggu tapi tak sempat.

1. Bunga-bunga Pagi
Inilah novel pertama yang saya baca ketika umur saya 11 tahun. Dan inilah juga novel yg sya baca lebih dari sekali. Berapa kali saya baca novel ni dah tak ingat. Tapi dulu, memang ingat setiap babak. Sayangnya novel ni dah hilang dari simpanan. Novel jenis ni popular satu masa dulu. Tak tebal dan harganya tersangatlah murah. Tak sampai rm3 kalau tak silap. Wataknya yg masih aku ingat iaitu Zulfakry (hero), Nadia Hanim (heroin). Mengisahkan tentang pelajar baru di sebuah sekolah bernama Nadia Hanim yg berkawan rapat dgn Sofea. Mereka Form 5 Sains Alfa. Babak bermula apabila Nadia Hanim on the way nak ke bilik guru bg menghntar buku latihan yg dikumpul. Seorang lelaki terlanggar dia lalu buku2 latihan jatuh. Lelaki tu tolong kutip buku dan akhirnya perasan pelajar itu ialah Nadia Hanim. Dia berpindah ke sekolah tersebut sebab nak ikut Nadia. Itu hari pertama dia dan minta Nadia tunjukkan pejabat. Zulfakry Tingkatan 6 Atas. Bermulalah adegan Zulfakry cuba tackle Nadia Hanim. Cikgu Hisyam yang wajahnya dinyatakan seiras Pierce Brosnan juga memberi perhatian lebih pd Nadia. sehingga membuatkan Sofea merajuk kerana Sofea suakkan Cg Hisyam. Zulfakry dan Nadia popular di sekolah kerana bijak dah menjadi atlit sekolah sehingga dipilih olahragawan dan olahragawati. Banyaklah lagi babak yg best dlm novel ni....sesiapa yg pernah baca novel ni, hubungilah saya. Nama pengarang dah tak ingat.

2. Berkenalan
Dari sekolah rendah lagi saya minat berkenalan. Mula2 kenalan dalam negara. Bila menginjak ke sekolah menengah, mula cari kawan dari luar. Saya menyertai International Youth Club (IYS) yg berpusat di Finland. Dapat le beberapa kawan. Yg masih setia menghubungi aku sehingga sekarang ialah Florencia dari Argentina tetapi skrg menetap di USA. Dulu suka bertukar2 setem, poskad dll dgn penpal. Pernah berkawan dgn sahabat pena dr Turkey, Ireland, Pakistan, USA, Slovenia, China, Indonesia...

3. Rimba Bebanan
Inilah cerpen pertama yang aku tulis dan taip pakai typewriter masa Ting 4. Tajuk ambil dr tajuk lagi kumpulan apa entah dah lupa. Hero nama Shezevell, heroin Esmishell. Watak lain juga berakhir dgn huruf ell. Pelik nama watak , begitulah juga dgn jalan cerita. Pelik gak... Dulu segan nak bagi org baca termasuk ahli keluarga.

4. Melamun
Kalau tak bercakap atau tak tidur, inilah hobiku.

5. 47
Nopen yang aku start buat dr Form 4 sampai tahun 2003 jumlahnya 47... 1 dah hilang! 3 dah jadi novel...

6. Bambino
Masa sekolah rendah dulu, suka kumpul majalah yg dah tak wujud ni. Suka masuk peraduan tapi tak pernah menang.

7. 1
Kawan sekolah rendah yg masih setia berhubungan denganku cuma tingga sorang saja... yg lain dah tak tau menghilang ke mana.

8. Maaf Zahir dan Batin
Time nak raya dan pada hari raya baru aku nampak dan luah perkataan ni. So, pada semua pengunjung web, ampun maaf ku pinta dari hujung rambut hingga hujung kaki andai tulisan di blog telah mengguriskan perasaan anda tanpa disedar. Selamat menyambut hari raya, maaf zahir dan batin.

Sunday, September 30, 2007

POPULAR'S CHOICE

Salam semua...
KALUNG termasuk Popular's Choice (Kedai buku Popular). Jika anda mahu menjadi BE THE FIRST TO READ atau mereka yang sudi membaca novel ni, silalah ke Popular kerana jika anda mempunyai kad keahlian Popular, anda akan diberi diskaun 20%. Tapi saya tak pastilah sama ada semua rangkaian kedai buku Popular atau untuk Popular di Central Square, Sungai Petani sahaja yang memilih Kalung.
Terima Kasih

Jalan-jalan Ke SP

Semalam, pergi SP. Tujuan utama nak hantar adik ke rumah sewanya krn hari ni dia akan memulakan kelas selepas selesai praktikal. Sebelum masuk ke bandar SP, jalan raya sudah sesak. Selalunya sesak juga tapi taklah sesesak sebegini.
Selesai hantar adik, kami ke Central Square. Di situ kami bertemu dgn dua lagi 'ahli keluarga yg baru tiba dari Penang. Ramai betul orang (tentulah kaum Melayu). Semua sibuk bershoping raya. Kemudian, kami singgah di Popular. So, apa lagi...terus ke tempat novel melayu. Tup tup ternampak Kalung terpampang kat tempat khas. Dan pada pembalutnya terlekat sticker yg tertulis Be The First To Read...Popular's Choice. Selain Kalung, novel terbaru Norhayati Berahim juga dilekat Popular's Choice.
Sementelah singgah di pusat membeli belah, adik-adik membeli baju raya. Aku? Aku dah prepare awal2...

p/s : sepatutnya hari ni aku mula menaip mns baru...tapi arghhhh! tak sempat!

Saturday, September 29, 2007

Rakit Berhias

Pada 8/9/07 telah diadakan pertandingan rakit berhias buat kali ke 2 antara kampung-kampung sekitar Pengkalan Hulu dan jabatan kerajaan.

Inilah gambar rakit berhias dari kampungku... Kampung Kuak Hulu. Tahniah buat kaum belia yang bertungkus lumus menyedia dan menghias rakit. Walaupun tak menang, tapi tetap paling cantik di hati kami...


Klik link Foto Kenangan kalau nak tengok gambar2 rakit lain...





Thursday, September 27, 2007

Hati ke Hati

“Semuanya RM10.40.” Ujar pemilik gerai acuh tak acuh. Matanya masih merenung tajam pada lelaki di hadapannya.
Izhanie menyerahkan wang secukupnya. Selesai masalah! Tiada lagi perbalahan. Tanpa membuang masa sesaat pun dia segera beredar dari gerai tersebut. Dia harus mengejar masa agar tidak terlewat untuk menghadiri kuliah.
“Saudari, tunggu!”
Izhanie berhenti melangkah lalu menoleh ke belakang. Lelaki yang kehilangan dompet itu memandang tepat ke wajahnya. Apahal dengan mamat ni? Renungannya seolah-olah mahu menelan aku. Dia menggerutu.
“Terima kasih.” Lelaki itu menghampirinya, tersengih-sengih malu.
La… nak ucap terima kasih saja ke? Tadi, dia cuma lihat wajah lelaki itu dari tepi. Namun, bila berhadapan... lidahnya tiba-tiba kelu. Boleh tahan. Matanya tak berkelip memandang lelaki itu.
“Kita saling kenal ke?” aju lelaki itu kehairanan apabila ditenung lama gadis di hadapannya.
Izhanie terus menggeleng dan mula mengatur langkah. Malu! Dia gagal mengawal diri. Kenapa dengan aku ni? Lima belas minit lagi kuliah akan bermula. Dia tidak harus membuang waktu lagi. Kuliah yang akan dihadirinya memerlukan dia memberi perhatian sepenuhnya.
“Saya akan bayar balik.” Lelaki itu cuba menyainginya.
“Tak payahlah.” Dia memang ikhlas ketika menghulurkan bantuan. Tak terfikir pun dia untuk menuntut lelaki itu membayar balik wangnya. Dan dia turut menghalalkan duitnya. Alah, setakat RM 5.70 aje, bukannya beribu-ribu. Dapat juga aku pahala.
Lelaki itu tetap bersaing dengannya. Dia terasa rimas bila beriringan dengan lelaki yang tidak dikenali. Isy, kenapa dia mengekori aku? Kan aku dah cakap tak perlu bayar balik wang aku tu. Dia seharusnya bersyukur dan terus pergi sebelum aku mengubah fikiran.
“Ini dikira hutang. Saya mesti bayar balik duit awak tu.” Lelaki itu bertegas. Dia harus membayar balik wang gadis itu dan kalau boleh dia mahu mengucapkan terima kasih pada gadis itu dengan caranya yang tersendiri. Hatinya terdetik untuk berkenalan dengan gadis budiman itu lebih dekat.
Izhanie berhenti melangkah. Lelaki itu ditenung tajam. “Ada duit ke? Bukan ke dompet awak hilang?” dia melepaskan sindiran. Ah, macamlah aku tak tahu taktik orang sepertinya untuk mendapat makanan percuma. Bila perut sudah kenyang, mulalah mereka berlakon. Dompet hilanglah, makanan ada lipaslah dan macam-macam lagi. Huh, nak bayar balik duit aku konon1 Macamlah aku tak tahu dia tu sesen pun tak ada. Boleh jalanlah!
“Betul, saya tak tipu! Dompet saya memang hilang.” Lelaki itu membela dirinya seperti ketika dimarahi pemilik gerai. “Saya pun tak tahu bila dan di mana dompet saya tu hilang. Sedar-sedar dah tak ada dalam poket ni. Malu saya tadi.” Dia tidak boleh membiarkan gadis itu percaya tuduhan pak cik pemilik gerai. Itu akan menjadi penghalang kepadanya untuk berkenalan dengan gadis itu.
“Okey, katakan dompet awak tu benar-benar hilang.” Izhanie mula bengang dengan sikap lelaki itu yang terus berdalih. “Ha, tu…” Dia memuncungkan mulut ke arah telefon bimbit di genggaman lelaki itu. “Gunalah handset canggih awak tu. Hubungi kawan awak, minta tolong kawan awak bayarkan. Tak adalah pak cik tu nak marah-marah.” Dia mencebik. Ada juga perasaan malu rupanya mamat ni. Kelakarnya. Tak payahlah nak bagitahu aku tentang dompet kau tu. Sikit pun aku tak percaya. Dia memandang lelaki itu dari atas ke bawah. Pakaiannya yang selekeh memudahkannya untuk meneka siapakah lelaki itu yang sebenar. Tentunya kutu lepak. Ah, sayang, wajah sekacak ini menjadi anak muda yang tidak berguna pada masyarakat. Kalau pergi agensi model, tentu dah diterima. Sayangnya lelaki macam dia mana pernah nak fikir masa depan. Yang mereka tahu hanya berseronok.
“Er….” Lelaki itu terkedu! Bodoh, apasal aku tak terfikir pun nak call Joe! Malu mula menyelinap. Dia tidak boleh biarkan gadis itu fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. “Er… bagi tahu saya di mana awak tinggal. Saya janji malam ni juga, saya jelaskan hutang. Saya betul-betul terhutang budi pada awak.” Lelaki itu akan membuktikan yang dia bercakap benar. Kepercayaan gadis itu harus diraih kerana hatinya sudha terpaut pada gadis itu!
Ah, ini tentu taktiknya untuk mengetahui di mana aku tinggal. Bila dah tahu, silap-silap haribulan dia akan datang cari aku bila dalam kesusahan. Ah, aku bukannya bank. Boleh jalan da! Izhanie mencebik.
“Awak tinggal kat mana? Rumah sewa? Kolej?”
“Atas pokok!” balasnya dengan perasaan geram. “Saya dah halalkan hutang awak tu. Saya tolong awak tadi tu… bukan sebab saya mahu awak rasa terhutang budi pulak pada saya. Saya tolong tadi sebab saya… saya dah terlewat nak ke kuliah, tak larat nak tunggu lakonan.” Ujarnya sambil merenung tepat ke wajah lelaki itu, menafikan yang dia sememangnya ikhlas.
Mereka bertentang mata sejenak. Namun akhirnya dia mengalah. Renungan lelaki itu lebih berbisa. Dia segera memaliskan pandangan. Entah mengapa hatinya berdebar-debar bila menatap wajah lelaki. Walaupun membisu, tetapi lelaki itu seolah-olah sedang berbicara dengannya. Dari hati ke hati!

Saturday, September 15, 2007

Izhan Izhanie

Inilah tajuk bagi manuskrip aku yang dah siap tu. Supaya blog aku tak nampak kosong dan sepi, aku akan letakkan sikit demi sikit hasil karya aku yg ke empat ni yang belum tentu akan diterbitkan....

“Kalau tak de duit, tak payahlah makan di sini!” bentak pemilik gerai makan dengan wajah yang bengis. Mukanya berkerut-kerut menahan marah. Ditenungnya lelaki yang sedang berdiri di hadapannya, seolah-olah mahu ditelan lelaki itu hidup-hidup.
Lelaki yang ditengking itu kelihatan bingung dan tidak dapat menyembunyikan perasaan malu kerana ditengking di depan orang ramai. Tangannya terus ligat menyeluk poket seluar, sekejap poket kiri dan sekejap poket kanan. Sumpah, dia tidak akan makan di gerai itu lagi kalau beginilah sikap pemilik gerai.
“Dompet saya hilang!” dia membela diri, sambil kedua-dua tangan masih menyeluk saku seluar, mencari-cari sesuatu. Dia mengharapkan agar terselit duit lain yang tersimpan di dalam kocek, tetapi hampa. Ah, ke mana hilang dompet aku ni? Takkanlah aku boleh terlupa bawa pulak! Habis! Mahu sahaja dia terbang ke rumah dan mengambil dompet yang mungkin tertinggal di atas meja.
“Tak payahlah nak berlakon! Banyak lelaki macam awak ni, pandai makan tapi tak reti nak bayar!” Pemilik gerai yang usianya dalam lingkungan lewat 40-an terus menengking. Marah betul dia dengan karenah pelanggannya itu. Alasan yang diberikan oleh lelaki berbaju merah itu langsung tidak diambil peduli. Dia yakin dia berada di pihak yang benar. Lelaki itu hanya mahu makan secara percuma. Melihat rupa keadaannya, dia sudah tahu lelaki itu sedang berbohong.
Izhanie, gadis yang bertocang satu masih beratur di belakang lelaki berbaju merah untuk membayar harga nasi bungkus yang baru dibeli. Sekali lagi dia melihat jam di tangan. Dia mengharapkan agar pak cik pemilik gerai melihat gelagatnya itu. Biar pak cik yang sedang menyinga itu sedar dia sudah menunggu berkurun di situ. Tanduk pun hampir tumbuh! Pak cik tuan punya gerai oi, tak nak duit aku ke? Aku nak cepat ni! Dia mengomel dalam hati. Sesekali dia mencuri pandang wajah lelaki malang itu, namun gagal. Lelaki itu membelakanginya dan seolah-olah tahu yang dia cuba mencuri pandang. Dia mahu tahu siapakah lelaki itu. Jika lelaki itu teman sekuliahnya, tentu dia akan segera menghulurkan bantuan.
Sesekali terlintas perasaan simpati di hati Izhanie dengan nasib lelaki yang mengaku kehilangan dompet itu. Dia pun tentu malu jika berada di tempat lelaki itu. Mana tahan kena marah depan orang ramai. Macamlah kita ni budak hingusan yang belum ada perasaan. Namun, jauh di sudut hatinya, dia lebih mempercayai cakap pak cik penjual bahawa lelaki di hadapannya sedang berlakon. Malangnya cara yang digunakan oleh pak cik pemilik gerai dalam menyelesaikan masalah ternyata tidak kena. Seharusnya pak cik tidak menengking lelaki itu di hadapan orang ramai. Baik berbincang elok-elok. Nanti semua pelanggannya lari kalau mereka tahu beginilah sikap pemilik gerai. Garang macam harimau!
“Betul pak cik, saya tak tipu.” Lelaki itu kelihatan pucat. Dia berkeras membela diri. Perasaan malu menguasai dirinya tambah-tambah bila menyedari ada seorang gadis yang sedang berdiri di belakangnya. Lelaki mana yang tak malu bila dimarahi depan seorang gadis. Jatuh saham!
Gadis berkulit putih itu sekejap-sekejap melihat jam di tangan. Hampir lima minit perbalahan berlaku. Masing-masing tak mahu mengaku kalah. Pak cik tuan punya gerai makan beria-ia mahu membawa lelaki itu ke balai polis. Dan lelaki itu terus mendakwa bahawa dia kehilangan dompet. Nampaknya, akulah yang kena mengaku kalah. Izhanie menggetap bibir, geram! Pelanggan-pelanggan di belakangnya yang turut beratur untuk membayar makanan juga sudah mula merungut.
“Berapa lelaki ni tak bayar pak cik?” Izhanie terpaksa mencelah. Dia sudah tidak sanggup lagi menunggu lebih lama di situ. Kerjanya bukan menunggu. Dia pun ada urusan lain juga.
Pemilik gerai merenung wajah gadis yang berdiri di hadapannya tak berkelip.
“Berapa pak cik?” dia menyedarkan pak cik pemilik yang merenungnya seolah-olah mahu ditelan. Dia tidak melakukan sebarang kesalahan. Dia sedang berusaha untuk menghentikan perbalahan kedua-dua lelaki tersebut.
“RM5.70.” Balas pemilik gerai sambil mengerling ke wajah lelaki yang mengaku kehilangan dompet. Terdetik rasa malu di hatinya kerana terlalu berkira dengan anak muda itu.
“Saya bayarkan. Pak cik kirakan dengan yang saya sekali.”
Lelaki yang mengaku kehilangan dompet tercengang-cengang memandang gadis yang berada di sebelahnya kini. Dia mencuri-curi pandang gadis itu. Sah, dia tak kenal gadis itu. Perasaannya ketika itu bercampur-baur. Lega, malu dan terharu. Dia tidak menyangka gadis yang tidak mengenali dirinya sudi menghulurkan bantuan.

Nama Betul

Sejak pakai nama betul ni, aku mula dikenali. Sebelum ni kat sekolah, tak ada pun cikgu yang tahu aku ni menulis. Bila dah masuk paper, semua mereka terkejut dan bertalu-talu ucap tahniah sehingga guru besar pun sentuh pasal aku sebagai penulis semasa perhimpunan. Bila berbual, tak ada lain yang dibualkan melainkan pasal hobi aku tu. Mereka terus keluar cari novel aku kat Pekan Kuala. Setahu aku kat sebuah kedai buku tu ada jual Kalung, tapi dah lama habis.

Rajin Menulis

Selesai bersahur, buka komputer.. konon nak sambung cerita yang tertangguh. Sekarang sdg siapkan 1 novel (1 novel dah siap dan bersedia untuk dihantar), nopen, beberapa buah cerita pendek... tapi arghhh!!!! Tak boleh nak tumpu perhatian terutama bila ada kat kampung dan semua adik2 berkumpul...

Aku memang yang jenis slow bila menulis. Nak siapkan satu2 novel tu memakan masa setahun. Setakat ni belum pernah lagi aku siapkan sesebuah novel kurang masa setahun. Konon tahun ni berazam nak siapkan manuskrip sekurang2nya tiga. Tapi... arghhh!!! satu pun belum siap. Yang dah siap tu aku mula menulis kalau tak silap sejak dua tahun yang lalu. Entahlah.... Sebelum menulis aku kena perah otak dulu.

Nak tau seseorang penulis tu rajin menulis ke tak, tengoklah blog mereka. Kalau selalu masukkan N3 tu conform mereka rajin menulis. Aku? Sebulan nak bertukar satu N3 pun belum tentu....

Monday, September 10, 2007

RAMADHAN

RAMADHAN bulan yg dirindui setiap umat ISLAM...
Beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelang...

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

Wednesday, September 5, 2007

PERAK VS KEDAH

TAHNIAH BUAT PERAK YANG BERJAYA MELANGKAH KE FINAL PIALA MALAYSIA 2007

Tahniah juga buat Kedah.

Friday, August 31, 2007

Kalung Novel Istimewa - Review oleh Berita Harian 25/8/07


KALUNG, novel thriller pertama karya pengarang muda berbakat, Zahidah Zarkasi, menampilkan kisah dendam tidak berkesudahan yang mengakibatkan pelbagai perkara buruk terjadi dan pasti menghanyutkan pembaca dengan pelbagai debaran ekoran kebijaksanaan pengarang mengatur plot cerita selain diselitkan dengan unsur cinta. Novel setebal 45 bab terbitan KarnaDya Solutions Sdn Bhd berharga RM16 senaskhah yang dicetak 3,000 naskhah dan berada di pasaran sejak Julai lalu, turut memberi pengajaran betapa bahayanya untuk meletakkan kepercayaan kepada seseorang yang baru dikenali.


Nia, gadis kota yang hidup bahagia bersama keluarga tercinta melalui putaran hidup yang memilukan apabila dihantar ke perkampungan terpencil tempat kelahiran ibunya, Kampung Jerai Tua, bersama adiknya Irfan dengan janji akan diambil semula kedua-dua ibu bapanya.Bagaimanapun, janji tinggal janji apabila ibu bapa mereka tidak pernah muncul dan mereka berdua terpaksa melalui kehidupan serba daif dan keadaan diburukkan lagi oleh sikap ibu saudara mereka yang begitu membenci kedua-dua remaja terbabit.


Penyeksaan demi penyeksaan terpaksa dilalui Nia manakala Irfan terus merindu keluarganya sehingga akhirnya membawa kematian, pasti menyayat hati pembaca novel ini yang akan meneruskan bacaan mereka bagi mengetahui kesudahan cerita tanpa sabar.Kampung Jerai Tua menyimpan misteri terutama kewujudan banglo lama di atas bukit yang didakwa berhantu selain penghuninya, Aries, dituduh sebagai pembunuh gila dan sering dipersalahkan apabila sesuatu musibah melanda perkampungan terbabit.


Pembaca dibawa menyelami pergolakan jiwa Aries, pemuda kacukan Melayu Inggeris yang kehilangan ibunya dalam pembunuhan misteri dan bapanya dipenjarakan seumur hidup apabila mengaku bersalah menyebabkan kematian itu selain peristiwa itu menimbulkan dendam tidak berkesudahan di hati anak muda itu.Perkenalan Nia dan Aries secara kebetulan merubah persepsi gadis itu terhadap lelaki yang menjadi ketakutan seluruh penduduk kampung, meskipun ada perasaan takut untuk mendekatinya pada peringkat awal, tetapi kebijaksanaanpemuda terbabit mengaburi matanya sehingga menyebabkan persahabatan berubah menjadi cinta.


Yakin dengan kata hatinya, Nia menolak segala tanggapan buruk penduduk kampung terhadap Aries, meskipun sedar pelbagai peristiwa tragis, misteri dan menyedihkan menimpa dirinya mahupun semua lelaki yang cuba memilikinya, tetap tidak mampu mengubah pendirian Nia.Kemalangan yang menimpa Tok Ketua Manaf dan Hisyam serta tragedi yang meragut nyawa Firham menambah curiga penduduk kampung, tetapi Nia tetap dengan pendiriannya bahawa Aries tidak bersalah dan semua tuduhan ke atasnya dianggap sebagai fitnah belaka.Pada penghujung cerita, pembaca akan menemui jawapan kepada semua tragedi, terutama kematian yang mempunyai kaitan dengan Nia dan misteri kehilangan ibu bapanya turut terjawab sehingga menyebabkan pembaca terfikir apakah mungkin watak seperti Aries hidup di alam nyata.


Banyak pengajaran boleh diceduk daripada kisah dalam novel ini, terutama melalui perwatakan Nia kerana sifatnya yang penyabar, penyayang dan lemah lembut itu sebenarnya tidak memadai, jika terlupa memohon pertolongan daripada Yang Maha Esa. Pengarang secara halus turut menegur sikap terlalu mudah mempercayai seseorang terutama mereka yang baru dikenali akan mengakibatkan kita mudah terpedaya dan novel ini tampil sebagai naskhah istimewa sehingga pembaca tidak sabar menyelak setiap muka surat dari mula hingga akhir.



Mula novel cinta kini thriller


ZAHIDAH Zarkasi atau nama penanya, Zahida Zarkasi yang berkarya sejak zaman persekolahannya lagi, mula berkarya dengan novel cinta, tetapi kini beralih ke thriller dalam usahanya mempelbagaikan karya dan menguji kebolehannya dalam penulisan kreatif.


Novel cintanya, Mawar Cinta dan berada di pasaran pada 2005, disusuli dengan Kembara Cinta (2006), sebelum novel sulung thrillernya, Kalung menyusul pada tahun ini dan guru di Sekolah Kebangsaan Ulu Ribu, Kuala Kangsar, Perak ini kini dalam proses menyiapkan novel berikutnya.Pada peringkat awal pembabitannya dalam penulisan kreatif adalah untuk mencari kepuasan diri dan beliau sanggup meminjamkan bahan bacaannya kepada ahli keluarga serta rakan sekolah selain banyak masa cuti sekolahnya dihabiskan dengan menulis.Pemegang Ijazah Sains Perniagaan Tani, Universiti Pertanian Malaysia (UPM) ini akhirnya terbabit secara profesional dalam bidang penulisan pada 2005 dan dorongan keluarga serta sahabat menjadi pendorong kepadanya untuk lebih gigih bagi membolehkan namanya sebaris dengan novelis terkenal di Malaysia pada masa ini.



INFO

KalungKarya: Zahidah Zarkasi
Tebal: 375 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM16 senaskhah
Bintang: ****
P/S : Belum sempat scan, nanti sy scan keratan akhbar bila scanner dah dibaiki.

31 0g0s 2007

SELAMAT HARI MERDEKA
KE 50!

Thursday, August 30, 2007

2 Malam 2 Hari

Perjalanan…
Aku mula bertolak dari Kuala Kangsar jam 4.30 petang dengan menaiki bas Transnasional KK-KL. Di stesen bas, bertemu dengan housemate yg baru balik dari Alor Setar. Dia menghantar adiknya yg turut akan menaiki bas yang sama.
Jalan sesak teruk! Akhirya aku sampai di Pudu ketika jam menghampiri 9.00 malam. Perjalanan sepatutnya mengambil masa 3 jam bertukar menjadi 4 jam setengah! Bergegas aku ke stesen LRT Plaza Rakyat. 10 minit menunggu, akhirnya train sampai. Fuh, banyak betul orang! Pening kepala! Turun di Bandar Tasik Selatan, aku bergegas pula ke kaunter untuk membeli tiket komuter ke Seremban. Kaunter dah ditutup! Terpaksa beratur panjang di mesin tiket. Sebaik saja tiba giliran aku, amaran diberikan yang duit tukar kehabisan. Bermakna aku kena masukkan duit secukupnya. Tambang ke Seremban RM5.40. Masalah! Saat inilah aku kehabisan duit syiling! Seluk kocek, cuma ada 30 sen. Gabranya aku kerana jam sudah menunjukkan pukul 9.45 malam. Train terakhir semakin hampir! Dengan muka tebal, aku minta tolong orang yg sedang beratur di belakang aku. Tapi dia pun 2X5, sibuk mencari syiling. Mujurlah tiba2 ada seorang budak yang tak dikenali datang menghulurkan 10 sen. Semoga Tuhan membalas kebaikannya…
Akhirnya aku selamat sampai di stesen komuter Seremban hampir jam 11 malam. Kakak dan abang ipar berserta anak2nya datang menjemput.

Taklimat Penulisan
Jam 8.40 pagi, aku tiba di stesen komuter. Selepas membeli tiket, aku duduk menunggu seseorang di kerusi kosong. Mata terus liar memerhati seseorang yang hanya dikenali di alam maya. Sebentar kemudian, dia muncul. Itulah dia Dewi Sukma. Kak Dewi memakai baju kurung yang warna tanah dan bunganya hampir sama dengan baju aku. Sama citarasa! Kak Dewi dah senyum dari jauh. Tak sangka, dia boleh cam aku.
Dalam komuter, kami berborak panjang tentang dunia penulisan. Terasa masa bergerak pantas. Kami tiba di stesen UKM jam 9 lebih. Terus naik teksi hingga ke UKM. Malangnya kami salah tempat. Terpaksa berjalan. Aku cuma ikut saja Kak Dewi kerana aku memang tak boleh nak ingat tempat dalam bangunan.
Sudah ada beberapa orang menunggu di luar tempat taklimat. Mereka menyapa Kak Dewi, maklumlah Kak Dewi kan glamour di alam maya.
Sebentar kemudian Kak Aina sampai, kecoh mulutnya memberitahu yang Kalung diulas dalam Berita Harian. Terkejut beruk aku kerana aku tak menyangka secepat ini akan diulas. Kak Aina beri aku paper BH. Perasaan bercampur baur. Terharu namun segan pun ada. Alhamdulillah, komennya pisitif dan dapat 4 bintang (Patut Baca). Namun ada kesilapan iaitu pada nama bapa (mujur 1 perkataan je yg silap) dan Kuala Kangsar, Kedah. Alahai, Kuala Kangsar kan bandar diraja Perak…
Semangat memang berkobar-kobar nak terus menulis dan menulis bila dengar taklimat. Aku berminat dengan buku kecil (kisah teladan). Aku harap aku dapat menulis dan menghasilkan buku kecil sebelum hujung tahun.
Aku sempat dikenalkan Kak Dewi dengan beberapa orang bloggers yg aktif…aku hanya kenal nama mereka saja. Sempat juga aku berkenalan dengan Bikash Nur Idris (suka tengok lesung pipit dia bila senyum). Dengan Hana, dapat tahu serba sedikit tentang pemasaran dan bentuk penulisan. Salam perkenalan juga buat yang lain2… maaf, aku dah lupa nama.

Hi Tea di MPH 1 Utama
Pergi ke sana selepas taklimat bersama Kak Dewi. Forum sedang berlangsung ketika kami tiba. Ahli panel yang aku kenal nama hanya Nisah Haron saja. Bla…bla…bla…sebenarnya aku tak faham apa2. Maklumla cakap omputih. Sedar2 dah habis….
Kak Aina hantar aku dan Kak Dewi dihantar sampai stesen komuter Nilai.

Alamanda
Aku sampai awal dan sempat merayap dulu. Puas berjalan, aku duduk2 lepak di bangku kosong sebelum menerima sms dr Kak Dewi yg sudah sampai. Kami terus mengatur pertemuan. Kali ni baju dah tak sama. Kami ke Pizza kerana menyangka akan berkumpul di situ. Tapi sebenarnya dah bertukar tempat sebab Pizza penuh! Kami ke A&W di sebelahnya. Ada Kak Aina, Hana dan Busu Najib serta anaknya. Selepas makan, kami bergerak ke Central Court. Mujurlah ada gang (Kak Dewi). Perasaan segan dapat disembunyikan. Kak Dewi ajar banyak benda. Ada la juga yang datang ambil autograph. Mereka kata lihat ulasan novel aku kat BH semalam. Best friend aku masa di matrik dan u juga datang. Walaupun sibuk dengan kuliah PJJ, sempat juga dia datang untuk beri sokongan. Dia antara yang pernah baca Kalung dalam versi asal, tulisan tangan. Aku juga sempat melihat penulis2 KD yang lain spt Busu Najib, Alias Derais, Nabil, Hana Shahab, Ainin Naufal….Aku memang tak cam muka mereka, nasib baiklah ada Kak Dewi. Dia yg tolong bagitau.
3.30 petang aku bersedia nak undur diri. Tapi Kak Dewi tahan. 3.50 baru aku beredar.

Aku bertolak balik jam 7.00 malam dari Pudu. Di Pudu berlaku sesuatu yang buat aku jadi bingung, otak beku, kesabaran teruji dan sedikit trauma. Tapi dapat idea karang cerita dgn apa yg telah berlaku. Itulah hikmahnya agaknya.

Sampai di KK hampir jam 11 malam. Housemate datang jemput.

Akan Terbit - Nopen


Nopen pertama saya akan terbit tak lama lagi....
dengan tajuk SEBUAH KEPALSUAN...
Terbitan KarnaDya. Selain saya ada 5 lagi penulis
lain. Selamat Membaca!


5 Sahaja!

Jawapan tag istimewa untuk Kak Dewi

5 benda dalam beg
1. Dompet
2. Kunci motor, kereta dan rumah
3. Handset
4. Buku nota
5. Thumbdrive

5 benda dalam dompet
1. My Kad
2. Duit syiling dan kertas
3. Gambar
4. Lesen memandu
5. Kad perpustakaan awam

5 benda favourite dalam bilik
1. Laptop Acer
2. Kipas
3. Novel/majalah
4. Cenderamata
5. Cermin

5 perkara yang ingin lakukan
1. Menulis novel pelbagai genre
2. Bertemu dengan watak2 dlm novel sendiri
3. Bertemu sahabat pena dan kawan-kawan lama
4. Mengembara seluruh dunia
5. Menunaikan haji dan umrah

5 perkara yang sedang lakukan
1. Menaip
2. Termenung
3. Berangan
4. Dengar lagu
5. Gigit bibir

Selamat Hari Merdeka!

Tuesday, August 28, 2007

N3 BARU

Salam Semua...
Sekarang belum sempat letak N3 baru. Hujung minggu nanti baru sy letak, bersama gambar sekali. Banyak yg nak ditulis. Pertama tentang kenduri saudara yg sy hadiri, kedua pasal taklimat penulisan oleh KD di UKM, Hi-Tea DI 1 Utama, Review Kalung oleh Berita Harian, Alamanda, nopen, novel seterusnya, karnival prasekolah...dan seseorang yg istimewa...

P/s: tentu anda sdg mendengar lagu yg sdg berkumandang....terima kasih buat Kak Dewi yg telah mengajar saya...

Friday, August 17, 2007

BIG - Pangkor

Pada 7 hingga 11 Ogos, aku menghadiri kursus BIG di Pangkor Village. Kami bertolak dari IPIP sekitar jam 7.15 pagi. Seramai 79 orang yang menyertai kursus ini. Kami ke sana dengan dua buah bas. Tiba di jeti lebih kurang jam 12.15 tengah hari.

Setibanya di Pangkor, kami diberi makan sebelum mendirikan khemah masing-masing. Setiap khemah untuk 4 orang. Aku satu khemah bersama Ina, Suhaila dan Sarah. Kami bernasib malang kerana mendapat khemah yg rosak zip pintunya. Hari pertama tidak banyak aktiviti yg dijalankan. Hanya kawat kaki pada sebelah petang dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) pada sebelah malamnya. Kumpulan kami juga ditugaskan untuk menyediakan makan malam. Seksanya hendak memasak di tempat yang kurang kemudahan.

Bangun seawal jam 4.45 pagi kerana mahu berebut bilik air. Tambah-tambah lagi pelatih perempuan berkali ganda jumlahnya berbanding pelatih lelaki. Jam 9.00 kami bersiap sedia untuk mendaki bukit. Mujurlah musim kemarau jadi kami bebas dari sang pacat. Naik bukit turun bukit, akhirnya kami sampai ke tempat persinggahan di mana kami diperlukan untuk memasak maggie. 3 batang mancis diberikan. Mujurlah musim kemarau, jadi agak mudah hendak menghidupkan api. Perjalanan kami sejauh 7km. Kami tiba di kota Belanda sekitar jam 2 petang. Di kota belanda kami diberi nasi bungkus seblum bertolak balik ke khemah dengan van.
Pada sebelah petang dan malam, diadakan LDK sekali lagi. Bab ini aku lemah kerana aku tidak pandai berkomunikasi. So, aku lebih banyak diam... sorry ek! Malam tu aku tidur dengan lena kerana kepenatan. Bangun sedikit lewat iaitu jam 5 lebih. Mujurlah pelatih2 lain pun 2X5!

Hari ketiga... akiviti di dalam air. Mula2 kami diarahkan memakai jaket keselamatan. Kemudian kami diajar berenang. Selepas itu, aktiviti menyelamatkan orang lemas. Kemudian kami dibawa dengan bot ke tengah laut lalu dilepaskan seorang demi seorang dan diminta berenang sampai ke tepian. Fuh, seronoknya! Kemudian kami dibahagi kepada kumpulan kecil. Kami diminta membina rakit. Siap sahaja rakit, kami diarahkan berakit ke tengah laut sambil cuba mendapatkan botol plastik. Sebelah petang dan malam seperti biasa aktiviti LDK.

Hari keempat... hari terakhir. Hanya ada LDK. Kami diminta membuat refleksi. Tengah hari, kami berangkat ke jeti. Kami diberi masa bershopping selama sejam. Aku hanya beli t-shirt sebagai kenang-kenangan.

Sampai di maktab jam 5ptg. Sampai di kuala kangsar jam 7. Penat!

p/s: frust giler kerana terlupa bawa kamera! kenangan hanya tepahat di memori....

Monday, August 6, 2007

Aktiviti Sepanjang Ogos

Sepanjang Ogos ni bermacam aktiviti yang sudah dan akan saya lalui...
3/8 - Program Keibubapaan di sekolah. Aku bahagian Buku Program. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
4/8 - Temubual bersama Berita Harian. Bertolak dr KK jam 9.00 am dgn bas transnasional KK - KL. Ingat nak pergi semalam lg tapi tak sempat kejar waktu. Program keibubapaan selesai jam 7.00pm. So, hari ni baru bertolak. On the way, kakak ke dr Seremban call bgth yg kakak di Bangi terpaksa balik ke kg suaminya. Ada kematian. Cadang nak minta dia tolong hantar ke ofis KD. Call kakak di Semenyih. Nasib baik dia tak ada program lain dan sudi tolong aku. Memang kakak di Bangi dah call dia minta tolong hantar aku. Habis masalah tu. Sampai di Pudu jam 1.30pm. Terus naik LRT dan turun di Bandar Tasik Selatan. Tukar ke Komuter pula hingga ke stesen Kajang. Kakak datang jemput bersama suami dan anak2nya. Mula2 sekali pergi cari ofis KD dulu. Sekejap aje pusing dan jumpa (stop kejap. adik di kg call... buku CD dah sampai. Thanks k'dewi!) le ofis KD tapi sunyi sepi je. Pergi cari kedai makan dulu. Dah jamu selera, pergi surau. Lepas tu baru pergi ke ofis KD. Sampai tepal pukul 4.00. Wartawn BH, Cik Rosmalina pun sampai dlm masa yg sama, Mr, FJ perkenalkan aku dgn wrtawan kecil molek tu. Dalam hati hanya Tuhan yg tahu. Sesi temubual tu pun berlaku. Cik Rosmalina yg kurang sihat dah baca novel Kalung dan tanya serba sedikit latar belakang, pengalaman dan bla..bla... Dia pun harap Kalung ada sambungan.. Selesai temubual, tunggu pulak kedatangan photographer. Sebentar kemudian dia datang. Siap minta pose... alamak, malunya! Selesai semuanya, kita orang borak2. Sempat lagi dia org menyakat aku dgn soalan2 yg tak ingin didengar dan dijawab. Grrr!!! Bila wartawan dan photographer minta diri, aku pun call abg ipar. Sambil tu orak2 dgn FJ. Faham le sikit2 selok belok pemasaran...
Balik Semenyih. Malam tengok FFM Ke 20.
P/s : TQ KD krn tanpa kalian, temubual ni takkan berlaku.
TQ BH (sastera) krn sudi review novel saya
5/8 - Jam 2.30 naik bas kat Pudu dan bertolak ke KK. Sampai jam 5.45pm.
6/8 - Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah... Aku ditugaskan bahagian kuiz dan semuanya dah beres. lega!
7/8 - IPP Ipoh.
8/8 hingga 11/8 = Pulau Pangkor. Kursus BIG.
19 hingga 24/8 = Kursus Interaksi di IPIP, Ipoh.
25/8 - Hi tea MPH One Utama
26/8 - Promosi bersama KD di Alamanda, Putrajaya
31/8 hingga 2/9 - Yahoo!!!! Balik kampung!

Friday, July 27, 2007

Penghujung Julai

Hari ini untuk pertama kali saya melihat dan memegang novel sulung saya bersama KarnaDya Solutions. Seronok sangat! Sebelum ini hanya dengar sahaja member yang sudah mendapatkan Kalung.
Insya Allah karya saya bersama KarnaDya (nopen) akan diterbitkan. Kali ni bukan thriller. Terima kasih KarnaDya kerana bersungguh-sungguh mempromosi novel-novel keluarannya.

Sunday, July 8, 2007


Minggu lepas, kerjaku hanya melukis dan mewarna untuk mencantikkan kelas. Minggu depan kalau tak ada aral melintang, kami akan mengadakan majlis makan-makan... Nak tau makan apa? Hm... pulut durian. Maklumlah, sekarang musim buah.

Friday, July 6, 2007

Cover Kalung



Inilah cover yang saya buat sendiri untuk manuskrip Kalung.... Isi di dalamnya sudah berubah hampir 50%. Hanya nama hero sahaja masih kekal dan fungsi kalung tersebut. Yang lainnya sudah berubah. Idea Kalung ini muncul hampir 10 tahun yang lalu.

Syukurlah kerana akhirnya Kalung diterbitkan.
Sesiapa yang mahu ikuti Kalung, pihak KarnaDya akan memaparkan sedutan demi sedutan. Sila layari web KarnaDya.

CHARITY

Kak Dewi tagged saya atas nama charity.
Tagging ini telah dimulakan oleh Idham's blog .
He is planning on a noble effort, which I feel I must support him. Next 26tAugust would be his (Idham's) birthday, and on that day, he would like to compile and bind the 100 bloggers’ memes, for which every meme, he will contribute RM127 to this orphanage. Anyone who wishes to support his effort can do so. No need to wait to be tagged. Remember, we need 100 memes by 26th August. Once this tag is done, please leave a comment in his blog to inform him that you have done the tag.
This is the rule:
If you are tagged, you need to write an entry related to the meme. At the end of your entry you just need to tag as many persons as you like. You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged. And to include this message, "By doing this meme you are contributing RM127 to the Darul Izzah Orphanage". Then please copy and paste this rule somewhere in your entry.
The meme is about completing at least seventeen out of the following twenty seven sentences........

1. A person is only as good as the words he/she utters.
2. Friendship is always forever.
3. To love is to be happy with what ALLAH has given me.
4. Money makes me feel comfortable.
5. I miss my mak.
6. My way of saying I care is by showing that I care.
7. I try to spread love and happiness by sharing everything.
8. Pick the flowers when... I would never pick one!
9. To love someone is to hurt yourself.
10. Beauty is not to be misused.
11. When I was thirteen, what I remember the most was...
12. When I was twenty one, I remember that I'd fallen in love.
13. I am most happy when I stand before ALLAH.
14. Nothing makes me happier than my family.
15. If I can change one thing, I will change...
16. If smiles were not misread, then I would be smiling a lot.
17. Wouldn't it be nice if we could fly away.
18. If you want to succeed then you have to put an effort.
19. Money is not everything but essential.
20. The most touching moments I have experienced is when my first book being published.
21. I smile when I’m happy.
22. When I'm happy, I praise ALLAH and keep smiling.
23. If only I don't have to do everything that I’m doing now, then I’ll be happier.
24. The best thing I did yesterday was sleeping.
25. If I ever write a book, I will give it this title,"Riwayat Hidupku"
26. One thing I must do before I die is to complete my Haj.
27. Doing this meme, I feel like sharing.

Siapa saya nak tag lagi? Semua kawan2 yg dikenali dah di tag.
Terpaksalah saya hentikan di sini....

Sunday, July 1, 2007

Tanne Hadihaz & Zahida Zarkasi

Tentu anda perasan, dua novel saya sebelum ini saya menggunakan nama pena Tanne Hadihaz. Dan untuk novel yang ketiga, saya gunakan Zahida Zarkasi.
Kenapa tukar nama pena?
Kerana tema novel yang berlainan.

Tanne Hadihaz - Saya akan gunakan nama ni untuk karya saya yang lebih banyak menyelitkan unsur cinta sesama manusia.

Zahida Zarkasi - Untuk karya saya yang lebih mengutamakan unsur lain selain dari unsur cinta sesama manusia.

Saturday, June 23, 2007

Cover Kalung Sudah Muncul!

Akhirnya...muncul juga cover yang dinanti2kan... Hmm, memang cantik cover ni, terima kasih banyak2 buat warga KD. Simbol/gambar yg terdapat pada cover ni ada maksud yang tersendiri.
Kalung - tentu anda perasan ada lorekan berbentuk seperti sebuah kediaman di dalam loket kalung tersebut. Itulah banglo di atas bukit.
Bukit hijau - Nampak bukit hijau ni diselimuti kabus, menunjukkan kawasan ini sejuk udaranya. Di atas bukit ini jugalah, letaknya sebuah banglo yang didiami oleh seseorang. Siapa orangnya, kenalah baca. Dan dari banglo atas bukit tersebut, boleh lihat seluruh pemandangan kampung Jerai Tua...
Perempuan berkerudung putih - Agaknya inilah Nia. Sebenarnya saya tak pernah memberi gambaran bagaimana rupa Nia. Terima kasih KD krn telah melakarkan wajah Nia. Ada iras2 wajah gadis Korea, China, Jepun, Indon...namun yg pasti Nia berdarah campuran.

Friday, June 22, 2007

Bunga

Terima kasih pada OD yg telah mengetag aku....

Bunga? Aku tahu apa itu bunga... tapi aku tak expert langsung bab2 bunga ni...mak aku ada tanam beberapa spesis bunga... macam-macam...petang2 kalau mak keluar, dia akan pesan minta siram...memandangkan menanam bunga bukan hobiku, so aku selalu terlupa...
Bunga harum sundal malam...tentu korang semua tau pasal bunga ni yg glemer bila terbitnya filem pontianak tu. Kat kampung aku, tak dipanggil harum sundal malam tapi harum sedap malam..kan sedap nama tu. Ada serumpun pokok harum sedap malam dekat sebelah dapur. Bunganya kekuningan putih cam lalang je sekali nampak..tapi baunya, fuh, sekampung boleh hidu! (nak tengok gambar bunga ni, klik kat foto kenangan)Time bunganya berkembang, maka harumlah rumah aku dengan bau bunga sedap malam ni. Kekadang gerun juga dek pengaruh filem pontianak tu terutama bila dok sorang2 sambil menaip...tetiba terhidu bau bunga ni, terus le cabut!!!

Ini ada puisi express ttg bunga...
Bunga
Bunga hidup untuk menceriakan halam rumah,
Bunga plastik untuk mencantikkan ruang tamu,
Bunga juga laku waktu konvokesyen,
Bunga juga untuk pujuk kekasih,
Bunga juga utk menceriakan pesakit,
Bunga untuk mandi spa,
Mandi bunga untuk buang sial,
Banyak ertinya bunga dalam hidup ini...
Kalau tak ada bunga,
Sah-sah sang kumbang tak dapat hidup!!!

Kalung...novel sulung bersama KarnaDya...

Novel Remaja/Dewasa (KarnaDya Thriller):
Kalung - Zahida Zarkasi


Kenapa aku dipulaukan hanya kerana aku menyebelahi dia?
Kenapa aku dihina hanya kerana aku mempercayai dia?
Kenapa aku dibenci hanya kerana aku mencintai dia?
Sampai bilakah semua dugaan ini akan berhenti?
Sehingga saat maut menjemputnyakah?
Sedangkan kebahagiaan itu hanya dia yang memilikinya...

Gila! Sakitnya hati dilabel sebagai perempuan gila.
Gilakah aku kerana sanggup mengorbankan segalanya demi dia?
Sampai bilakah kegilaan ini akan berhenti?
Sampai bilakah aku mampu bertahan dengan semua ini?

Sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun?
Sedangkan dia makin menjauh...
Tanpa sebarang berita...
Perginya pada hari yang sama saat aku kehilangan kalung...
Hadiah pemberiannya....


Inilah sinopsis kalung... novel pertama saya bersama KarnaDya dan novel ke3 secara peribadi selepas novel Mawar Cinta dan Kembara Cinta. Kalau korang perasan, terdapat banyak soalan dalam sinopsis ni kan. So kalau korang semua nak dapatkan jawapan, kenalah beli kalung.
Kalau korang rasa was-was nak beli, korang bacalah prolognya dulu. Ada saya sertakan prolog di bawah. Kalau korang dah baca prolog, korang pasti akan tertanya-tanya, adakah 'dia' masih hidup atau sebenarnya sudah mati. 'Aku' mendakwa 'dia' masih hidup sedangkan 'Pak Mat' dan seluruh orang kampung mendakwa 'dia' sudah mati. 'Dia' adalah hero... nak tahu apa yang berlaku pada 'dia' kenalah baca...

Tahniah Zahida!
Kak Aina sempat baca Kalung! Kalung bukan merupakan novel cinta, tetapi sebuah cerita yang berunsur thriller. Penuh dengan detik-detik saspen. Pelbagai peristiwa trajis, misteri dan menyedihkan sentiasa menimpa watak utama, Nia. Lepas satu, satu... orang kesayangan pergi tanpa diduga. Soalnya, ada apa yang sedang berlaku di Kampung Jerai Tua... Novel ini akan membuat anda mahu menyelak setiap muka surat dari mula hingga akhir, untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berada di fikiran. Memang mendebarkan! Syabas Zahida!

Aina Emir (Penulis Bunga-bunga Kemboja, Aura Cinta dll)



p/s: Tahniah juga kepada Oshun, K'dewi, d'Lynn dan ZN Isa kerana novel remaja mereka sudah diterbitkan.

Saturday, June 9, 2007

Pudarnya Pesona Cleopatra

Hari Khamis lepas, kawan2 ajak keluar lepas kuliah. Mulanya aku menolak krn aku memang tak suka keluar. Kalau ada masa terluang, aku lebih suka melayan perasaan atau mengadap laptop. Tapi kawan2 mendesak juga krn sepanjang aku berada di maktab, hanya sekali saja aku keluar dgn mrk. Itupun krn aku ada barang nak beli kat Giant. Akhirnya aku bersetuju dgn bersyarat. Syaratnya aku hanya mahu jadi penonton sahaja. Kawan2 sebenarnya ajak main boling. Mrk nak adakan pertandingan dgn kwn2 sekelas.

Selepas kuliah, aku bersama 5 rakanku berkongsi kereta menuju ke Kinta City. Sementara menunggu kawan2 sekelas yg lain dtg, merayaplah kami dulu. Si As and Ida nak beli stoking. Su, Jun n Ros pula nak cari ATM. Aku pun ikut je la dia orang. Tiba2 ternampak kedai buku MPH dan Popular. Hati mula melonjak hendak singgah. Aku dlm dilema. Kalau aku singgah, maunya berejam di situ membelek buku, alat tulis n novel. Otak ku mula ligat berfikir.

Setelah masing2 siap dgn urusan masing2, kami pun ke tingkat atas sekali. Tak de seorg pun kawan2 sekelas yg dah dtg. Duduk2lah kami di bangku kosong sambil berborak kosong. Otakku pula asyik teringatkan kedai buku krn dah lama aku tak singgah di kedai buku. Sebentar kemudian Yani dan Kiri datang. Kiri maklumkan yg teman2 lain sudah dtg tetpi berada di surau skrg utk bersolat Asar. Aku bersama teman2ku pun buat keputusan utk ke surau juga.

Selesai solat, aku pun mintak mereka naik ke atas dulu. Aku nak merayap dulu. Mujurlah mrk tak kisah. Tapi tak taulah apa yg ada dlm hati mereka. Sesungguhnya aku memang tak pandai bergaul. Aku jenis gadis yg pendiam, tak suka bercakap, suka buat hal sendiri. Mungkin mrk dah faham sikapku ini. Mulalah aku merayap di MPH. Belek2 novel, buku motivasi dll. Akhirnya setelah hampir sejam, aku keluar dgn tgn kosong. Itulah aku...

Kemudian aku singgah pulak di Popular. Ternampaklah aku novel Pudahnya Pesona Cleopatra nukilan Habiburrahman. Memandangkan ianya dr penulis hebat nusantara dan juga nipis, aku pun beli le. Sejam lebih aku di situ. Aku keluar bersama novel PPC dan sedozen fail. Puas hati! Sempat lagi aku pusing2 kedai kat kawasan situ tanpa beli apa2. Bukan apa, aku survey dulu.

Aku kembali ke tempat boling. Rakan2 sdg rancak bermain. Main suka2 je. Tak jadi bertanding. Tak pasti kenapa. Aku malas nak bertanya. Ros minta aku cuba sekali. Aku geleng. Aku takkan main permainan yg aku tak reti. Maaf! Selesai bermain, kami singgah di Kenny Rogers. Gembira dapat berkumpul ramai2 (As, Jun, Ida, Su, Ros, Sarah, Yani, Ina, Naim, Shidi, Kiri, Azlan, Nik). Yg pasti aku hanya jd pendengar setia celoteh mrk.



Friday, June 8, 2007

Cikgu/Penulis...Adakah Ini Cita2ku?

Terkenang zaman persekolahan...setiap tahun kena bgth cikgu dr thn 1-6, akan cita2 bila besar nanti. Waktu tu aku tak ada matlamat pun...terus je taruk apa2 keje yg bunyinya hebat2 sikit. Cikgu nak isi dalam kad 001 (kalau tak silap...warna hijau).

Kalau aku bercita2 nak jadi penulis, seharusnya aku melangkah ke aliran sastera bg mendalami ilmu kesusteraan. Tapi aku tlh dimasukkan ke aliran sains...belajarlah aku Bio, Kimia & Fizik. Waktu tu minat giler dgn dunia astronomi, so aku jd pelanggan setia majalah Kosmik (entah masih keluar atau tak majalah ni). Tapi minat menulis tu dah mula lahir. Umur 16 tahun aku cuba2 tulis cerpen. Aku guna mesin taip kakak sulungku. Tajuk cerpen pertama RIMBA BEBANAN (tajuk lagu) coz lagu dr kump. Medicine tu tgh popular. Saje je aku taruk tajuk tu. Kalau diikutkan mmg tak ada kaitan pun dgn jalan cerita cerpen pertama aku tu. Heronya nama Shezevell dan heroin Esmishell...nama yg tak pernah wujud pun di alam nyata. Org putih, cina, latin, melayu tak de pun yg pakai nama ni. Ini nama dr dunia fantasi ku. Aku kuat berfantasi dulu. Dan aku suka masuk ke dunia fantasi...ala2 kat planet atau atas kayangan....watak2 lain pun semua nama pelik dan yg pasti huruf ell kat belakang. Nama bandar dan kg pun pelik gak.... Aku menulis time cuti sekolah je..sbg projek musim cuti coz bila sekolah buka, cikgu pasti akan tanya apa yg dilakukan masa cuti sekolah. Aku juga akan serahkan cerita yg aku tulis atas buku latihan dgn pen pd kawan baik aku...Munie and Laili. Dan mrk akan beri komen... tapi dlm hati tak pernah mimpi nak jd penulis krn aku sedar siapalah aku...

Tamt SPM, aku ditwarkan ke Tingkatan 6 aliran sains. Tapi aku dan Laili sengaja tukar masuk ke aliran sastera krn kami sedar setahap mana kemampuan kami dlm bidang sains. Waktu itulah aku berkesempatan seketika belajar kesusasteraan melayu. Buku wajib waktu tu kalau tak silap Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang dan Awang Sulung Mulut Merah (maaf kalau aku tersilap). Hatiku terus jatuh dgn dunia sastera dan berhasrat mahu mendalami sungguh2 bidang ni.

Saat semangat berkobar, aku mendapat tawaran matrikulasi dlm bidang Perkaunan. So terhentilah seketika semangat yg berkobar2. Masuklah aku dalam bidang Perakaunan...tapi keupayaan aku gitu2 aje dlm bidang akaun ni. Kalaulah aku dah punya matlamat, seharusnya aku pilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perakaunan dan Pendidikan spy keluar u nanti aku boleh terus jadi cikgu. Memandangkang tiga kakak dah jd cikgu, aku pun nak le ubah angin. Waktu mendengar ceramah tentang pemilihan kursus utk ke first degree, aku tertarik le pulak nak jd usahawan. Huh, aku memang tak tetap pendirian..lg pula tak ada yg sudi bantu aku buat pilihan. So, aku pilihlah bidang Agribusiness. Konon nak jadi usahawan tani... waktu di U, hobi menulis tetap ku teruskan. Tapi belum bermimpi nak jadi penulis.

Dah grad tahun 2000...mulalah aku sibuk cari kerja. Kekadang aku dpt tawaran jd guru sandaran. Kekadang tak. Masa tu lah aku menulis serius sikit... sikit je. Kalau aku serius, tentu dah banyak novel aku yg terbit. Tapi hingga skrg baru nak masuk 3. Sesebuah novel tu aku ambil masa setahun lebih nak siapkan bermula dr rangka hingga siap print....

Saturday, May 12, 2007

akan muncul....xxx..

Kosong! Mataku terus terbuka luas. Sah, kerusi rotan itu kosong. Dia sudah pergi. Dia tiada lagi di situ. Aku menarik jam loceng di atas rak tepi katil. Sudah pukul 7.05 pagi. Entah bila dia berlalu pergi, langsung aku tidak sedar. Aku terlalu mengantuk kerana semalam kami berbual sehingga dinihari. Berbual tentang kisah lalu. Kisah kali pertama kami bertentang mata…. Aku bingkas bangun lalu meninggalkan katil. Dia mungkin baru sampai di pintu pagar. Aku harus menghalangnya pergi. Aku tak ingin melalui kehidupan ini tanpanya di sisi biarpun sesaat….

Langsir berjalur biru laut dan putih itu kuselit ke tepi. Jendela kubuka sedikit luas. Cahaya matahari sepantas kilat terus memancar ke dalam bilik. Seolah pokok yang baru disirami air, begitulah keadaannya dengan bilik yang sentiasa suram itu. Udara yang selama ini berlegar-legar di dalam bilik berganti tempat dengan udara bersih dari luar. Yang lebih nyaman dan segar. Mataku bulat memerhati ke perkarangan banglo dan terus ke jalan keluar. Tiada sesiapa di situ. Aku merintih kehampaan kerana tidak sempat menghalangnya pergi.

Tak guna aku mencarinya, kerana aku yakin dia takkan kutemui. Dia memang bijak menghilangkan diri kerana kawasan ini miliknya.

Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut menyinggah pipiku. Rambut terus menutupi pandangan mataku. Segera kuselit rambut depan yang menutup pandangan. Pemandangan indah Kampung Jerai Tua terbentang luas di depan mata. Sayu hatiku melihat kampung kelahiran ibu. Kampung yang masih serba kekurangan itu.

Terasa baru semalam aku menjejakkan kaki ke Kampung Jerai Tua. Cepat benar masa berlalu. Diam tak diam sudah hampir dua tahun aku menjadi sebahagian dari penduduk kampung itu. Walaupun aku tak ingin menjadi sebahagian penduduk kampung Jerai Tua, namun takdir Tuhan… di sinilah akhirnya aku terdampar. Di sebuah banglo suram, di puncak bukit…. Segalanya sudah tersurat. Aku akan berkelana di sini sehingga dia bebas dari segala tuduhan.

Sesekali terlintas di hatiku untuk ke Kampung Jerai Tua, menjejak sisa-sisa kenangan lalu. Namun aku sedar, aku tidak diterima oleh penduduk kampung. Mereka telah memulau aku seperti mana mereka memulaukan insan yang kusayang. Ah, betapa kejamnya mereka. Aku dibenci hanya kerana aku mencintai dia.

Kaki ini juga terasa berat hendak melangkah ke sana. Seolah-olah ada besi yang merantai kedua-dua belah kakiku. Aku tak boleh sekali-kali meninggalkan banglo ini! Aku ada tanggungjawab yang lebih besar di sini. Aku harus menanti kedatangannya. Dia pasti muncul malam ini. Aku harus berada di sini untuk menyambut kepulangannya demi membuktikan kesetiaanku hanya kepadanya. Cintaku ini tak akan beralih arah biar seribu tahun lagi.
Aku mengalih kedudukan, membelakangkan jendela. Mataku merawang ke seluruh bilik. Bilik yang indah namun sepi. Sesepi diriku…. Biarpun tiada keindahan lagi di sini, aku tidak akan sekali-kali meninggalkan banglo ini biar pun dipaksa. Biarlah aku hidup sendirian di sini. Aku lebih rela memenjarakan diriku di sini daripada pulang ke kampung. Keindahan di luar bukan lagi menjadi satu keutamaan. Semuanya sudah berlalu sebaik sahaja mereka memutuskan tali silaturrahim denganku hanya kerana aku enggan menurut kata mereka agar meninggalkan banglo ini segera.

Ketukan di pintu mematikan lamunanku. Aku segera menoleh ke arah pintu. Dadaku berdebar saat daun pintu terbuka kian luas. Diakah? Diakah yang akan muncul di depanku sebentar lagi? Dia yang sering datang pada lewat malam dan pergi sebelum mentari muncul. Dia yang kurindui…. Walaupun dia tidak pernah mengetuk pintu untuk memasuki bilik kepunyaannya ini, hatiku tetap berdebar-debar.

Seorang lelaki berjambang putih tercegat di muka pintu sambil menatang dulang. Terus lenyap debaran di hati ini sebaik sahaja melihat lelaki berjambang dan berwajah bengis itu melangkah masuk. Harapan yang menggunung tinggi turut punah sekelip mata. Dia tak mungkin datang pada siang hari kerana bimbang nyawanya terancam.

“Sarapan.” Lelaki itu meletakkan dulang ke atas meja. Entah sarapan apa yang dimasaknya pagi ini, aku tak ingin ambil tahu. Aku juga tak ingin melihatnya. Seleraku sudah tertutup. Tertutup dengan berita mengejut itu. Mujurlah berita tersebut palsu semata-mata. Namun selera ini tetap berada di tahap rendah tanpanya di sisi menemani diri ini.

“Biarkan di situ.” Aku terus menoleh ke luar jendela. Air mata kukesat. Mudah benar air mata ini mengalir setiap kali merasa hampa.

“Nia nak apa-apa lagi?”

“Terima kasih, Pak Mat. Nia tak nak apa-apa.” Hampa, benar-benar hampa. Namun aku takkan berputus asa menanti saat itu. Saat di mana kami akan bertemu secara terang-terangan, tanpa rasa takut, tanpa rasa bimbang atau was-was. Masa akan menentukan kebenaran. Dia tidak bersalah. Dia lelaki terbaik yang pernah ku temui dalam hidup ini.

“Pak Mat, tunggu!” aku menahan Pak Mat yang sudah hampir ke pintu.

Pak Mat menoleh ke arahku. Sinar bebola matanya penuh simpati. Aku tak inginkan simpati siapa-siapa. Yang aku perlukan adalah doa. Doa supaya aku dan dia dapat menjalani kehidupan ini dengan penuh rasa gembira dan bahagia setelah penat mengharungi derita.

“Ada apa?”

“Pak Mat jangan kunci pintu luar.”

“Kenapa?”

“Dia akan datang lagi malam ni.” Aku mahu dia datang tanpa sebarang halangan.

“Nia… Tuan kan dah tak ada. Nia kena terima hakikat ni.”

Aku tersenyum kelat. “Pak Mat… jangan percaya dengan cakap orang kampung. Dia masih hidup. Sihat walafiat. Baru semalam kami bertemu. Cuma keadaan sahaja yang tak mengizinkan dia muncul secara terang-terangan. Bila kebenaran sudah terbukti, dia tak akan sembunyi-sembunyi lagi menemui saya, Pak Mat.” Aku jelaskan perkara yang sebenar. Aku tetap yakin khabar gembira akan menyusul jua suatu hari nanti. Khabar dia tidak bersalah. Dia tidak pernah terlibat dengan kejadian buruk yang menimpa penduduk kampung.

“Jangan biarkan fikiran Nia dipengaruhi oleh perkara yang bukan-bukan. Hakikat yang Tuan sudah pergi tak dapat ditolak lagi.”

“Dia masih hidup!” hatiku menjadi panas tiba-tiba dengan dakwaan Pak Mat yang tak berasas. Telah aku minta dia untuk menemui Pak Mat, tetapi dia enggan. Aku mahu dia bertentang mata dengan Pak Mat untuk membuktikan kebenaran kata-kataku ini. Namun dia tetap enggan. Katanya, masanya masih belum tiba.

Pak Mat menggeleng-geleng kepala sebelum keluar dari bilikku.

Pak Mat sama seperti penduduk kampung yang lain. Mereka masih tak henti-henti menyakiti hatiku. Mereka berpakat mengatakan yang pekerja ladangnya sendiri yang telah membunuhnya. Sedikit pun aku tak percaya pada tuduhan orang kampung. Buktinya, dia setiap malam mengunjungiku. Cuma dia masih keberatan menampakkan diri terang-terangan kerana bimbang orang kampung yang sememangnya membencinya tidak dapat menerima kenyataan. Dia juga bimbang nyawanya diancam semula oleh pekerja ladang yang tak berpuas hati dengan layanannya.

Aku melangkah malas ke kerusi lalu melabuhkan punggung. Roti bakar dan sejag oren hanya menjadi tatapan mataku.

Walaupun pelbagai halangan menghalang, kami tidak pernah berputus asa. Sesungguhnya aku bersyukur kerana dipertemukan dengannya. Lelaki yang dipulaukan, dihina, dituduh macam-macam oleh orang kampung hanya kerana kisah silam yang belum tentu kesahihannya. Namun dia mempunyai sekeping hati yang suci dan murni sehingga akhirnya berjaya mengetuk pintu hatiku.

Aku meninggalkan meja lalu menapak ke jendela. Itulah tempat yang paling aku gemar menghabiskan masa sambil menantinya. Terasa tenang bila berada di situ. Ketenangan yang sukar dimengertikan. Dari jendela tersebut aku dapat melihat alam yang terbentang luas di depan mata. Hanya kehijauan yang terpampang, segar mata memandang.

Menerusi jendela itu juga aku boleh melihat jalan masuk dengan jelas. Sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke perkarangan banglo menggunakan jalan tersebut tidak akan lepas dari pandangan mataku. Aku terus dan terus mengharap dia akan melangkah masuk ke perkarangan melalui jalan tersebut. Satu, dua, tiga.… Tiada sesiapa pun melalui jalan itu… aku melepas keluhan panjang. Aku ingin bersamanya setiap masa namun keadaan tidak mengizinkan.

Angin pagi bertiup lebih kencang. Sejuk. Di puncak bukit ini kesejukan lebih terasa. Aku lantas memeluk tubuh. Bibirku menggigil kesejukan. Kesejukannya mencengkam sehingga ke dalam tulang. Kesejukan itu terus menghanyutkan aku pada kenangan lalu.

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...